Masuk je ke dalam, seperti biasa, aura Eco Shop ni memang buat orang mudah "terjebak." Semua barang kelihatan menarik dan murah, hanya RM2.40 satu. Tapi percayalah, kalau tak kawal betul-betul, walaupun setiap barang murah, jumlah di kaunter nanti pasti lebih dari RM50.
Anak-anak aku, macam biasa, terus berlari ke bahagian mainan. Masing-masing sibuk membelek mainan yang diorang suka. Untuk elak bajet lari jauh, aku dah siap-siap tetapkan peraturan: seorang boleh ambil dua barang je. Walaupun ada yang muncung panjang sebab nak lebih, diorang tetap patuh. Ayah is always right. Hehehe
Sementara tu, bini aku pula seronok memilih barangan dapur dan alat tulis. Katanya, alat tulis tu untuk anak-anak murid dia kat sekolah. Sebagai suami yang baik, aku ikut je ke mana dia pergi sambil tolong angkat bakul barang.
Apa yang menarik tentang Eco Shop baru kat Semambu ni ialah, konsep dia sama je macam Eco Shop lain kat Kuantan. Barang-barangnya pelbagai—dari alat tulis, mainan, barangan dapur, sampai perhiasan rumah—semuanya dengan harga RM2.40. Tapi ada jugak barang yang lebih mahal sikit, tapi masih sangat berbaloi.
Lepas lebih kurang setengah jam, inilah hasil tangkapan kitorang sekeluarga: pinggan warna-warni, sudu, beberapa mainan untuk anak-anak, selipar bini aku, barang perhiasan, dan alat tulis. Balik rumah, kitorang susun semua hasil "hunting" dan ambil gambar sebagai kenangan.
Eco Shop Hunting memang aktiviti santai yang seronok! Kalau korang ada kat Kuantan, cubalah singgah kat Eco Shop baru Semambu ni. Tapi pastikan korang ada bajet tertentu sebelum masuk, sebab barang dalam kedai ni memang "menggoda"!
Enjoy...!!!
Bahaya masuk eco shop ni. :D
BalasPadamBerhati-hati lah. Hehehe
Padam