Baca juga

Lagu Doa Buat Ayah: Tonton Muzik Video Hadie dan Salman, Tiba-Tiba Aku Teringat Arwah Bapak

Lagu Doa Buat Ayah: Tonton Muzik Video Hadie dan Salman, Tiba-Tiba Aku Teringat Arwah Bapak

Kadang-kadang, kita tengok sesuatu video di YouTube tanpa mengharapkan apa-apa. Sekadar nak tengok muzik video terbaru. Tapi entah macam mana, video tu boleh buat kita terdiam sekejap dan teringat seseorang yang dah lama pergi.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Itulah yang aku rasa bila menonton muzik video Hadie dan adiknya, Salman, anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad.

Entah kenapa, melihat mereka berdua tiba-tiba membuatkan aku teringat kepada arwah bapak sendiri. Mungkin sebab sekarang aku dah menjadi seorang ayah, jadi banyak perkara tentang keluarga dan kenangan zaman kecil yang aku lihat dengan cara berbeza.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan
Arwah bapak dengan anak-anak aku masa kecik

Dan kalau bercakap tentang kenangan bersama arwah bapak, ada satu perkara yang paling aku tak boleh lupa mestilah moment naik motosikal dengan bapak aku.

Baca juga - The Journey of Me, Bila AI Buat Aku Fikir Pasal Hidup

Kenangan Naik Motor Dengan Bapak

Dari aku sekolah darjah satu sampailah tingkatan tiga, memang bapak aku yang hantar dan ambil aku dari sekolah. Hari-hari naik motor dengan dia.

Kereta memang tak ada masa tu, weh! Hahaha. Lagipun, bapak aku memang tak pandai bawa kereta. Jadi, motosikal itulah pengangkutan kami.

Bila aku dah habis sekolah dan masuk universiti, setiap kali balik kampung naik bas, bila sampai di perhentian bas pekan, bapak aku akan datang ambil aku dengan motosikal.

Aku turun bas, jumpa bapak, naik motor dan kami balik bersama-sama.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan
Gambar ni tahun 2012. Balik cuti sem

Nampak macam perkara biasa sahaja, kan? Tapi sekarang, bila aku fikir balik, itulah antara kenangan yang paling aku hargai.

Bapak mungkin tak pernah menjemput aku dengan kereta, tetapi dia tetap datang mengambil aku. Dari zaman sekolah sampailah aku dah besar dan belajar di universiti, dia tetap menjadi orang yang menjemput aku pulang.

Dulu aku ingat aku cuma menumpang motosikal bapak. Rupanya, aku sedang mengumpul kenangan bersama dia.

Sekarang bapak dah tak ada. Kalau boleh kembali ke masa itu, aku nak duduk lebih lama di belakang motosikal bapak. Nak nikmati perjalanan itu betul-betul.

Malangnya, masa tak boleh diputarkan semula. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Sekarang Aku Pula Seorang Ayah

Bila dah menjadi ayah, aku mula terfikir tentang anak-anak sendiri.

Agaknya, apa yang mereka akan ingat tentang aku apabila mereka dah dewasa nanti? Adakah mereka akan ingat gurauan kami, masa yang dihabiskan bersama atau perkara-perkara kecil yang kami lakukan setiap hari?

Aku tak tahu.

Tetapi aku berharap mereka akan membesar dengan kenangan yang baik tentang ayah mereka.

Aku pun bukan ayah yang sempurna. Ada masanya penat, ada masanya terlepas marah dan ada masanya terlalu sibuk dengan kerja. Namun, aku mahu terus belajar menjadi ayah yang lebih baik.

Daripada kenangan bersama arwah bapak, aku belajar bahawa kita tak semestinya perlu memberikan sesuatu yang mewah untuk meninggalkan kenangan yang bermakna.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family

Bapak aku tak ada kereta, tetapi dia sentiasa datang mengambil aku. Perkara yang nampak biasa ketika aku kecil itulah yang paling aku hargai hari ini.

Jadi, aku berharap anak-anak aku juga akan mempunyai kenangan seperti itu. Bukan semestinya sesuatu yang hebat, tetapi perkara-perkara kecil yang membuatkan mereka tersenyum apabila teringatkan ayah suatu hari nanti.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Hargai Selagi Masih Ada

Mungkin itulah sebabnya muzik video Hadie dan Salman tadi menyentuh hati aku. Ia membuatkan aku teringat kepada arwah bapak dan pada masa yang sama mengingatkan aku tentang tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Kita selalu fikir masih banyak masa untuk bersama orang yang kita sayang. Tetapi kita tak pernah tahu berapa lama peluang itu akan ada.

Kepada korang yang masih mempunyai ayah, hargailah dia selagi masih ada. Tak perlu tunggu hari istimewa. Kadang-kadang, bertanya khabar dan meluangkan masa bersama pun sudah cukup bermakna.

Dan kepada kita yang dah menjadi ayah, jangan terlalu sibuk mengejar kehidupan sehingga terlupa bahawa anak-anak sedang membesar hari demi hari.

Baca juga - Benda Yang Dulu Aku Rasa Tak Penting, Sekarang Aku Cari

Aku tak tahu apa yang anak-anak aku akan ingat tentang aku nanti. Tetapi aku berharap mereka tahu bahawa ayah sentiasa menyayangi mereka dan berusaha memberikan yang terbaik.

Al-Fatihah buat arwah bapak.

Terima kasih, pak, sebab dulu selalu datang ambil aku. Dari zaman sekolah sampailah aku dah masuk universiti, bapak tetap datang dengan motosikal.

Dulu aku anggap itu perkara biasa. Sekarang, itulah antara kenangan yang paling aku sayang.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah bapak, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Amin. 

Jom layan lagu Doa Buat Ayah dari Hadie dan Salman...

Jerebu Kuantan 2026: Sekolah Ditutup, Anak-anak PdPR di Rumah. Nasib Baik Isteri Cikgu!

Jerebu Kuantan 2026: Sekolah Ditutup, Anak-anak PdPR di Rumah. Nasib Baik Isteri Cikgu!

Sejak kebelakangan ni, keadaan jerebu nampaknya semakin membimbangkan. Dekat Kuantan pun terasa kesannya. Bila tengok keadaan udara yang semakin berjerebu, memang timbul juga rasa risau, lebih-lebih lagi bila fikir tentang kesihatan anak-anak dan keluarga.

Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengumumkan bahawa institusi pendidikan di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai 13 Oktober 2026 berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU). Sepanjang tempoh penutupan ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kaedah yang bersesuaian. Penutupan ini berkuat kuasa sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan. Pahang Media - Pahang Informasi Terkini

Penutupan sementara institusi pendidikan di Kuantan dan Rompin akibat jerebu mulai 13 Oktober 2026

Penutupan sementara institusi pendidikan di Kuantan dan Rompin akibat jerebu mulai 13 Oktober 2026

Bila dapat tahu berita ni, terus terbayang anak-anak aku yang semuanya kena duduk di rumah. Kalau sekolah tutup sebab cuti, lain ceritalah. Ini tutup sebab jerebu, jadi anak-anak memang kena berada di rumah demi keselamatan dan kesihatan mereka.

Aku pun fikir juga, kalau anak-anak duduk rumah, macam mana pula dengan urusan kerja? Nak kena fikir siapa nak tengokkan mereka, siapa nak uruskan makan minum dan macam-macam lagi. Biasalah, bila anak-anak ada di rumah, memang meriah suasana. Kadang-kadang aman sekejap, lepas tu riuh satu rumah! Hahaha.

Baca juga - Cuci-Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2026 di Taman Dato' Rashid, Kuantan

Nasib baik isteri aku seorang cikgu!

Bila sekolah ditutup dan PdPR dilaksanakan, isteri aku pun ada di rumah untuk menguruskan sesi pembelajaran anak-anak. Jadi, sekurang-kurangnya aku taklah pening sangat nak fikir tentang pengasuh atau siapa yang nak jaga mereka sepanjang aku bekerja.

Tapi jangan ingat bila isteri cikgu, anak-anak boleh sesuka hati ya. Hahaha! Ada masa belajar, ada masa kena siapkan tugasan dan ada masa kena pastikan mereka ikut jadual pembelajaran. PdPR ni tetap perlukan komitmen, bukan sekadar duduk depan telefon atau laptop sahaja.

Dalam masa yang sama, aku faham bukan semua ibu bapa mempunyai situasi yang sama. Ada yang suami isteri bekerja, ada yang perlu keluar mencari rezeki dan ada juga yang terpaksa mengatur semula rutin harian apabila sekolah ditutup secara tiba-tiba. Jadi, walaupun aku sedikit lega sebab isteri boleh berada di rumah bersama anak-anak, aku tahu keadaan ini mungkin agak mencabar bagi sesetengah keluarga.

Baca juga - Jerebu Makin Terasa Di Kuantan, Naik Motor Pergi Kerja Pun Kena Lebih Berhati-Hati

Jerebu Bukan Perkara Yang Boleh Dipandang Ringan

Bagi aku, keputusan menutup sementara institusi pendidikan ini memang wajar diberi perhatian. Kesihatan anak-anak dan warga sekolah perlu diutamakan. Jerebu bukan sekadar menyebabkan pemandangan menjadi kabur, tetapi kualiti udara yang tidak sihat juga boleh menjejaskan kesihatan, terutama bagi kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Jadi, sepanjang keadaan jerebu ini, kita sebagai ibu bapa kenalah lebih peka. Kurangkan aktiviti luar rumah, pantau keadaan kualiti udara dan ikut arahan pihak berkuasa. Kalau tak ada keperluan penting, lebih baik kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu.

Untuk perkembangan terkini, kita boleh mengikuti pengumuman rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan memantau bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar.

Harapnya keadaan jerebu di Kuantan dan Rompin akan kembali pulih dalam masa terdekat. Kesian juga anak-anak yang terpaksa menyesuaikan diri dengan PdPR, dan cikgu-cikgu yang perlu memastikan pembelajaran tetap berjalan walaupun bukan di dalam kelas.

Apa-apa pun, kesihatan dan keselamatan kena diutamakan. Sekolah boleh dibuka semula apabila keadaan kembali selamat. Buat masa ini, kita ikut arahan yang diberikan dan jaga keluarga masing-masing.

Dan untuk aku sendiri, nampaknya rumah akan jadi sedikit meriah dengan anak-anak sepanjang PdPR ini.

Nasib baik isteri aku cikgu. Kalau tak, pening juga ayah nak fikir siapa nak jaga anak-anak! Hahaha.

Semoga jerebu cepat reda dan semua urusan kita dipermudahkan.

World Space Week 2026: Patutlah Anak Aku Tanya Pasal Sheikh Muszaphar!

World Space Week 2026: Patutlah Anak Aku Tanya Pasal Sheikh Muszaphar!

Semalam anak aku tiba-tiba tanya aku pasal Sheikh Muszaphar. Aku pun dalam kepala, “Eh, kenapa tiba-tiba tanya pasal angkasawan pula ni?” 

Aku ingatkan dia tengok apa-apa dekat YouTube ke, atau tiba-tiba minat pasal angkasa. Rupanya hari ni baru aku tahu jawapannya.

Dekat sekolah cikgu dia tengah cerita pasal World Space Week! 

Barulah aku faham kenapa semalam soalan dia boleh sampai kepada Sheikh Muszaphar. Bila anak dah mula belajar pasal angkasa, memang nama angkasawan pertama Malaysia tu antara nama yang paling mudah mereka kaitkan.

Sebenarnya aku sendiri pun rasa menarik bila fikir balik. Selama ni kita tengok angkasa macam benda yang jauh sangat. Bulan, bintang, planet, roket dan angkasawan. Tapi bila anak mula belajar benda-benda ni dekat sekolah, tiba-tiba dia balik rumah dan mula tanya macam-macam.

“Ayah, Sheikh Muszaphar pergi angkasa macam mana?”

“Dia duduk dalam roket ke?”

Haa... soalan anak ni kadang-kadang boleh buat kita yang dah besar pun kena fikir dulu nak jawab apa.

World Space Week ni pun baru aku sedar rupanya memang ada sambutan setiap tahun. Tahun ni, World Space Week berlangsung dari 4 hingga 10 Oktober 2026, dengan tema “Rocket Revolution”. Tema ni pula fokus kepada perkembangan teknologi roket dan penerokaan angkasa

Baca juga - A Memorable Family Trip to Kuala Lumpur: 3 Days, 2 Nights of Fun

Menarik juga bila topik macam ni masuk dalam pembelajaran anak-anak. Dari kecil mereka dah mula kenal tentang angkasa, teknologi dan penerokaan manusia di luar bumi.

Dan sebagai ibu bapa, kita pun dapat tempias sekali. Anak belajar dekat sekolah, balik rumah ayah pula kena belajar sama.

Nampaknya selepas ni kalau anak tiba-tiba tanya pasal planet, roket atau angkasawan, aku dah tahu kenapa.

World Space Week rupanya!

Kadang-kadang benda kecil macam soalan anak ni lah yang buat kita sedar... anak-anak kita sebenarnya sedang belajar tentang dunia yang jauh lebih besar daripada apa yang kita nampak setiap hari.

Jerebu Makin Terasa Di Kuantan, Naik Motor Pergi Kerja Pun Kena Lebih Berhati-Hati

Jerebu Makin Terasa Di Kuantan, Naik Motor Pergi Kerja Pun Kena Lebih Berhati-Hati

Setakat pagi 7 Oktober 2026, bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota, Kuantan berada sekitar 163 (Tidak Sihat) menurut laporan RTM berdasarkan APIMS. Bacaan stesen Indera Mahkota juga menunjukkan pencemar utama ialah PM2.5. Portal Berita RTM

Sejak beberapa hari ni aku perasan keadaan udara dekat Kuantan memang lain macam. Tengok jauh-jauh pun macam berkabus, tapi sebenarnya bukan kabus. Jerebu. Pagi-pagi nak keluar rumah pun dah nampak suasana macam berasap.

Aku pula memang hari-hari pergi kerja naik motor. Jadi bila keadaan udara macam ni, memang terasa sedikit berbeza. Kalau hari biasa, naik motor memang rasa angin kena muka dan boleh enjoy perjalanan. Tapi bila jerebu, rasa macam tak berapa selesa pula nak sedut udara sepanjang perjalanan.

Aku pun sekarang kalau keluar naik motor, memang cuba lebih berhati-hati. Mask aku pakai, bukan sebab nak nampak macam ninja. Tapi rasa lebih secure bila berada atas jalan, terutama bila perjalanan agak jauh dan terpaksa menghirup udara luar sepanjang perjalanan.

Yang buat aku lagi ambil perhatian ialah bacaan IPU dekat Kuantan sekarang. Pagi ni kawasan Indera Mahkota mencatat bacaan sekitar 163, yang berada dalam kategori Tidak Sihat. Beberapa kawasan lain di Pahang pun turut mencatat bacaan tidak sihat, termasuk Temerloh dan Jerantut. Portal Berita RTM

Bila tengok angka macam 160 lebih tu, baru rasa, “Oh, patutlah nampak macam berasap.” Bukan mata aku yang problem rupanya.

Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

Aku yang memang suka exercise dan kadang-kadang keluar running pun kena fikir dua kali bila keadaan udara macam ni. Kalau udara tak berapa elok, mungkin kena kurangkan aktiviti outdoor dulu. Takkanlah nak kejar 10 kilometer sambil sedut jerebu sekali.

Paling aku risau sebenarnya anak-anak. Budak-budak ni kalau nampak cuaca macam biasa, memang rasa nak keluar bermain. Tapi dalam keadaan IPU tinggi macam sekarang, kena tengok keadaan udara dulu sebelum buat aktiviti luar.

Apa pun, keadaan jerebu ni memang mengingatkan aku bahawa udara yang kita selalu anggap biasa-biasa tu sebenarnya sangat penting. Bila udara dah nampak berasap dan bacaan IPU mula naik, barulah kita mula ambil perhatian.

Buat masa ni, aku teruskan rutin pergi kerja macam biasa. Cuma mask jangan lupa, tengok keadaan IPU dan kurangkan aktiviti luar kalau keadaan tak mengizinkan.

Harap jerebu ni cepat reda dan udara Kuantan kembali jernih macam biasa. Sebab aku dah rindu nak naik motor pagi-pagi dengan udara yang rasa... udara, bukan asap.

Man Challenge 2026 @Terengganu - Challenge Bermula Sebelum Event Lagi!

Man Challenge 2026 @Terengganu - Challenge Bermula Sebelum Event Lagi!

Baru-baru ni aku join satu program company yang diberi nama Man Challenge dekat Terengganu. Bila dengar nama pun dah boleh agak, program ni memang lebih kepada aktiviti fizikal dan cabaran. Aku pun pergi dengan expectation nak challenge diri, buat aktiviti outdoor dan luangkan masa dengan geng-geng company.

Team SPA-Q



Perjalanan dari Kuantan ke lokasi program pun dah boleh tahan. Aku gerak agak lewat dan sampai kawasan Kuala Berang waktu malam. Nak cari lokasi pula dalam keadaan gelap. Dengan jalan yang aku sendiri tak berapa biasa, memang ada satu tahap tu aku rasa macam, “Eh betul ke aku ni pergi tempat event?” Akhirnya sampai juga.

Tapi rupanya, challenge pertama bukan aktiviti fizikal. Challenge pertama ialah tempat tidur. Hahaha!

Kami ditempatkan dalam satu dorm yang dikongsi ramai peserta. Katil dua tingkat, tilam nipis dan kemudahan pun agak sederhana. Bukanlah tempat yang biasa kita dapat kalau pergi bercuti. Tapi mungkin di situlah sebenarnya sebahagian daripada cabaran program ni.

Malam pertama memang tak berapa lena. Badan penat, tapi mata susah nak lelap. Ada yang dah bangun sekitar pukul 4.30 pagi dan mula bersiap. Dalam keadaan macam tu, aku terfikir juga, kadang-kadang dalam hidup kita pun macam ni. Kita dah rancang nak semuanya selesa dan mudah, tapi tiba-tiba keadaan memaksa kita untuk menyesuaikan diri. Bab tandas pun ada sedikit cabaran yang tersendiri. 

Tempat tidur

Tapi bila masuk bab aktiviti, aku kena bagi kredit. Yang ni memang betul-betul challenge. Salah satu aktiviti yang kami buat ialah berkayak sejauh lebih kurang 13 kilometer, dan mengambil masa sekitar enam jam. Memang bukan kayuh-kayuh santai tepi tasik.

Ada masa kami kayuh kayak, kemudian bila sampai kawasan air cetek, kena turun pula untuk tarik kayak. Lepastu kene stop kat check point untuk buat aktiviti tepi sungai. Kemudian sambung kayuh balik. Lama-lama memang terasa tangan, bahu dan badan. Sampai habis aktiviti, tangan dengan bahu aku memang dah mula bagi signal, “Cukup lah tu untuk hari ni.”

Khusyuk sangat tengok cara nak menjala. Masing-masing first time.


Tapi untuk aktiviti kayak ni aku memang boleh kata memang win. Kalau tujuan Man Challenge adalah untuk bagi peserta rasa cabaran fizikal, yang ni memang kena dengan nama program. Enam jam atas air dengan jarak 13 kilometer bukan sesuatu yang aku selalu buat.

Bab makanan pula bagi aku semuanya okay. Tak ada masalah sangat. Cuma pengalaman keseluruhan tu memang bercampur-campur. Aktiviti memang mencabar dan menarik, tapi bab penginapan dan kemudahan pula agak mencabar dengan cara yang berbeza.

Program asalnya dijadualkan selama tiga hari, dari Jumaat sampai Ahad. Tapi selepas aktiviti dan dinner pada hari Sabtu, aku buat keputusan untuk balik Kuantan. Sebab hari ahad tu aktiviti santai je.

Nampaknya Man Challenge kali ni memang betul-betul bagi pengalaman yang berbeza. Bukan sahaja badan yang kena challenge, tapi mental, kesabaran dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pun kena challenge sekali.

Dapat jugak manis-manis

Apa pun, aku anggap ini satu pengalaman. Kalau aktiviti kayak 13 km tu, memang aku akan ingat sebagai antara aktiviti paling mencabar yang pernah aku buat dengan company. Bab tempat tidur tu pula… biarlah aku simpan sebagai kenangan manis yang pahit.

Man Challenge? Challenge memang challenge. Nama pun Man Challenge. Enjoy je gaizzzz...!!!

Cuci-Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2026 di Taman Dato' Rashid, Kuantan

Cuci-Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2026 di Taman Dato' Rashid, Kuantan

Sempena World Cleanup Day, baru-baru ni aku join program gotong-royong “Plogging” yang dibuat dekat masjid taman aku, Masjid An-Nur, Taman Dato' Abd Rashid Salleh, Kuantan. Pagi-pagi dah berkumpul ramai-ramai. Masing-masing ada kerja masing-masing. Ada yang kutip sampah, bersihkan kawasan, potong dan kemaskan pokok, mengecat dan macam-macam lagi. Aku pun join mana yang sempat.




Sebenarnya program macam ni bukan dekat kawasan aku je. Seluruh Pahang ada buat aktiviti masing-masing sempena World Cleanup Day ni. Jadi setiap kawasan ada komuniti yang turun padang untuk sama-sama bersihkan tempat masing-masing. Bila tengok ramai orang terlibat, baru rasa yang benda kecil macam gotong-royong ni sebenarnya boleh jadi besar kalau dibuat bersama-sama.


Yang lagi menarik, program plogging yang berlangsung di Kuantan ni turut mencatat sejarah apabila berjaya masuk Malaysia Book of Records bagi kategori Largest Participation in a ‘Plogging’ Event. Jumlah penyertaan yang direkodkan adalah 11,886 orang. Memang ramai! Aku pun tumpang bangga sebab dapat jadi sebahagian kecil daripada program yang melibatkan ramai orang di Kuantan.

Bagi aku, aktiviti macam ni memang best. Bukan saja kawasan jadi lebih bersih, tapi dapat juga berjumpa jiran-jiran, kawan-kawan dan orang sekitar. Kerja yang kalau buat seorang memang rasa malas, bila ramai-ramai buat terus jadi seronok. Sambil buat kerja, sambil sembang, sambil gelak-gelak.

Baca juga - Perarakan Maulidur Rasul Di Taman Aku - 2026

Kadang-kadang kita tak perlu pun buat benda yang besar untuk jaga alam sekitar. Kutip sampah depan rumah, bersihkan kawasan masjid, kemaskan pokok atau tolong cat pagar pun dah cukup sebagai satu sumbangan kecil. Yang penting kita buat dan kita mulakan dari tempat kita sendiri.

Jadi, World Cleanup Day kali ni aku dapat pengalaman baru. Bukan sekadar datang tengok orang buat gotong-royong, tapi aku sendiri turun padang dan buat sama-sama. Penat tu memang penat, tapi bila tengok kawasan dah bersih dan cantik, rasa puas hati juga.

Kecil-kecil kita buat, ramai-ramai jadi besar.

Antara gambar sekitar program gotong-royong “Plogging” di Masjid An-Nur, Taman Dato' Abd Rashid Salleh, Kuantan.













Perarakan Maulidur Rasul Di Taman Aku - 2026

Perarakan Maulidur Rasul Di Taman Aku - 2026

Setiap tahun, taman aku memang ada buat perarakan Maulidur Rasul. Kiranya dah jadi acara tahunan taman kami.

Tahun ni pun sama. Pukul 7.30 pagi dah mula ramai orang berkumpul. Yang dewasa ada, budak-budak pun ramai. Masing-masing siap pakai baju Melayu, baju kurung dan pakaian yang sesuai.




Tepat pukul 8 pagi, kami pun mula berarak. Pusing satu taman sambil berselawat. Tak adalah jalan jauh sangat, tapi bila ramai-ramai memang meriah.

Ada yang bawa sepanduk, ada yang pegang bendera, budak-budak pun seronok ikut sekali. Aku pun join sama. Jalan santai-santai sambil berselawat.


Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun sampai balik ke tempat asal.

Lepas tu macam biasa...

Masa untuk breakfast!

Kami makan ramai-ramai. Inilah sebenarnya antara part yang paling best. Lepas penat berjalan, dapat pula duduk makan sambil sembang dengan jiran-jiran.


Ada yang makan, ada yang bersembang, ada yang sibuk ambil gambar. Budak-budak pun masih berlari sana sini.

Lepas selesai makan, masing-masing pun mula bersurai dan balik rumah.

Bagi aku, program macam ni memang best. Tak perlu buat benda yang terlalu besar pun. Cukup dapat berkumpul satu taman, berselawat bersama-sama dan luangkan masa dengan jiran-jiran.

Setahun sekali macam ni, memang seronok.

Insya-Allah tahun depan kita jumpa lagi dalam perarakan Maulidur Rasul.

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com