Baca juga

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

Setiap kali musim result SPM tiba, memang timeline media sosial akan penuh dengan macam-macam cerita. Tahun ni, 31 Mac 2026 jadi tarikh yang ditunggu-tunggu. Ada yang share result sendiri, ada parent yang excited share result anak, dan tak kurang juga yang throwback result SPM masing-masing. Semalam petang aku pun sempat dengar sembang santai bersama Anas, sekali dengan Radio Zayyan. Topik pun terarah kepada throwback SPM. Ramai pendengar share result masing-masing, dan memang macam-macam kisah keluar. Ada yang straight A, ada yang struggle, ada yang cerita journey lepas SPM. Best dengar sebab semua orang ada cerita sendiri.

Pernah la dulu-dulu naik pentas amek sijil

Bila tengok semua orang share, aku pun teringat balik result aku. Honestly, result SPM aku tak lah sehebat mana. Ada A, ada B, dan ya… ada juga D. Dan D tu bukan subjek biasa. Bahasa Inggeris. Memang anak jawa sangat masa tu. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada, tapi masa tu memang terasa juga.

Sapa geng Aspura 2004-2005 SMTM angkat tangan

The only four guys dalam kelas aku

Chemistry Yang Tak Disangka

Dalam banyak-banyak subjek, ada satu yang aku still ingat sampai sekarang which is Chemistry. Aku dapat A. Dan jujur cakap, aku sendiri pun terkejut masa tu. Macam tak percaya boleh dapat result macam tu untuk subjek tu. Antara semua result yang aku dapat, yang ni paling unexpected.

Yang mencabar bila result keluar, D dalam Bahasa Inggeris tu jadi satu halangan besar. Time tu kebanyakan sistem nak apply matrik, maktab, pre-science… semua tak lepas. Sebab minimum requirement untuk BI masa tu kena C. Memang rasa down juga. Rasa macam banyak pintu tertutup. Masa tu memang terasa macam “eh macam mana ni nak sambung belajar?”

UiTM Tempat Bermula

Tapi dalam masa yang sama, ada satu pintu yang terbuka iaitu UiTM. Nasib baik UiTM sudi terima aku masa tu. Dari situ bermulalah journey aku. Aku sambung Diploma, dan lepas tu sambung Degree pun dekat UiTM juga. Dari satu langkah kecil, akhirnya jadi perjalanan yang panjang. Memang betul… UiTM di hatiku.

Bila fikir balik sekarang, memang menarik perjalanan tu. Masa SPM dulu aku sendiri tak sangka dapat A dalam Chemistry. Lepas tu aku sambung diploma dalam Microbiology. Masuk degree, aku masih blur sikit nak sambung dalam bidang biology atau chemistry. Tapi last-last aku pilih Analytical Chemistry. Dan sekarang… aku seorang chemist. Bila tengok balik, semua tu macam berkait walaupun masa awal dulu tak nampak jelas.

SPM Bukan Penamat

Kadang kita rasa result SPM tu penentu segalanya. Tapi sebenarnya, SPM hanyalah langkah pertama. Perjalanan sebenar bermula lepas tu. Ada yang straight A tapi jalan hidup dia lain, ada yang result biasa-biasa tapi berjaya dalam bidang sendiri. Yang penting bukan result semata-mata, tapi apa yang kita buat selepas itu.

Bila tengok balik perjalanan ni, aku cuma rasa bersyukur. Walaupun tak perfect, tapi setiap keputusan dan pengalaman tu bawa aku ke tempat sekarang. Dari seorang pelajar yang dapat D Bahasa Inggeris… ke seorang chemist hari ini. Sekarang hari-hari aku 'terpaksa' communicate dalam bahasa inggeris time kerja. Jadi untuk yang baru dapat result SPM tu, jangan terlalu risau. Ini baru permulaan.

Good luck for your journey...!!!

Ramadhan Day 1 - Misi Hantar Mak Ayah Pergi Umrah & Roadtrip Puasa Pertama

Ramadhan Day 1 - Misi Hantar Mak Ayah Pergi Umrah & Roadtrip Puasa Pertama

Hari pertama puasa tahun ni bermula dengan satu momen yang bercampur rasa. Ada gembira, sayu, dan syukur.

Mak ayah mertua aku berangkat ke umrah.

Dan aku diberi peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan kecil sebelum mereka sampai ke Tanah Suci.

Bergambar dengan jamaah lain sebelum terbang


Sebelum berlepas

Dari Kuantan Ke Seremban

Sehari sebelum tu, aku dah gerak dari Kuantan ke Seremban.

Singgah rumah adik ipar.
Lepak santai.
Sembang keluarga.
Mood Ramadhan dah mula terasa.

Walaupun penat perjalanan, suasana berkumpul tu buat semuanya jadi ringan.
Kadang-kadang bukan aktiviti besar pun… cukup duduk sama-sama dah rasa bermakna.

Dirumah Nurul (Adik ipar aku)

Tarawih Pertama Di Masjid Forest Heights

Malam pertama Ramadhan, kami pergi tarawih di Masjid Forest Heights.

Masjid cantik.
Tenang.
Jemaah ramai.

Ada rasa syahdu yang susah nak digambarkan. Biasala, tarawih pertama memang selalu ada aura dia.

Dalam hati aku sempat fikir…
Ramadhan kali ni bermula dengan langkah yang baik.

Laman masjid yang sangat luas dan selesa


Pandangan dalam masjid

Moreh Yang Meriah

Lepas tarawih, kami teruskan misi penting Ramadhan:

moreh....

Destinasi malam tu ke Nasi Arab Damsyik Ampangan.

Suasana bising dengan gelak ketawa.
Moment macam ni yang buat Ramadhan terasa hidup. Bukan sekadar ibadah, tapi kebersamaan.

Lepas makan, masing-masing balik untuk rehat.
Esoknya hari penting.

Semua adik beradik anak cucu ada. Full house


Mak dan ayah yang always sweet. Pakej umrah kali ni pakej berdua ya. Jangan ada adik lagi dah la. Hehehe

Nasi arab talam

Malam Sebelum Berangkat

Mak ayah mertua aku malam tu stay homestay area KLIA.

Praktikal.
Dekat dengan airport.
Kurang rushing pagi esok.

Kami adik-beradik yang lain stay di Seremban saja.
Plan pagi esok terus berkumpul di homestay sebelum bergerak ke KLIA.

Bergambar depan homestay


Atuk dan baby Najla

Hari Berangkat, Rasa Yang Susah Nak Dijelaskan

Sekitar jam 12.30 tengah hari, kami semua dah berkumpul di homestay.

Suasana bercampur:

  • sibuk kemas barang

  • semak dokumen

  • borak ringan

  • bergambar kenangan

Dalam pukul 3 petang, mak ayah mula proses check-in.

Moment tu… rasa makin real.

Doa dipanjatkan.
Pesanan disampaikan.
Pelukan jadi sedikit lama dari biasa.

Mak & Ayah dah sampai sana. Honeymoon ketuuwww..


Ayah dan kucing tak dapat dipisahkan

Ready nak buat umrah yang pertama. 

Geng muslimat

Perpisahan Yang Penuh Doa

Sekitar 4.30 petang, kami mula bergerak meninggalkan KLIA.

Itu bahagian yang paling sunyi.

Walaupun tahu ini perjalanan ibadah yang indah, tetap ada rasa kosong bila berpisah.

Tapi rasa sayu tu ditutup dengan doa:

Semoga dipermudahkan urusan mereka.
Semoga dikurniakan kesihatan sepanjang ibadah.
Semoga pulang nanti dengan cerita dan keberkatan.


Perjalanan Bersambung

Lepas tinggalkan KLIA, aku teruskan perjalanan balik ke Johor.

Perjalanan jauh, tapi hati terasa tenang.

Cuti aku masih ada sampai hari Ahad.
Jadi sempat juga rancang untuk singgah kampung, jumpa mak, dan luangkan masa dengan keluarga.

Ramadhan baru bermula… tapi dah penuh dengan memori.


Ramadhan Yang Bermula Dengan Doa

Kadang-kadang Ramadhan tak bermula dengan rutin biasa.

Ada Ramadhan yang bermula dengan perjalanan, perpisahan, dan doa dari jauh.

Dan aku bersyukur, Ramadhan kali ni bermula dengan menghantar orang tersayang menuju tempat yang paling mulia.

Semoga perjalanan mereka diberkati.
Dan semoga Ramadhan kita semua dipenuhi ketenangan.

Amin....

Bila Kerja Jadi Havoc...!! Cerita Awal 2026 Yang Aku Takkan Lupa

Bila Kerja Jadi Havoc...!! Cerita Awal 2026 Yang Aku Takkan Lupa

Tahun 2026 bermula dengan agak havoc.!

Kalau ikut timeline sebenar, kekalutan ni bukan muncul tiba-tiba.

Aku rasa semuanya dah mula dari hujung 2025 lagi.

Masuk saja Januari sampai Februari 2026, memang full package.


Isu datang bertalu-talu.

Produk itu.

Produk ini.

Spec tak cukup.

Requirement tak lepas.

Instrument pula buat hal. Due date PM dah dekat tapi tak perasan.

Machine tu. Equipment ni.


Kadang dalam hati cuma mampu cakap:

“Ya Allah… macam-macam.”

Real vs AI

Dunia QC Yang Orang Tak Nampak

Bila kerja dalam bidang quality, ramai orang nampak last result je.


PASS atau FAIL.

Release atau hold.


Tapi belakang tu…??

  • investigation
  • discussion
  • repeat testing
  • data review

Ada masa rasa macam dikejar dari semua arah.

Dan biasalah… bila banyak isu datang serentak, mesti terlintas:

“Kenapa time ni semua nak jadi sekali?”

Arghhhh… 😅


Belajar Tenang Dalam Kekalutan


Walaupun keadaan kelam-kabut, aku bersyukur satu benda.

"Aku masih boleh hadap dengan tenang"


Bukan tak stress.

Bukan tak penat.

Ada juga moment rasa serabut.


Tapi itulah kerja. Hadap dengan tenang. Tak semua bende perlu reaktif. Panik tak selesaikan masalah dan  tetap fokus satu per satu lebih berkesan.

Kadang-kadang cuma perlu tarik nafas… dan jalan terus.


Pengalaman Yang Tak Dijangka

Yang menariknya, isu-isu yang jadi ni bawa aku ke tempat yang aku tak pernah bayang sebelum ni.


Masuk plant.

Naik kawasan proses.

Panjat tangga tinggi-tinggi.

Guna monkey ladder.

Pergi site buat inspection.


Benda yang dulu aku tengok dari jauh… Sekarang aku sendiri kena hadap.


Penat? Ya.

Takut sikit? Mestilah.

Pengalaman baru? Sangat.


Dan sebenarnya… inilah bahagian belajar yang paling mahal.

Kalau tak ada isu, aku takkan belajar benda baru.


Ya! Sometimes masalah buat kita:

  • lebih faham proses
  • lebih kenal orang
  • lebih cepat matang buat keputusan
  • lebih berani keluar dari comfort zone


Benda yang aku tak pernah buat sebelum ni… akhirnya aku dapat cuba..

Ada juga episod meeting hujung minggu. 

Plan nak rehat.

Alih-alih buka laptop.

Discussion.

Call.

Follow-up.


Masa tu memang terasa letih.

Tapi dalam masa sama, aku faham, ada fasa kerja memang perlukan extra effort.


Tak selamanya begitu.

Cuma sekarang… memang musimnya.

Baca juga - First Time Bagi Training SQC kat Orang, Lain Macam Rasa Dia

Ini Juga Sebahagian Journey


Bila aku fikir balik, semua kekalutan ni sebenarnya sebahagian dari perjalanan aku juga.

Bukan sekadar cabaran kerja.

Tapi proses jadi lebih kuat, lebih sabar, dan lebih faham dunia yang aku ceburi.


Mungkin hari ni nampak penat.

Mungkin sekarang rasa serabut.


Tapi suatu hari nanti…

aku akan pandang balik fasa ni dan senyum.


“Oh… masa ni lah aku banyak belajar.”


Apa pun yang berlaku....

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk hadap, belajar, dan terus jalan.


Dan esok… kita sambung lagi sampai pak jamil............. (korang sambung la sendiri). Hahahah

Enjoy...!!!


Alam Ria PASTI 2025 - Its Ok Girl Walau Tak Menang

Alam Ria PASTI 2025 - Its Ok Girl Walau Tak Menang

Dalam hari yang sama, lepas je aku setelkan larian aru kat event Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025 di KOTASAS Kuantan, aku terus tukar gear. Kali ni haluan ke SAR KAFA Al-Makmur, Masjid Taman Balok Makmur untuk program Alam Ria PASTI Kawasan Indera Mahkota 2025. Isteri dan anak-anak aku dah sampai dulu, sebab ada pelbagai pertandingan menarik:

  • Nasyid
  • Kalam Jamaie
  • Pidato
  • Hafazan
  • Bercerita
  • Sajak
  • Azan & Khutbah

Yang paling aku nantikan mestilah pertandingan nasyid, sebab anak aku join sekali. Alhamdulillah, rezeki betul sebab kumpulan anak aku perform paling last. Jadi sempatlah aku habiskan larian, gerak ke Balok, dan tiba tepat pada masanya.


Suasana memang meriah, ibu bapa sporting bagi sokongan, mualimah-mualimah penuh semangat uruskan anak-anak. Bila tengok anak-anak kecil berani naik pentas, nyanyi dan beraksi depan orang ramai, rasa terharu betul.

Yang buat aku tersentuh, aku sendiri tak percaya bila nampak anak aku si Solehah tu berani naik pentas. Sebab kalau ikut perangai dia sehari-hari, memang jenis pendiam dan pemalu bila depan orang. Bila dia boleh berdiri atas pentas, menyanyi nasyid dengan kumpulan dia, itu dah kira satu improvement besar. Sebagai ayah, aku rasa bangga sangat.

Walaupun team nasyid anak aku tak menang apa-apa, aku tetap rasa bangga. Cukuplah sekadar jadi pengalaman berharga untuk dia. Belajar berani berdiri atas pentas, bina keyakinan diri, dan kumpul memori manis zaman kecilnya. Menang kalah tu adat pertandingan, tapi yang lebih penting adalah proses belajar dan mencuba.

Baca juga - Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia

Kadang-kadang hidup ni ibarat marathon kecil kita sendiri. Dari satu acara ke acara lain. Penat memang penat, tapi bila semuanya kerana nak support keluarga, rasa tu jadi berbaloi.

enjoy...!!!

Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025. Santai-santai lari 5KM kat KOTASAS

Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025. Santai-santai lari 5KM kat KOTASAS

Hari Sabtu baru-baru ni, 6 Sep 2025 aku join satu event larian yang cukup meriah iaitu Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025. Dekat 700 peserta hadir memeriahkan program ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan wanita, mengenai kanser ginekologi.

Nama aku ade kat banner event ni

Event ni dianjurkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Wanita, dan pelancarannya turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim. Memang nampak sokongan padu dari masyarakat dan pihak kerajaan untuk sama-sama sebarkan mesej penting tentang kesihatan wanita.

Event kali ni tak fokus pada larian saja, tapi ada pelbagai aktiviti untuk semua lapisan umur:

  • Fun Run Open 5KM (Lelaki & Perempuan) – kategori yang aku join.
  • Fun Walk 3KM – santai, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
  • Costume Walk/Run – paling meriah! Peserta datang dengan macam-macam costume kreatif – ada superhero, kartun, sampai la gaya tradisional.
Route 5km

Route 3km

Untuk kategori Fun Run 5KM, laluan pagi tu adalah sekitar KOTASAS, Kuantan. Best sebab suasana kawasan tu masih baru, jalan luas dan pemandangan pun segar. Sepanjang route, ramai juga marshal dan sukarelawan yang bagi sokongan serta jaga keselamatan peserta.

Bagi kategori Fun Walk 3KM, peserta pun lalu kawasan yang sama, tapi dengan jarak lebih pendek – lebih santai dan enjoy.

The best thing is. masa daftar, aku tak perasan langsung yang company tempat aku kerja, BASF PETRONAS Chemicals jadi salah satu sponsor event ni. Tapi bila collect baju event, terus nampak logo company baju. Serius bangga! Rasa lain macam bila join event sihat macam ni, dalam masa yang sama company sendiri pun turut support.

BASF Petronas tempat iols kerja

Aku join kategori Fun Run 5KM (Lelaki). Pagi tu cuaca agak panas sikit, tapi sebab suasana meriah dan crowd pun sporting, rasa enjoy je sepanjang larian. Ada yang lari laju, ada yang jogging santai, ada juga yang jalan sambil ambil gambar.

With Yaakob

Yaakob and his stroller


Another geng tempat kerja yang tak tau pun die join event ni. Hahaha

Aku join larian ni dengan kawan aku, Yaakob. Kami memang register sama-sama, kira geng sepakat la. Paling win, dia siap bawa trolley tolak anak sekali! Memang dari awal kami plan nak santai-santai je, bukan nak push sangat sampai cepat ke garisan penamat. So sepanjang 5KM tu, kami lebih pada enjoy suasana, borak-borak sambil lari, dan kadang-kadang jalan bila penat. Yang penting, rasa puas hati sebab dapat habiskan larian bersama-sama.

Baca juga - Tempat Hiking Menarik di Kuantan untuk Semua Peringkat

Secara keseluruhannya, Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025 memang satu event yang berjaya tarik perhatian ramai. Selain dapat keluarkan peluh, dapat juga sokong kempen kesihatan yang sangat penting untuk masyarakat.

Enjoy...!!!

Cuti sekolah tak lama lagi kan? Jom Join Program KASEH

Cuti sekolah tak lama lagi kan? Jom Join Program KASEH

So, aku nak share satu program best yang akan berlangsung kat masjid taman aku ni. Kami sedang merancang Kem Anak Soleh (KASEH), sebuah program yang aku rasa sangat bermakna untuk anak-anak. KASEH ni gabungan antara aktiviti keagamaan, pembentukan jati diri, dan pengalaman bermalam di masjid. Aku sendiri rasa program ni special sebab ia bukan sekadar kem biasa—pelbagai slot menarik telah disusun rapi untuk anak-anak kita.

Bila tengok je lineup aktiviti, serius aku pula yang rasa teruja! Ada modul asas wudu’ dan solat bestari, explorace minda, qiamullail, sesi motivasi, dan persembahan daie cilik. Semua ni dirancang untuk beri pengalaman menyeronokkan sambil mendidik anak-anak dengan nilai Islam yang kukuh.

Program ni sebenarnya hasil kerjasama antara AJK masjid kami dengan konsultan bertauliah yang berpengalaman dalam mengendalikan program seperti ini. Sebagai salah seorang AJK pelaksana, aku bangga dapat terlibat dari awal hingga akhir. Tapi dalam masa yang sama, aku juga harap semuanya berjalan lancar. Doakan ya, korang!

Baca juga - A Memorable Family Trip to Kuala Lumpur: 3 Days, 2 Nights of Fun

Kalau korang duduk sekitar Kuantan dan sedang cari program cuti sekolah yang berfaedah untuk anak-anak, aku sarankan hantar mereka join KASEH ni. Tak perlu risau, sebab segala persiapan dah dibuat dengan rapi, dari makanan sampai fasilitator. Kalau berminat, korang boleh je contact aku—nanti aku bantu uruskan pendaftaran.

InshaAllah, semoga program ni berjaya mencipta kenangan manis untuk anak-anak dan jadi titik permulaan yang baik untuk mereka lebih dekat dengan Islam. Amiin! 😊

Enjoy...!!!

Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Hari ini aku nak share something. Takdir Allah memang indah dan penuh kejutan. Bayangkan, aku saja je scroll media sosial seperti biasa, menonton video-video pendek untuk mengisi masa lapang. Namun, di tengah-tengah semua itu, telinga aku tiba-tiba tertangkap satu ceramah motivasi tentang rumah tangga. Aku tak ada niat pun nak dengar, tapi entah kenapa hati tertarik. Jadi, aku teruskan mendengar hingga habis.

Ceramah itu membahas "Aib Pasangan yang Perlu Dijaga", dan ada beberapa perkara penting yang aku rasa kena dengan kehidupan kita. Antara pesanan yang disampaikan:

  1. Jangan bertengkar di depan anak-anak.
    Anak-anak adalah amanah, dan mereka berhak hidup dalam suasana kasih sayang. Kalau kita bertengkar di depan mereka, kita bukan sahaja merosakkan pandangan mereka tentang keluarga tetapi juga mungkin menyemai trauma dalam jiwa kecil mereka.

  2. Jangan bertengkar di depan orang tua dan mertua.
    Orang tua kita adalah insan yang paling risau bila melihat anak-anak mereka bermasalah. Jangan bebankan mereka dengan drama rumah tangga kita.

  3. Jangan bercerita kepada teman-teman tentang rumah tangga.
    Kadang-kadang, kita memang perlukan tempat meluah, tapi perlu bijak memilih siapa yang boleh dipercayai. Pesan penceramah itu, kalau mahu bercerita, biarlah kepada teman rapat yang benar-benar memahami dan tidak menyebarkan cerita.

  4. Jangan bertengkar di keramaian.
    Kalau kita berbalah di tempat awam, cerita itu boleh tersebar dan jadi bualan orang. Rumah tangga kita bukan untuk hiburan sesiapa.

  5. Seburuk-buruknya pasangan, dunia tak perlu tahu.
    Setiap pasangan ada kekurangan, tapi dunia luar tak perlu tahu kelemahan itu. Cukup kita berdua saling memperbaiki.

  6. Selagi masih ingin bersama, saling memperbaiki dan memahami.
    Tiada rumah tangga yang sempurna, tetapi selagi ada cinta dan kesungguhan untuk berubah, semuanya boleh diperbaiki.

Aku terkesima dengan nasihat ini. Betul, kadang-kadang Allah mahu menegur kita melalui cara yang tak disangka-sangka. Dalam kesibukan kita scroll media sosial sana sini, ada detik di mana Allah menarik perhatian kita kepada sesuatu yang bermanfaat.

Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan ceramah ini. Pesan terakhir penceramah itu benar-benar menusuk hati: “Rumah tangga bukan tentang siapa yang menang atau siapa yang kalah. Ia tentang bagaimana dua jiwa saling melengkapi dan memuliakan.”

Terima kasih, ya Allah, atas teguran-Mu yang indah ini. ❤️

Enjoy...!!!

#BloggerTalk | Ciri-ciri Pasangan Idaman

#BloggerTalk | Ciri-ciri Pasangan Idaman

Wanita Dambaan Syurga


Assalamualaikum

Kembali kita dalam segmen #BloggerTalk dari Sahabat Blogger. Salam sahabat buat semua blogger, pembaca, blogwalker dan sesiapa sahaja yang rajin dan sudi singgah di Papaglamz.com yang tak seberapa ni. Ok untuk minggu lepas topik yang di ketengahkan dalam segmen ni ialah ciri-ciri pasangan idaman. Papaglamz baru nak mula menulis entri tentang tajuk yang diberi. Sebenarnya dah agak lewat. Nak kena ketuk ketampi nih. Hehehe.

Baiklah, bila bercakap tentang pasangan idaman ni tentu sahaja kita sebagai manusia inginkan pasangan yang sempurna kan? Tapi ingat lah manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah SWT sahaja yang maha sempurna. Diri kita sendiri tidak lah sempurna. Adalah lebih elok jika di katakan pasangan kita itu pelengkap kekurangan kita. Dan kita pula pelengkap bagi kekurangan dia. Haaa ni la ciri-ciri pasangan idaman Papaglamz. Saling melengkapi. Yela, bukankah perkahwinan itu adalah pelengkap sebahagian dari iman kita? Jika kita berkahwin, maka lengkaplah iman di dalam hati. Insyallah.

Pada Papaglamz itu lah satu-satunya ciri yang Papaglamz idam-idamkan. Melengkapi kekurangan yang ada pada diri Papaglamz. Sekiranya ciri-ciri itu ada, maka bersyukur pada Allah tidak terhingga. 
Hubungan_Intim_Sex_Suami_Isteri
Perasan tak dalam dunia ini, semua Allah ciptakan berpasangan. Malam ada siangnya, cas positif ade cas negatifnya, lelaki mesti berpasangan dengan perempuan. Tak tau sekiranya ade yang berpasangan sesama jenis. Nauzubillah.. Jadinya, isteri itu pelengkap bagi suami. Sebagai insan yang serba kekurangan, tiada sebarang kesempurnaan yang berhak kita miliki. Sebab itu setiap pasangan haruslah saling melengkapi. Isteri pelengkap kekurangan suami dan begitu lah sebaliknya. 

Bagi Papaglamz, peranan isteri dalam sebuah rumah tangga amat besar sekali. Ok cuba bayangkan bermula seawal pagi lagi, isteri sudah sebok bersilat di dapur, kejutkan suami dan anak-anak. Bagi yang bekerja, balik dari kerja nak menguruskan rumah lagi. Fuhhh.. Maaf Papaglamz cakap awal-awal tak terlarat nak buat semua itu. Tapi, itulah kehebatan seorang wanita. Itulah kelebihan yang mampu mengisi kekurangan dalam diri Papaglamz. Hehehe

Ya, Papaglamz akui, hidup berumah tangga begitu indah ala-ala di dalam syurga gitu. Tapi, harus diingat, pasang surut alam rumah tangga itu pasti. Apa yang harus dilakukan saling memahami dan bertolak ansur demi mencari jalan keluar untuk menuju kebahagiaan rumah tangga itu. Insyallah jika saling bermuafakat, keindahan di dalam rumah tangga akan tercapai.

Nah itulah dia ciri pasangan idaman Papaglamz. MELENGKAPI kekurangan diri Papaglamz. Harapnya, Papaglamz juga dapat menyempurnakan kekurangan yang ada di dalam diri isteri Papaglamz. Insyallah. Ternyata hidup Papaglamz zaman bujang dan sekarang ni banyak perbezaannya. Isteri Papaglamz begitu banyak menyokong Papaglamz dalam setiap hal. Lebih-lebih lagi dunia blogging Papaglamz. Mana yang yang tak elok dia akan menasihati untuk jadi lebih elok. Alhamdulillah kurniaan Allah begitu hebat. 

Terima kasih buat isteri Papaglamz Halimatu Sa'adiah (Ibu Dhia). 

<3 <3 <3 <3 until janah okayyy.

With Love
Papaglamz

-sekian-
#BloggerTalk | Kisah dan Lagu (Istikharah Cinta)

#BloggerTalk | Kisah dan Lagu (Istikharah Cinta)

Assalamualaikum

Kembali dengan segmen #BloggerTalk minggu ini. Masuk minggu ni dah 6 tajuk. Banyak tu. Dan kesemua tajuk Papaglamz join. Jangan lupa untuk terjah-terjah kesemua entri >>>#BloggerTalk<<< Papaglamz yer.

Ok tajuk pada minggu ni tentang kisah dan lagu. Ya allah akhirnya tajuk ni pun terpilih. Senanya dari minggu lepas Papaglamz harap sangat tajuk ni terpilih. Dan kali ni terpilih. Alhamdulillah. Tapi sebelum korang semua baca kisah di sebalik lagu yang Papaglamz nak share, jom layan sikit lagu ni.


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta

<3 <3 <3 <3

Hurmmm.. Camne nak mula ek.. Hahhahha.. #Excited

Ok ok macam ni. First time dapat lagu ni dari wife Papaglamz. Masa tu tak nikah lagi pun. Dan tak tunang lagi. Baru lepas merisik rasanya. Die share dalam facebook. Nak printscreen yang die share entah kat mana entah. Kisah 2 tahun lepas. Huhuhu.

Yup, lagu ni mempunyai kisah yang sangat dekat dengan kisah percintaan Papaglamz dan isteri. Sebenarnya perkahwinan kami ni family planning. Jiran sekampung yer. Kau mampu? Hahaha. Lepas je kerja setahun terus mak Papaglamz merisik-risik khabar anak dara orang untuk anak bongsu dia ni. Pada mulanya macam ala-ala tak nak gitu. Ye la, tak grand la orang tua cari kan ye tak? Memula risik-risik macam olok-olok jer. Tapi dalam senyap-senyap mak Papaglamz merisik khabar secara serious. Maaaatiii laaa. Siap amek no talipon segala bagai kau. Tak pe la demi mak, Papa redha jer. #PapaTakuatNakLawanCakapMak.

Bila nak kawen dengan orang yang tak berapa nak kenal ni. Memula risau jugak. Tapi bila dah mula kenal berbalas message dalam facebook. Sharing-sharing lagu. Yang popular lagu ni la. Sokmo dengar. Siap kalau tengah borak tu background muzik lagu ni ok. Hehehe. Dan lalast ternikah la kami. Merisik bulan 3. Tunang bulan 5 Nikah bulan 8. Mudah kan? Alhamdulillah.

Wanita-wanita yang baik dan suci adalah mereka yang memudahkah perkahwinannya. 
*Kebetulan baru tadi dalam group wassap #SahabatBlogger sembang isu ni.

Macam tu la. Dalam setiap perkara yang kita nak lakukan, kita seharusnya meminta panduan atau pertolongan dari Allah. Kita ni manusia kan, kita tak mampu nak mengatur masa depan kita tanpa bantuan dan pertolongan dari Allah. Jadinya, nak dapat pertolongan tu kena la mintak. So, mintak la petunjuk dari dia untuk kita membuat sebarang keputusan. Insyallah Allah atur langkah kita ke jalan yang elok dan bahagia,

Nak throwback picture kawen la.





.....Tinta kasih buat permaisuri hati.....

Ketika mendambakan cinta suci
Cinta belum datang menyapa
Kerinduan akan cinta bersemi
Cinta Halal atas Nafsu
Rindu Sepi Tunduk Bersimpuh
Menemani malam Bercengkrama
Lantunan Ayat Tersedak Rindu
Cinta 1/3 Malam Cinta karena Allah
Pasangan Suci Nan Mendambakan Surga

-sekian-
#BloggerTalk | 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Papaglamz (Johor)

#BloggerTalk | 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Papaglamz (Johor)

Assalamualaikum

Kembali semula dalam segmen #BloggerTalk minggu ni. Ni dah masuk minggu yang ke 5. Harapnya ia akan berterusan sampai ke bulan-bulan dan tahun-tahun seterusnya. Insyallah. Selain sabagai satu segmen luahan pendapat, #BloggerTalk ni mampu menyemarakkan lagi kehangatan dunia blogging ini dengan adanya percambahan pendapat serta perkongsian-perkongsian menarik dari setiap blogger yang join. Haaaa jangan lupa saling ziarah menziarahi kejiranan blog kita agar ukhwah alam maya ini terus subur mewangi gituuu.. Ok enough intro..
Alhamdulillah Papaglamz masih mampu lagi mecoret dalam topik yang diberikan minggu ni. Jadinya topik minggu ni 5 Perkara Menarik Tentang Negeri Anda. Memandangkan Papaglamz berasal dari neeri Johor, jadi Papaglamz nak cerita la pasal Johor yer. Nak tau apa yang menarik di Johor?
 
1. Laksa Johor

Setiap negeri tentu sahaja mempunyai makanan rasmi mereka sendiri kan? Jadi, kat johor ni makanan yang famous orang akan tanya mestilah laksa johor. Laksa johor adalah lain daripada laksa-laksa yang lain. Nak tau ape yang berbeza? Yang bezanya ialah kuah die dan mee yang di gunakan. Kuah dia santan based dan mee dia guna spagethi. Laksa Johor ni favourite Papaglamz tau. Biasa time-time kenduri ade laksa johor, memang yang ni la akan Papaglamz jamah dulu. Yang lain kemudian.
2. Nasi Ambeng


Selain laksa johor. Bagi masyarakat jawa di Johor, mereka popular dengan nasi ambeng. Papaglamz sure ramai yang tau pasal nasi ambeng ni. Biasenya nasi ambeng ni di hidang time-time majlis kenduri tahlil atau potong jambul dan majlis kenduri kesyukuran di rumah-rumah atau surau. Susah tau sekarang ni nak cari nasi ambeng yang di makan masa kenduri. Kebanyakanya sekarang guna style buffete. Korang mesti nak tau kan ape yang terdapat dalam nasi ambeng ni? Secara asasnya, di dalam sebuah hidangan nasi ambeng yang wajib ade ialah nasi, ayam masak kicap (resepi asal) ataupun kari ataupun masak merah, mee goreng, serunding, sambal goreng, masak lodeh, dan ikan kering. Ni yang asas la. Ade orang tambah lagi macam-macam. Bagi Papaglamz nasi ambeng paling best. Lelagi makan time kenduri tahlil kat rumah orang. Makan dalam dulang ramai-ramai. Tetibe rindu nak balik kampung. Sob sob sob.
3. Zapin

Selain makanan, di Johor juga terdapat budaya yang unik dari negeri-negeri lain. Sebagai contoh, negeri Johor sangat terkenal dengan seni tarian zapinnya. Bermacam-macam jenis tarian zapin yang ada kat johor ni. Zapin Tenglu, Zapin Parit Makasar, Zapin Teluk Belanga, Zapin Melayu Asli, Zapin Pekajang dan banyak lagi. Pendedahan seni tarian zapin ni bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Diorang ni siap ade pertandingan zapin antara sekolah-sekolah tadika. Comel kan? Selain bebudak kecik, belia-belia jugak ade yang menyertai zapin ni di kolej-kolej ataupun universiti-universiti masing. Tak kalah jugak bagi golongan emas, mereka juga lincah berzapin. By the way, Papaglamz juga dulu penzapin tegar. Tapi sesejak dah kawen ni slow down dah. Nampak tak sedap pulak mata memandang tua-tua masih lagi terkinja-kinja di atad pentas tu kan. Huhuhu


4. Kuda Kepang


Selain zapin, masyarakat johor juga terkenal dengan seni tari kuda kepang. Sejarahnya, budaya tarian kuda kepang ni berasal dari tanah jawa. Oleh sebab ramai penduduk tanah jawa yang berpindah di negeri johor semasa pemrintahan belanda, seni tari kuda kepang juga dibawa masuk ke sini. Tapi, kuda kepang ni ada unsur-unsur khurafatnya. Papaglamz memang tak berani nak tengok rapat-rapat. Secara asasnya bila cakap tentang kuda kepang je mesti orang akan cakap pasal isim. Isim ni macam rasukan gitu la. Kira bila kita berkuda kepang, ada satu entitiain yang telah memasuki badan si pemain kuda kepang tu. Tu yang boleh makan kaca, panjat pokok kelapa yang tinggi, kupas kelapa guna gigi dan macam-macam lagi la yang di luar kemampuan manusia biasa mereka buat. Haish seram la. Mintak di jauhkan la dari Papaglamz.

5. Shopping di Johor Premium Outlet (JPO)

JPO memang tampat wajib singgah kalau kat johor ni. Semua barang-barang branded dan mahal-mahal ok. Sape yang kaya tu sila la jalan kat JPO ni. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai memudahkan para pelancong untuk singgah di JPO membeli cenderamata. Tapi... Papaglamz tak pernah pun pergi JPO ni. Hahaha. #Kbai.
Jadi, sampai sini je lah perakara menarik tentang johor. Sebenarnya banyak lagi. Meh Papaglamz list kan:
  • Danga Bay.
  • Tanjung Piai - Tempat paling hujung di benua Asia.
  • Pantai-Pantai menarik.
  • Anak-anak muda yang ayu dan tampan.
  • Stadium Larkin yang mantap.. LUASKAN KUASA MU. Hahaha.

Ok la tu jer. 

-sekian-
#BloggerTalk | 10 Fakta menarik tentang Papaglamz

#BloggerTalk | 10 Fakta menarik tentang Papaglamz

Assalamualaikum

Alhamdulillah still on track lagi up entri tentang #BloggerTalk dari group #SahabatBlogger. Tajuk kali ni memaksa Papaglamz untuk memuji-muji kurniaan tuhan yang dikurniakan pada Papaglamz. Jangan termuntah dah la ok.

10 fakta menarik tentang Papaglamz

1. Lelaki

2. Nama
3. Suami Orang
4. Sensetip
5. Suka nasi goreng
6. Shaklee
7. WAHP wannabe
8. Kuat berangan
9. Men's Health Advisor
10. Nill


Detail

Papaglamz seorang lelaki for sure. Tapi tak tau la Amal. Eh....!!!! Namapun Papa yang budget glamz ni. Harus la lelaki. Ye dok...?  Definisi lelaki bagi Papaglamz ialah seseorang yang melindungi, mendidik, sebagai leader, mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hidup. Lelebih lagi bagi yang sudah berumah tangga. Semua tu Papaglamz yer. #SilaPercaya

Seterusnya nama. Ermmmm. Ok nama yang tercatit dalam i/c iz Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa. Mesti tertanya-tanya kenapa Mohd Musa @ Musa kan? Papaglamz pun tak tau la. Papaglamz tanya my father pun cakap tak tau jugak. Nurse yang daftar nama Papaglamz yang tulis katanya. Hadap je la nama camtu. Asal cukup ruang nak isi borang-borang segala bagai iz ok...!!! Tu nama sebenar yang dalam i/c. Nama berangan iz Papaglamz. Ok dah tak nak describe. Nanti terperah santan sampai keluar minyak pulak. Huhuhu.

Next iz, Papaglamz ni suami orang tau. So, jangan nak ngurat-ngurat ittteewww. Menangis bini ittteeww kalau die tauwww. Tap itteww ok jewww. Hehehe. Yup I'm a husband since ogos 2013. Jadi suami best. Acely banyak best dari tak bestnye. Lelebih lagi berkahwin ni kan menyempurnakan iman. Nak masuk syurga kena sempurna iman. Insyallah dengan kesempurnaan iman ini, kita akan masuk syurga bersama ye S#%N@$.
Adakah Papaglamz seorang yang sensetip? Ni fakta yang wife Papaglamz bagi tau. Ermmmm, boleh la. Sesejak jadi laki orang ni tahap kesensitipan tu macam mencanak-canak naik. Not sure la kenapa. Mungkin sebab tau kalau kita majuk foresure mesti ade yang pujuk. Hahaha. Syian bini aku.

Tang makan pulak. Seriously Papaglamz memang hantu nasi goreng. Sebab tu ade entri >>>Nasi Goreng Campak-campak khas dari Papaglamz.<<< Tiap hari mesti nasi goreng jerk. Siap wife pun bosan asyik-asyik kena masak nasi goreng. Sekarang ni kalau buat sarapan mesti masak 2 benda nasi goreng dan something yang lain untuk wife sendiri. The best part is Papaglamz tak cerewet bab makan. Asal halal dan menyihatkat I iz on jer.
Masuk bab Shaklee pulak. Hahahaha. Mohon jangan banned Papaglamz yer. Terutama sekali Atan @ Padil @ Penyu @ Lakalaka. Yup, Papaglamz iz Shaklee Indipendant Distributor (SID) yang berdaftar. No pendaftaran 1177517. Haa complete kau aku bagi tau. Ok enough. #ProtmoteAtanJadiAhli

Korang tau tak WAHP tu ape? Work At Home Papa. Tu la matlamat Papaglamz. Mungkin 2-3 years in future. Sebab Papaglamz dah jumpe jalan. Cuma kita je nak atau tak nak buat dengan komitment yang sepenuhnya ataupun sambil lewa. Insyallah. Doakan yer. #ShakleeLagi

Papaglamz kuat berangan. Seriously. Ala korang tengok la sendiri nama nick name pun Papaglamz. Entah dari mana gelemernyer tu tetibe nak guna nick name Papaglamz. Nampak tak nampak tak? Eh... Tapi kan, kejayaan seseorang itu bermula dengan angan-angan. Bila ade angan-angan maka terciptaalah jalan untuk mengejar impian @ angan-angan yang kita inginkan itu. Bukan berangan saje. Tambah dengan usaha sekali. Insyallah.

Ok dalam banyak-banyak fakta tentang Papaglamz, ni la yang paling menarik dan penting. Hehehe. Papaglamz iz Men's Health Advisor. Haaaa kau... Claim diri ni penasihat gitu. So, jejaka di luar sana sekiranya ade keraguan atau ingin berkongsi tentang kejantanan. Moh PM or wassap Papaglamz di nombor tertera. #ShakleeLagiiii
Rase tu je la kot. Yang ke sepuluh ni Papaglamz share picture kat bawah ni korang baca la. From my wife. Hehe.
Tu je la. Siap gak entri segmen #BloggerTalk ni di hari-hari last. Alhamdulillah.

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com