Baca juga

Aku Seorang Chemist, Tapi Kenapa Aku Minat Data Analytics?

Aku Seorang Chemist, Tapi Kenapa Aku Minat Data Analytics?

Pernah tak korang rasa, bila dah lama bekerja dalam sesuatu bidang, kita mula terfikir untuk belajar benda baharu? Bukan sebab kita dah tak suka kerja yang kita buat sekarang, tetapi sebab kita rasa masih banyak perkara yang boleh kita explore.

Itulah yang aku rasa sekarang.

Untuk korang yang belum tahu, aku bekerja as chemist dalam bidang Quality Control (QC). Kerja aku banyak berkaitan dengan analisis sampel, buat lab testing dan pastikan result yang dapat tu reliable la.

Data Analytics, Chemist, Quality Control, Power BI, Excel, Learning Journey, Papaglamz

Kalau orang bayangkan kerja seorang chemist, mungkin yang terlintas dalam fikiran ialah makmal, bahan kimia, instrument dan eksperimen je. Memang tak salah pun. Tapi ada satu perkara yang sentiasa ada dalam kerja aku setiap hari. Aku selalu bermain dengan data.

Daripada situlah aku mula tertarik dengan bidang Data Analytics. Which bidang ni tengah hot sekarang kan. Semua orang bercapak pasal data. What behind that.

Data Analytics, Chemist, Quality Control, Power BI, Excel, Learning Journey, Papaglamz

Rupanya Kerja Chemist Pun Banyak Melibatkan Data

Dalam kerja QC, setiap analisis yang dibuat akan menghasilkan data. Ada result testing, instrument reading, rekod analisis dan pelbagai maklumat yang perlu disemak serta difahami.

Tapi bagi aku, data bukan sekadar nombor yang kita masukkan dalam report atau rekod untuk tujuan dokumentasi.

Di sebalik nombor-nombor tu, sebenarnya ada banyak maklumat yang boleh kita explore.

Contohnya, apabila kita kumpulkan semua result analisis untuk certain period, kita boleh mula mengenal pasti trend. Adakah reuslt kita masih stabil? Adakah terdapat perubahan dari semasa ke semasa? Atau ada corak tertentu yang mungkin kita tak perasan kalau kita hanya melihat satu result pada satu masa?

Perkara-perkara macam inilah yang membuatkan aku sedar bahawa memahami data bukan sekadar tentang mendapatkan nombor yang betul. Kita juga perlu tahu bagaimana nak mentafsir maklumat yang ada dan melihat apa yang boleh kita pelajari daripadanya.

Semakin lama aku terlibat dengan kerja yang menggunakan data, semakin aku tertarik untuk memahami cara analisis data dilakukan dengan lebih mendalam.

Baca juga - ChM, Ts., Ir. dan Macam-Macam Lagi. Apa Sebenarnya Gelaran Depan Nama Ni?

Dari Data Makmal kepada Data Analytics

Sebenarnya, aku bukanlah seorang Data Analyst secara rasmi. Kerjaya aku masih dalam bidang Chemistry, khususnya kerja-kerja berkaitan Quality Control.

Cuma, apabila kita dah biasa berhadapan dengan data dalam kerja seharian, secara tak langsung kita mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara data boleh dianalisis.

Aku mula terfikir, kalau selama ini aku menggunakan data untuk membantu kerja-kerja QC, apa lagi yang aku boleh buat kalau aku mendalami ilmu analisis data dengan lebih lanjut?

Macam mana kita nak mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh ubah? Bagaimana nak memahami trend dengan lebih jelas? Dan bagaimana teknik statistik boleh membantu kita melihat corak yang mungkin sukar dikenal pasti melalui taburan nombor semata-mata?

Daripada persoalan-persoalan inilah aku mula slow-slow baca-baca apa yang patut tentang Data Analytics.

Aku mula belajar beberapa konsep seperti correlation, regression analysis dan Principal Component Analysis (PCA). Menariknya, ada antara konsep ini yang mempunyai kaitan dengan analisis data dalam bidang sains yang aku dah biasa dengan sebelum ini.

Pada masa yang sama, aku juga mula belajar lebih dalam sikit pasal Excel dan juga Power BI untuk tahu tentang dashboard. Power BI ni agak baru juga untuk aku. 

Bila mula belajar semua ni, barulah aku nampak bahawa data boleh dilihat dari pelbagai sudut. Kadang-kadang, maklumat yang nampak biasa dalam bentuk table boleh menjadi lebih mudah difahami apabila dianalisis dan dipersembahkan dengan cara yang sesuai.

Belajar Data Analytics Sambil Bekerja

Aku bukanlah orang yang mempunyai latar belakang IT atau Computer Science. Bidang utama aku ialah Chemistry.

Jadi, bila mula mendalami Data Analytics, memang ada banyak perkara yang perlu aku pelajari satu demi satu. Tapi, sekarang ni banyak tempat kita boleh belajar. Depend on kita nak atau tak je. 

Aku ambil peluang untuk belajar melalui LinkedIn Learning. Ada jugak aku tengok youtube step by step macam mana nak buat. Dari situ, aku mula mengenali pelbagai konsep asas analisis data dan mencuba kemahiran yang dipelajari melalui latihan sendiri atau task kat tempat kerja. 

Data Analytics, Chemist, Quality Control, Power BI, Excel, Learning Journey, Papaglamz

Data Analytics, Chemist, Quality Control, Power BI, Excel, Learning Journey, Papaglamz
Aku belajr kat linkedin ni je. SLow2 but surely. Jauh lagi nak habis tu.

Ada perkara yang agak mudah aku faham kerana aku pernah menggunakannya dalam konteks kerja-kerja lab aku. Tapi ada juga topik yang memerlukan masa untuk aku betul-betul faham.

Antaranya ialah memahami konsep statistik dengan lebih mendalam, mengenali teknik analisis yang berbeza dan belajar bagaimana nak menggunakan tools untuk mengolah serta nak visualkan data.

Aku juga mula mencuba buat dashboard menggunakan Power BI. Walaupun pakai data-data yang available dari internet je. Tapi bagi aku, pengalaman mencuba sendiri sesuatu yang dipelajari memang berbeza daripada sekadar menonton video pembelajaran. So aku kene buat juga. Ade la beberapa training dashboard Powr BI yang berjaya aku buat. Amatur je la. Bukan hebat sangat pon. 

Bila kita cuba buat sendiri, barulah kita nampak apa yang kita dah faham dan bahagian mana yang masih perlu diperbaiki.

Aku belajar sedikit demi sedikit, mengikut kemampuan sendiri. Tak perlu tergesa-gesa untuk menguasai semuanya dalam masa yang singkat.

Yang penting, aku terus belajar dan cuba menggunakan ilmu yang diperoleh.

Data Analytics, Chemist, Quality Control, Power BI, Excel, Learning Journey, Papaglamz
My first cuba2 dashboard dari Power BI

Perlu Ke Jadi Data Analyst untuk Belajar Data Analytics?

Bagi aku, tak semestinya.

Sebelum ini, mungkin aku melihat Data Analytics sebagai satu bidang yang berasingan daripada kerja aku sebagai chemist. Tetapi semakin aku belajar, semakin aku nampak bagaimana ilmu ini boleh melengkapkan kemahiran yang aku dah ada.

Sebagai contoh, pengalaman dalam bidang QC membuatkan aku biasa berhadapan dengan ribuan result dari analisis, trend data dan kepentingan memastikan result-result yang aku dapat boleh dipercayai.

Apabila aku belajar Data Analytics pula, aku mula mengenali pendekatan lain untuk meneroka dan memahami data tersebut.

Aku melihat kedua-duanya sebagai kemahiran yang compliment each other.

Aku tak perlu menggelarkan diri sebagai Data Analyst untuk mula mempelajari ilmu dalam bidang ini. Aku juga tak perlu menukar kerjaya semata-mata untuk mengembangkan kemahiran analisis data.

Buat masa ini, aku masih seorang chemist yang sedang belajar dan meneroka bidang baharu.

Mana tahu, suatu hari nanti kemahiran ini boleh membantu aku melakukan kerja dengan lebih baik, membuka peluang untuk projek baharu atau memberi perspektif berbeza terhadap data yang aku gunakan setiap hari.

Bagi aku, itu pun dah cukup menjadi sebab untuk terus belajar.

Baca juga - Gambar Korporat Baru Untuk Urusan Kerja

Perjalanan Belajar Aku Masih Panjang

Aku tahu untuk betul-betul mahir dalam Data Analytics bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya dengan tengok video atau beberapa training je, kita perlu banyak berlatih, mencuba projek, memahami data dan belajar daripada kesilapan.

Aku nak berkongsi apa yang aku pelajari, pengalaman mencuba tools baru, projek yang aku buat dan cabaran yang aku hadapi sepanjang proses pembelajaran.

Bukan sebab aku dah menjadi pakar dalam bidang Data Analytics, tetapi sebab aku sendiri masih belajar.

Aku rasa tak salah untuk berkongsi sesuatu walaupun kita belum menguasainya sepenuhnya, asalkan kita jujur tentang pengalaman dan tahap pengetahuan kita.

Mungkin ada antara korang yang datang daripada bidang lain dan mempunyai minat yang sama. Mungkin ada yang bekerja dalam bidang sains, engineering, kewangan atau bidang lain yang turut menggunakan data dalam kerja seharian.

Kalau korang pun sedang belajar sesuatu yang baharu, kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman.

Baca juga - Realiti Pendapatan Rakyat Malaysia

Kita Tak Perlu Berhenti Belajar Bila Dah Bekerja

Bila dah masuk alam pekerjaan, kadang-kadang kita terlalu fokus dengan tanggungjawab harian sampai tak sempat fikir tentang perkara baharu yang kita boleh pelajari.

Tapi bagi aku, pengalaman bekerja sebenarnya boleh menjadi titik permulaan untuk kita meneroka ilmu lain.

Dalam kes aku, pengalaman sebagai chemist membuatkan aku lebih menghargai kepentingan data. Daripada situ, aku mula berminat untuk memahami analisis data dengan lebih mendalam.

Aku masih bekerja dalam bidang yang sama. Aku masih belajar. Dan aku masih ada banyak perkara yang perlu diterokai.

Cuma sekarang, aku mula melihat data bukan sekadar sebagai sebahagian daripada kerja harian, tetapi juga sebagai satu bidang ilmu yang menarik untuk dipelajari.

Aku seorang chemist yang minat Data Analytics. Bukan sebab aku dah bertukar kerjaya, tetapi sebab aku percaya kita sentiasa boleh belajar sesuatu yang baharu daripada apa yang kita buat setiap hari.

Perjalanan ini masih panjang. Kita belajar dulu, cuba dulu dan tengok sejauh mana ilmu ini boleh membawa kita.

iPhone Not Backed Up? Ini Cara Aku Backup iPhone ke Laptop Windows Tanpa Langganan iCloud

iPhone Not Backed Up? Ini Cara Aku Backup iPhone ke Laptop Windows Tanpa Langganan iCloud

Pernah tak korang tengah guna iPhone, tiba-tiba keluar notification “iPhone Not Backed Up” macam dalam gambar ni?

Aku selalu juga dapat notification ni. Setiap kali keluar, teringatlah yang iPhone aku ni dah lama tak buat backup. Bukan tak nak backup, tapi bila tengok pilihan untuk tambah storage iCloud, aku fikir dua tiga kali juga. Nak kena tambah komitmen bulanan lagi. Hahaha!

Notifikasi iPhone Not Backed Up yang mengingatkan pengguna supaya membuat backup iPhone.

Bukanlah tak penting untuk backup telefon. Bayangkan kalau satu hari nanti iPhone rosak, hilang atau tiba-tiba tak boleh digunakan. Gambar keluarga, video anak-anak, mesej dan pelbagai data penting dalam telefon tu boleh jadi susah nak dapatkan semula kalau tak ada salinan.

Jadi, aku fikir satu cara yang lebih sesuai dengan keperluan aku sekarang.

Daripada bergantung sepenuhnya pada iCloud, aku pilih untuk buat manual backup iPhone ke laptop Windows.

Tak perlu langganan iCloud berbayar untuk membuat backup setempat menggunakan komputer. Cuma kena luangkan sedikit masa untuk buat backup secara berkala.

Kenapa Aku Pilih Backup iPhone ke Laptop?

Bagi aku, laptop yang ada di rumah boleh digunakan untuk menyimpan salinan data iPhone. Jadi, daripada membiarkan notification iPhone Not Backed Up tu muncul berulang kali, lebih baik aku buat backup sendiri.

Aku bercadang nak jadikan aktiviti backup ni sebagai rutin. Mungkin setiap bulan, atau sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali jika penggunaan telefon tak banyak berubah.

Kalau korang selalu ambil gambar dan video, atau banyak menyimpan dokumen penting dalam telefon, aku lebih sarankan supaya buat backup dengan lebih kerap.

Cuma kena ingat, backup ke laptop bukan bermaksud semua data sudah tersimpan dengan selamat selama-lamanya. Laptop pun boleh rosak. Jadi, pastikan ruang simpanan mencukupi dan pertimbangkan satu lagi salinan untuk data yang betul-betul penting.

Baca juga - Tak Sampai Setahun Pakai iPhone 16 Plus, Dah Keluar iPhone 18! Mai God...!

Apa Yang Diperlukan Untuk Backup iPhone?

Tak banyak pun barang yang diperlukan. Untuk kaedah yang aku gunakan, korang perlukan:

  • iPhone yang nak dibuat backup.

  • Laptop atau PC Windows.

  • Kabel USB yang sesuai untuk menyambungkan iPhone ke komputer.

  • Aplikasi Apple Devices atau iTunes, bergantung pada aplikasi yang tersedia pada komputer.

  • Ruang storan yang mencukupi dalam laptop.

Kalau menggunakan Windows versi baharu, korang boleh menggunakan aplikasi Apple Devices. Kalau aplikasi itu belum ada, boleh dapatkannya melalui Microsoft Store. iTunes juga boleh digunakan jika sesuai dengan setup komputer korang.

Notifikasi iPhone Not Backed Up yang mengingatkan pengguna supaya membuat backup iPhone.

Cara Backup iPhone ke Laptop Windows

Ini langkah asas untuk membuat backup penuh iPhone ke komputer menggunakan aplikasi Apple Devices.

1. Sambungkan iPhone ke laptop

Gunakan kabel USB untuk sambungkan iPhone ke laptop Windows.

Kalau keluar permintaan untuk membenarkan sambungan atau mesej Trust This Computer pada iPhone, ikut arahan pada skrin dan masukkan passcode jika diminta.

2. Buka aplikasi Apple Devices

Buka aplikasi Apple Devices pada laptop. Pilih iPhone yang telah disambungkan apabila peranti itu muncul dalam aplikasi.

Kalau korang menggunakan iTunes, pilih ikon peranti iPhone dalam aplikasi tersebut.

3. Pilih tetapan backup

Dalam Apple Devices, pergi ke bahagian General.

Pilih pilihan untuk membuat backup semua data iPhone ke komputer ini. Kalau menggunakan iTunes, pergi ke bahagian Summary dan cari pilihan backup ke komputer.

4. Pilih encrypted backup jika diperlukan

Korang boleh mengaktifkan pilihan Encrypt local backup untuk melindungi backup dengan kata laluan.

Pastikan kata laluan itu disimpan di tempat yang selamat. Kalau terlupa kata laluan backup yang dienkripsi, korang mungkin tak dapat menggunakan backup tersebut untuk proses pemulihan.

5. Klik Back Up Now

Bila semua tetapan dah selesai, tekan Back Up Now dan tunggu sehingga proses selesai.

Tempoh masa yang diperlukan bergantung pada jumlah data dalam iPhone dan kelajuan sambungan. Jangan cabut kabel ketika proses backup sedang berjalan.

Selepas selesai, semak tarikh dan masa backup terakhir dalam aplikasi untuk memastikan proses tersebut berjaya.

Panduan rasmi Apple boleh dirujuk di sini:

https://support.apple.com/en-us/108967

Berapa Kerap Perlu Backup iPhone?

Untuk diri aku sendiri, aku bercadang nak buat backup setiap bulan atau sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali.

Kalau korang jenis yang selalu ambil gambar anak-anak, merakam video keluarga atau menggunakan telefon untuk urusan kerja, jangan tunggu sampai telefon menunjukkan masalah baru nak buat backup.

Lagi kerap data penting berubah, lagi munasabah untuk buat backup dengan lebih kerap.

Aku juga akan pastikan laptop mempunyai ruang storan yang cukup dan backup terbaru boleh dikenal pasti. Kalau boleh, simpan satu lagi salinan untuk gambar atau dokumen yang paling penting.

Bagi aku, manual backup iPhone ke laptop Windows ialah pilihan yang praktikal kalau kita tak mahu menambah komitmen langganan iCloud berbayar.

Tak susah sangat pun. Cuma kena ada kabel, komputer, sedikit masa dan disiplin untuk buat backup secara berkala.

Notification iPhone Not Backed Up yang selalu muncul tu sebenarnya satu peringatan supaya kita tak mengambil mudah soal keselamatan data.

Jadi, kalau korang pun selalu dapat notification yang sama, bolehlah cuba cara ni.

Jangan tunggu iPhone rosak atau hilang baru nak fikir tentang backup. Masa tu mungkin dah terlambat!

Korang pula macam mana? Backup iPhone guna iCloud, laptop atau ada cara lain? Cuba kongsi di ruangan komen. Mana tahu ada cara lain yang lebih mudah untuk kita sama-sama belajar.

iPhone, Apple, Tutorial iPhone, Windows, Teknologi, Tips Gadget

Lagu Doa Buat Ayah: Tonton Muzik Video Hadie dan Salman, Tiba-Tiba Aku Teringat Arwah Bapak

Lagu Doa Buat Ayah: Tonton Muzik Video Hadie dan Salman, Tiba-Tiba Aku Teringat Arwah Bapak

Kadang-kadang, kita tengok sesuatu video di YouTube tanpa mengharapkan apa-apa. Sekadar nak tengok muzik video terbaru. Tapi entah macam mana, video tu boleh buat kita terdiam sekejap dan teringat seseorang yang dah lama pergi.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Itulah yang aku rasa bila menonton muzik video Hadie dan adiknya, Salman, anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad.

Entah kenapa, melihat mereka berdua tiba-tiba membuatkan aku teringat kepada arwah bapak sendiri. Mungkin sebab sekarang aku dah menjadi seorang ayah, jadi banyak perkara tentang keluarga dan kenangan zaman kecil yang aku lihat dengan cara berbeza.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan
Arwah bapak dengan anak-anak aku masa kecik

Dan kalau bercakap tentang kenangan bersama arwah bapak, ada satu perkara yang paling aku tak boleh lupa mestilah moment naik motosikal dengan bapak aku.

Baca juga - The Journey of Me, Bila AI Buat Aku Fikir Pasal Hidup

Kenangan Naik Motor Dengan Bapak

Dari aku sekolah darjah satu sampailah tingkatan tiga, memang bapak aku yang hantar dan ambil aku dari sekolah. Hari-hari naik motor dengan dia.

Kereta memang tak ada masa tu, weh! Hahaha. Lagipun, bapak aku memang tak pandai bawa kereta. Jadi, motosikal itulah pengangkutan kami.

Bila aku dah habis sekolah dan masuk universiti, setiap kali balik kampung naik bas, bila sampai di perhentian bas pekan, bapak aku akan datang ambil aku dengan motosikal.

Aku turun bas, jumpa bapak, naik motor dan kami balik bersama-sama.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan
Gambar ni tahun 2012. Balik cuti sem

Nampak macam perkara biasa sahaja, kan? Tapi sekarang, bila aku fikir balik, itulah antara kenangan yang paling aku hargai.

Bapak mungkin tak pernah menjemput aku dengan kereta, tetapi dia tetap datang mengambil aku. Dari zaman sekolah sampailah aku dah besar dan belajar di universiti, dia tetap menjadi orang yang menjemput aku pulang.

Dulu aku ingat aku cuma menumpang motosikal bapak. Rupanya, aku sedang mengumpul kenangan bersama dia.

Sekarang bapak dah tak ada. Kalau boleh kembali ke masa itu, aku nak duduk lebih lama di belakang motosikal bapak. Nak nikmati perjalanan itu betul-betul.

Malangnya, masa tak boleh diputarkan semula. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Sekarang Aku Pula Seorang Ayah

Bila dah menjadi ayah, aku mula terfikir tentang anak-anak sendiri.

Agaknya, apa yang mereka akan ingat tentang aku apabila mereka dah dewasa nanti? Adakah mereka akan ingat gurauan kami, masa yang dihabiskan bersama atau perkara-perkara kecil yang kami lakukan setiap hari?

Aku tak tahu.

Tetapi aku berharap mereka akan membesar dengan kenangan yang baik tentang ayah mereka.

Aku pun bukan ayah yang sempurna. Ada masanya penat, ada masanya terlepas marah dan ada masanya terlalu sibuk dengan kerja. Namun, aku mahu terus belajar menjadi ayah yang lebih baik.

Daripada kenangan bersama arwah bapak, aku belajar bahawa kita tak semestinya perlu memberikan sesuatu yang mewah untuk meninggalkan kenangan yang bermakna.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family

Bapak aku tak ada kereta, tetapi dia sentiasa datang mengambil aku. Perkara yang nampak biasa ketika aku kecil itulah yang paling aku hargai hari ini.

Jadi, aku berharap anak-anak aku juga akan mempunyai kenangan seperti itu. Bukan semestinya sesuatu yang hebat, tetapi perkara-perkara kecil yang membuatkan mereka tersenyum apabila teringatkan ayah suatu hari nanti.

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Parenting, Kenangan Arwah Bapak, Kasih Sayang Ayah, Hadie dan Salman, Refleksi Kehidupan

Hargai Selagi Masih Ada

Mungkin itulah sebabnya muzik video Hadie dan Salman tadi menyentuh hati aku. Ia membuatkan aku teringat kepada arwah bapak dan pada masa yang sama mengingatkan aku tentang tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Kita selalu fikir masih banyak masa untuk bersama orang yang kita sayang. Tetapi kita tak pernah tahu berapa lama peluang itu akan ada.

Kepada korang yang masih mempunyai ayah, hargailah dia selagi masih ada. Tak perlu tunggu hari istimewa. Kadang-kadang, bertanya khabar dan meluangkan masa bersama pun sudah cukup bermakna.

Dan kepada kita yang dah menjadi ayah, jangan terlalu sibuk mengejar kehidupan sehingga terlupa bahawa anak-anak sedang membesar hari demi hari.

Baca juga - Benda Yang Dulu Aku Rasa Tak Penting, Sekarang Aku Cari

Aku tak tahu apa yang anak-anak aku akan ingat tentang aku nanti. Tetapi aku berharap mereka tahu bahawa ayah sentiasa menyayangi mereka dan berusaha memberikan yang terbaik.

Al-Fatihah buat arwah bapak.

Terima kasih, pak, sebab dulu selalu datang ambil aku. Dari zaman sekolah sampailah aku dah masuk universiti, bapak tetap datang dengan motosikal.

Dulu aku anggap itu perkara biasa. Sekarang, itulah antara kenangan yang paling aku sayang.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah bapak, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Amin. 

Jom layan lagu Doa Buat Ayah dari Hadie dan Salman...

Jerebu Kuantan 2026: Sekolah Ditutup, Anak-anak PdPR di Rumah. Nasib Baik Isteri Cikgu!

Jerebu Kuantan 2026: Sekolah Ditutup, Anak-anak PdPR di Rumah. Nasib Baik Isteri Cikgu!

Sejak kebelakangan ni, keadaan jerebu nampaknya semakin membimbangkan. Dekat Kuantan pun terasa kesannya. Bila tengok keadaan udara yang semakin berjerebu, memang timbul juga rasa risau, lebih-lebih lagi bila fikir tentang kesihatan anak-anak dan keluarga.

Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengumumkan bahawa institusi pendidikan di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai 13 Oktober 2026 berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU). Sepanjang tempoh penutupan ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kaedah yang bersesuaian. Penutupan ini berkuat kuasa sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan. Pahang Media - Pahang Informasi Terkini

Penutupan sementara institusi pendidikan di Kuantan dan Rompin akibat jerebu mulai 13 Oktober 2026

Penutupan sementara institusi pendidikan di Kuantan dan Rompin akibat jerebu mulai 13 Oktober 2026

Bila dapat tahu berita ni, terus terbayang anak-anak aku yang semuanya kena duduk di rumah. Kalau sekolah tutup sebab cuti, lain ceritalah. Ini tutup sebab jerebu, jadi anak-anak memang kena berada di rumah demi keselamatan dan kesihatan mereka.

Aku pun fikir juga, kalau anak-anak duduk rumah, macam mana pula dengan urusan kerja? Nak kena fikir siapa nak tengokkan mereka, siapa nak uruskan makan minum dan macam-macam lagi. Biasalah, bila anak-anak ada di rumah, memang meriah suasana. Kadang-kadang aman sekejap, lepas tu riuh satu rumah! Hahaha.

Baca juga - Cuci-Cuci Malaysia Sempena World Cleanup Day 2026 di Taman Dato' Rashid, Kuantan

Nasib baik isteri aku seorang cikgu!

Bila sekolah ditutup dan PdPR dilaksanakan, isteri aku pun ada di rumah untuk menguruskan sesi pembelajaran anak-anak. Jadi, sekurang-kurangnya aku taklah pening sangat nak fikir tentang pengasuh atau siapa yang nak jaga mereka sepanjang aku bekerja.

Tapi jangan ingat bila isteri cikgu, anak-anak boleh sesuka hati ya. Hahaha! Ada masa belajar, ada masa kena siapkan tugasan dan ada masa kena pastikan mereka ikut jadual pembelajaran. PdPR ni tetap perlukan komitmen, bukan sekadar duduk depan telefon atau laptop sahaja.

Dalam masa yang sama, aku faham bukan semua ibu bapa mempunyai situasi yang sama. Ada yang suami isteri bekerja, ada yang perlu keluar mencari rezeki dan ada juga yang terpaksa mengatur semula rutin harian apabila sekolah ditutup secara tiba-tiba. Jadi, walaupun aku sedikit lega sebab isteri boleh berada di rumah bersama anak-anak, aku tahu keadaan ini mungkin agak mencabar bagi sesetengah keluarga.

Baca juga - Jerebu Makin Terasa Di Kuantan, Naik Motor Pergi Kerja Pun Kena Lebih Berhati-Hati

Jerebu Bukan Perkara Yang Boleh Dipandang Ringan

Bagi aku, keputusan menutup sementara institusi pendidikan ini memang wajar diberi perhatian. Kesihatan anak-anak dan warga sekolah perlu diutamakan. Jerebu bukan sekadar menyebabkan pemandangan menjadi kabur, tetapi kualiti udara yang tidak sihat juga boleh menjejaskan kesihatan, terutama bagi kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Jadi, sepanjang keadaan jerebu ini, kita sebagai ibu bapa kenalah lebih peka. Kurangkan aktiviti luar rumah, pantau keadaan kualiti udara dan ikut arahan pihak berkuasa. Kalau tak ada keperluan penting, lebih baik kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu.

Untuk perkembangan terkini, kita boleh mengikuti pengumuman rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan memantau bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar.

Harapnya keadaan jerebu di Kuantan dan Rompin akan kembali pulih dalam masa terdekat. Kesian juga anak-anak yang terpaksa menyesuaikan diri dengan PdPR, dan cikgu-cikgu yang perlu memastikan pembelajaran tetap berjalan walaupun bukan di dalam kelas.

Apa-apa pun, kesihatan dan keselamatan kena diutamakan. Sekolah boleh dibuka semula apabila keadaan kembali selamat. Buat masa ini, kita ikut arahan yang diberikan dan jaga keluarga masing-masing.

Dan untuk aku sendiri, nampaknya rumah akan jadi sedikit meriah dengan anak-anak sepanjang PdPR ini.

Nasib baik isteri aku cikgu. Kalau tak, pening juga ayah nak fikir siapa nak jaga anak-anak! Hahaha.

Semoga jerebu cepat reda dan semua urusan kita dipermudahkan.

Darah Tinggi Tak Semestinya Sakit. Sebab Itu Kena Kenal Nombor Kita

Darah Tinggi Tak Semestinya Sakit. Sebab Itu Kena Kenal Nombor Kita

Tadi aku terbaca satu infografik pasal tekanan darah tinggi. Nampak macam perkara biasa je pada mulanya, tapi bila baca isi dia, terus rasa macam… eh, benda ni memang kena ambil perhatian.

Apa yang menarik perhatian aku ialah ayat:

“Darah tinggi tak sakit. Sebab itulah ia berbahaya.”

Betul juga. Kadang-kadang kita rasa badan sihat, tak pening, tak sakit kepala, masih boleh bekerja dan buat aktiviti macam biasa. Tapi dalam masa yang sama, tekanan darah mungkin dah tinggi.

Dalam infografik tu ditunjukkan bacaan 170/110 mmHg sebagai contoh dan beberapa kesan yang boleh berlaku apabila tekanan darah tinggi tidak dikawal, antaranya risiko strok, jantung bekerja lebih kuat, masalah buah pinggang dan salur darah yang terbeban.

Bila fikir balik, tekanan darah ni sebenarnya salah satu benda yang senang untuk kita periksa. Tak perlu tunggu sampai badan bagi “signal” baru nak ambil tahu.

Malah, panduan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyatakan tekanan darah tinggi yang teruk boleh berlaku walaupun seseorang tidak mempunyai simptom yang jelas. (Ministry of Health Malaysia)

Aku rasa ayat “Kenal nombor anda” dalam infografik tu paling mudah untuk kita ingat.

Sebab kita selalu tahu berat badan kita, kadang-kadang tahu berapa langkah kita jalan sehari, tahu berapa kalori kita makan… tapi berapa tekanan darah kita?

Kadang-kadang tak tahu pun. 

Sedangkan umur makin meningkat, gaya hidup pun berubah. Kita mungkin dah tak aktif macam dulu, kerja banyak duduk, tidur tak cukup, makan pun kadang-kadang ikut keadaan dan aktiviti fizikal pun tak sekerap zaman muda.

Baca juga - HEAL Program – Move for Health, Jalan Laju Pun Boleh Menang!

Aku sendiri bila fikir balik tentang kehidupan sekarang, memang tak sama macam 10 tahun lepas.

Dulu nak berjalan jauh, drive malam-malam, keluar hujung minggu dan macam-macam aktiviti, badan macam boleh ikut je.

Sekarang kalau badan dah penat, kita kena pandai dengar.

Sebab kesihatan ni bukan sesuatu yang kita boleh nampak dari luar.

Orang nampak kita sihat, kita pun rasa sihat. Tapi benda macam tekanan darah, gula dan kolesterol memerlukan pemeriksaan untuk kita tahu keadaan sebenar.

Jadi bila terbaca infografik macam ni, aku rasa ia bagus sebagai satu peringatan.

Tak perlu tunggu sakit baru nak periksa.

Sekali-sekala, check tekanan darah. Kenal nombor sendiri.

Dan kalau bacaan nampak tinggi secara berterusan, jangan buat diagnosis sendiri atau abaikan — elok dapatkan nasihat doktor. KKM juga menekankan penilaian dan pemantauan yang sesuai apabila tekanan darah tinggi dikesan. (Ministry of Health Malaysia)

Makin umur meningkat, aku rasa kita bukan kena takut dengan nombor-nombor ni.

Kita cuma kena kenal nombor kita.

Sebab lebih baik kita tahu awal daripada kita tahu selepas sesuatu berlaku.

Pokok Keladi Peneman Setia Kat Meja Office

Pokok Keladi Peneman Setia Kat Meja Office

Aku sebenarnya bukanlah kaki pokok sangat pun. Tapi sejak kebelakangan ni, ada pula satu pokok yang jadi peneman setia kat meja office aku.


Pokok keladi ni baru lebih kurang 2 bulan aku bela, tapi nampak macam makin lama makin merimbun. Lagi best, aku cuba tanam dalam LECA/LEVA ball. Tak guna tanah pun. Letak dalam bekas kaca macam ni, nampak akar pun boleh tengok. Memang seronok layan pokok membesar.

Kat office ni sebenarnya banyak benda kena tengok, monitor, LIMS, kerja, email dan macam-macam lagi. Jadi sesekali dapat pandang pokok hijau ni, rasa macam ada sikit suasana rumah dalam office.



Yang aku suka, pokok ni tak banyak kerenah. Cukup jaga air dan pastikan dia dapat cahaya yang sesuai. Lama-lama keluar daun baru, akar pun makin panjang.

Baru dua bulan, tapi dah macam member sendiri.

Tengok pokok ni membesar hari demi hari pun dah cukup jadi satu kepuasan kecil waktu bekerja.

Ada tak geng-geng yang suka bela pokok kat meja office? Korang bela pokok apa?

ChM, Ts., Ir. dan Macam-Macam Lagi. Apa Sebenarnya Gelaran Depan Nama Ni?

ChM, Ts., Ir. dan Macam-Macam Lagi. Apa Sebenarnya Gelaran Depan Nama Ni?

Aku baru-baru ni terbaca satu perkongsian pasal gelaran profesional yang boleh digunakan di depan nama di Malaysia. Rupanya ada banyak juga gelaran yang mungkin kita selalu nampak, tapi tak pernah betul-betul fikir apa maksudnya.

Contohnya Ir. untuk Jurutera Profesional, Ar. untuk Arkitek Profesional, Sr. untuk Jurukur Profesional, Ts. untuk Teknologis Profesional dan beberapa lagi.

Yang menarik perhatian aku mestilah yang satu ni…

ChM. 

Kalau korang nampak nama macam ChM. Muhammad Faizal bin Mohd Musa, haaa… itulah gelaran profesional yang aku gunakan sekarang.

Aku merupakan ahli berdaftar dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Di bawah Chemists Rules 2024, ahli IKM boleh menggunakan singkatan “ChM” sebelum nama. 

Baca juga - 10 Jenis Cuti Yang HR Di Malaysia Patut Tahu

Jadi secara mudahnya, ChM ni adalah gelaran profesional dalam bidang kimia. Bukan singkatan suka-suka letak depan nama. IKM sendiri merupakan badan yang mengawal selia dan mempromosikan amalan profesional kimia di Malaysia di bawah Chemists Act 1975. 

ChM vs Dr. vs Ts. — Boleh Ke Ada Banyak Sekali?

Ini yang menarik. Sebenarnya gelaran-gelaran ni datang daripada laluan yang berbeza.

Dr. boleh merujuk kepada pemegang PhD, manakala ChM pula merupakan gelaran profesional berkaitan bidang kimia. Ts. pula ialah gelaran Teknologis Profesional di bawah Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Sebab tu kita boleh nampak nama seseorang yang ada beberapa gelaran sekali gus. Contohnya dalam kalangan ahli akademik dan profesional kimia sendiri, memang ada nama yang menggunakan gabungan seperti Prof. ChM Dr. 

Aku Pun Letak ChM Kat LinkedIn

Kalau korang stalk LinkedIn aku, sekarang memang aku gunakan:

ChM. Muhammad Faizal bin Mohd Musa

Dekat bahagian headline pula aku tulis:

IKM Certified Member | Analytical Chemist | Sensory Analyst | Laboratory Quality & Data Specialist

Bagi aku, gelaran ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk pun. Lebih kepada pengiktirafan profesional terhadap bidang yang kita ceburi dan menunjukkan kita memang berada dalam laluan kerjaya yang berkaitan.

Lagipun dah bertahun-tahun kerja dalam bidang kimia, tak salah rasanya untuk letak satu tanda kecil yang menunjukkan identiti profesional kita.

Dulu nama aku Muhammad Faizal. Sekarang dah ada “ChM.” kat depan. Nampak macam lain sikit kan? Hahaha.

Kalau korang pula, ada tak gelaran profesional yang korang gunakan depan nama?

Semak info rasmi Institut Kimia Malaysia (IKM)⁠

Benda Yang Dulu Aku Rasa Tak Penting, Sekarang Aku Cari

Benda Yang Dulu Aku Rasa Tak Penting, Sekarang Aku Cari

Bila umur makin bertambah, aku perasan banyak benda yang dulu aku rasa biasa-biasa je, sekarang dah mula jadi benda yang aku cari. Dulu kita kejar macam-macam. Sekarang, bila dah ada kerja, family dan macam-macam komitmen, kita mula hargai benda yang lebih simple.

Kesihatan antara benda yang aku mula ambil serius. Dulu kalau badan rasa tak berapa okay, buat tak tahu je. Sekarang mula jaga makan, cuba exercise dan lebih banyak bergerak. Bukan nak jadi atlet pun, cuma nak pastikan badan ni boleh digunakan dengan baik.

Masa dengan family pun makin terasa nilainya. Jalan-jalan, makan bersama atau sekadar duduk sembang pun dah cukup menggembirakan. Anak-anak pun makin besar, jadi kita sedar masa macam ni tak akan datang balik.

Tapi kalau nak pilih satu benda yang paling aku hargai sekarang...

Tidur!

Dulu berjaga sampai pukul 12, 1 atau 2 pagi tak ada masalah. Sekarang kalau dapat tidur awal, memang rasa macam dapat hadiah. Masuk bilik pukul 10 malam, baring dan terus lena. Esok pagi bangun...

Fuhhh… fresh gila!

Badan ringan, kepala pun rasa lebih tenang dan mood nak kerja pun lain macam.

Malah, berdasarkan Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018 oleh Nielsen Malaysia yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu hanya mendapat sekitar 6.3 jam tidur setiap malam. Kajian tersebut juga mendapati 4 daripada 10 orang mengambil masa sehingga 30 minit untuk lena, manakala 4 daripada 10 orang bangun dalam keadaan mengantuk, penat dan lesu.

Bila fikir balik statistik ni, memang faham kenapa tidur yang cukup tu patut kita hargai. Kadang-kadang bukan nak pergi bercuti pun untuk rasa fresh. Tidur awal satu malam pun dah cukup buat kita rasa macam recharge balik.

Mungkin inilah tanda kita dah makin dewasa. Dulu cari keseronokan, sekarang cari ketenangan.

Dulu nak berjaga malam, sekarang...

“Kalau pukul 10 dah tidur, lagi bagus!”

 Maran Mega Campfest 2026 – Kaki Camping, Kena Tahu!

Maran Mega Campfest 2026 – Kaki Camping, Kena Tahu!

Tadi aku terbaca satu berita menarik kat Sinar Harian, terus rasa macam kena share dengan pembaca blog aku yang kaki camping. Kalau korang memang suka berkhemah dan cari port baru sekitar Pahang, ada satu program menarik bakal berlangsung tak lama lagi iaitu Maran Mega Campfest 2026. 


Program ni akan berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026 di Maran, Pahang. Menariknya, konsep dia “Satu Daerah, Satu Perkhemahan”, dengan enam campsite terlibat serentak. Antaranya Campsite Air Terjun Teladas 7, Taman Ekorimba Lubuk Yu, Taman Rekreasi Che Minah Sayang, Bentara Campsite Kuala Sentul, Warisan Campsite Chenor dan Sky Garden Jengka. 

Jadi peserta boleh pilih campsite yang sesuai dengan citarasa dan pakej masing-masing. Hari pertama daftar masuk dan aktiviti santai, kemudian 26 September jadi hari kemuncak dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh setiap pengusaha campsite. Lepas tu 27 September check-out. Pendaftaran pula dibuat secara online. 

Aku tengok konsep macam ni memang menarik juga. Bukan sekadar pergi camping, tapi boleh jumpa komuniti campers dari negeri lain, kenal campsite baru dan dalam masa yang sama explore tempat-tempat menarik sekitar Maran. Kalau memang kaki camping tegar, mungkin boleh masukkan program ni dalam calendar siap-siap.

Aku sendiri bukanlah hardcore camper sangat, tapi bila tengok program macam ni rasa macam menarik juga. Tambah pula Maran bukanlah jauh sangat dari Kuantan. Boleh camping, boleh healing, boleh lari sekejap daripada kesibukan kerja. Hahaha!

Apa-apa pun, aku share info ni sebab mana tahu ada pembaca blog aku yang memang kaki camping dan tengah cari aktiviti untuk September nanti. Boleh baca maklumat penuh daripada artikel asal Sinar Harian di sini:

Baca artikel penuh Sinar Harian – Maran Mega Campfest 2026⁠

Korang yang kaki camping, ada yang plan nak join tak?

Enjoy...!!!

Realiti Pendapatan Rakyat Malaysia

Realiti Pendapatan Rakyat Malaysia

Aku ternampak satu infografik tentang piramid pendapatan Malaysia ni. Bila tengok sekali imbas memang menarik, tapi bila fikir-fikir balik… agak terasa juga realiti kehidupan sekarang.

Dalam gambar ni, pendapatan individu dibahagikan kepada beberapa tahap, bermula daripada RM0 sampailah lebih RM50,000 sebulan. Yang menariknya, 50% daripada pekerja berada pada pendapatan sekitar RM3,167 dan ke bawah, manakala threshold T20 yang dipaparkan ialah sekitar RM6,800 ke atas.

Tapi bagi aku, perkara yang paling terasa sekarang sebenarnya bukan semata-mata pasal berapa gaji kita, tapi berapa banyak yang tinggal selepas semua benda dibayar. Gaji mungkin nampak semakin besar berbanding beberapa tahun dulu, tapi kos hidup pun makin meningkat. Harga barang dapur, makan di luar, petrol, bil, rumah, pendidikan anak, insurans dan macam-macam lagi semuanya perlahan-lahan makan bahagian daripada pendapatan kita.

Sebab tu kadang-kadang kita tengok seseorang bergaji RM6,000, RM8,000 atau RM10,000 dan rasa macam, "Wah, dah selesa dah tu." Tapi realitinya setiap orang ada komitmen berbeza. Kalau ada rumah, kereta, anak-anak dan macam-macam tanggungan, jumlah tu boleh terasa biasa-biasa sahaja. Lagi tinggi pendapatan pun belum tentu lebih banyak duit yang boleh disimpan.

Infografik ni pun buat aku terfikir, kategori pendapatan ni sebenarnya tak semestinya menggambarkan tahap kehidupan seseorang. Ada orang pendapatan sederhana tapi komitmen rendah dan pandai urus kewangan. Ada pula yang pendapatan tinggi tetapi komitmen pun tinggi.

Apa-apa pun, menarik juga nak tengok kita sebenarnya berada di bahagian mana dalam piramid ni.

Jadi aku nak tanya korang pula… korang sekarang berada dalam kategori yang mana? Tak payah tulis jumlah gaji pun. Bagi nombor kategori je. Aku nak tengok pembaca blog aku ramai kat bahagian mana.

Dan yang lebih penting daripada kategori tu, korang rasa gaji sekarang masih sepadan tak dengan kos hidup yang semakin meningkat?

Sumber infografik: DOSM (Department of Statistics Malaysia), berdasarkan data pekerja formal DOSM 2025 dan Salaries & Wages Survey 2024. Threshold yang dipaparkan dalam infografik adalah anggaran berdasarkan percentile gaji.

Family Gathering: Penat Sebelum, Seronok Semasa, Penat Lepas Balik

Family Gathering: Penat Sebelum, Seronok Semasa, Penat Lepas Balik

Dah lama rasanya aku tak buat family gathering macam dulu. Bila teringat balik trip family ke Negeri Sembilan, terus rasa macam… eh, bila agaknya nak buat lagi ni?

Kalau bercuti dengan family besar, memang satu benda yang tak boleh lari, iaitu penat!



Penat masa nak plan. Nak cari tarikh yang semua orang boleh. Nak fikir tempat tidur, makan, bajet, aktiviti dan macam-macam lagi. Dulu masa trip ke Negeri Sembilan pun lebih kurang macam tu. Aku siap cerita panjang pasal proses merancang percutian family besar dalam entry ni: Plan Percutian Sempurna untuk Family Besar: Penat Tapi Berbaloi!.


Lagi satu, bila family dah ramai, nak bergerak pun satu hal. Ada yang kena tunggu anak kecil, ada yang nak berhenti makan, ada yang lambat bersiap. Tapi itulah yang menjadikan trip family ni berbeza. Kalau pergi seorang atau dengan family kecil, semuanya boleh ikut kepala sendiri. Bila ramai-ramai, kena banyak bertolak ansur dan tunggu antara satu sama lain.

Tapi bila semua dah berkumpul... Seronok dia lain macam.

Dapat makan ramai-ramai, borak sampai malam, anak-anak bermain sama-sama, ambil gambar, jalan-jalan dan buat benda yang mungkin nampak biasa tapi sebenarnya jadi kenangan. Kadang-kadang bukan tempat yang kita pergi pun yang paling kita ingat. Yang kita ingat ialah gelak tawa, cerita-cerita masa dalam perjalanan dan perangai masing-masing sepanjang trip.

Lepas balik? Penat lagi.....

Kemas barang, basuh baju, anak-anak kembali ke rutin sekolah dan kita pula sambung kerja macam biasa. Badan memang minta sehari dua untuk recover. Tapi bila tengok balik gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan, tiba-tiba rasa penat tu macam berbaloi pula.

Sebab bila umur makin meningkat, aku rasa family gathering ni bukan lagi sekadar pasal bercuti. Ia lebih kepada mencuri sedikit masa untuk berkumpul dengan orang yang kita sayang. Kita tak tahu sampai bila semua orang masih ada kesempatan, masih sihat dan masih boleh berkumpul macam sekarang.

Jadi sekarang aku dah mula teringat… Bila nak buat family trip lagi ni?

Penat sebelum, seronok semasa, penat selepas. Tapi akhirnya, memori tu yang tinggal.

Enjoy...!!!

Rupanya Warna Penutup Botol Air Pun Ada Maksud

Rupanya Warna Penutup Botol Air Pun Ada Maksud

Korang pernah tak masa beli air mineral, tiba-tiba perasan penutup botol warna biru, putih, hijau dan macam-macam lagi?

Aku pun sebelum ni kalau nampak warna lain, aku ingatkan sekadar design botol atau ikut branding jenama.

Tapi tadi aku terbaca satu infografik yang share tentang maksud warna penutup botol air. Terus rasa menarik pula nak share.

Menurut infografik yang aku jumpa, warna-warna ni dikaitkan dengan jenis air seperti:

🔵 Biru – Treated Drinking Water
⚪ Putih – Purified Water
🟢 Hijau – Mineral Water
⚫ Hitam – Alkaline / Ionized Water
🟡 Kuning – Vitamin-Enriched / Fortified Water
🔴 Merah – Flavoured / Sparkling Water

Nampak macam senang kan? Tengok warna penutup, terus boleh agak jenis air dalam botol.

Tapi rupanya ada sedikit cerita di sebalik benda ni.

Aku buat sedikit carian lepas tengok infografik tu. Untuk pasaran Malaysia, memang ada perbezaan antara Natural Mineral Water dan Packaged Drinking Water. Kajian tentang air botol di Malaysia juga menyebut air mineral semula jadi lazimnya menggunakan penutup berwarna seperti biru atau hijau, manakala packaged drinking water biasanya menggunakan penutup putih. (Springer)

Tapi untuk warna-warna lain macam hitam, kuning dan merah, kita kena hati-hati sikit.

Warna penutup bukan satu kod universal yang wajib diikuti semua pengeluar. Maksud warna boleh berbeza mengikut jenama dan produk. Jadi jangan tengok warna cap sahaja dan terus buat kesimpulan. Cara paling selamat ialah baca label pada botol. (The Youth | New Era Journalism !!)

Contohnya, kalau kita nak tahu air tu sebenarnya Natural Mineral Water atau Drinking Water, tengok apa yang tertulis pada label. Itu lebih tepat daripada bergantung kepada warna penutup semata-mata.

Aku rasa benda macam ni memang menarik sebab kita setiap hari beli air, tapi banyak benda kecil yang kita tak pernah ambil tahu.

Selama ni nampak:

“Hijau… ambil je lah.” 😂

“Putih… air kosong.”

“Biru… air kosong juga.”

Rupanya jenis air dan sumbernya boleh berbeza.

Jadi lepas ni kalau pergi kedai dan nak beli air mineral, boleh lah tengok dua benda — warna penutup dan paling penting, label pada botol.

Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita beli dan apa yang kita minum.

Kadang-kadang ilmu yang nampak kecil macam ni pun berguna juga.

Lain kali sebelum buka botol air, tengok cap dulu. Mana tahu kita belajar sesuatu.

10 Jenis Cuti Yang HR Di Malaysia Patut Tahu

10 Jenis Cuti Yang HR Di Malaysia Patut Tahu

Tadi aku ternampak satu posting dekat LinkedIn yang share tentang 10 jenis cuti yang biasa digunakan dalam dunia pekerjaan di Malaysia.

Aku rasa menarik juga untuk share sebab kita sebagai pekerja ni kadang-kadang tahu Annual Leave (AL) dengan Medical Leave (MC) je. 

Yang lain-lain tu ada yang kita pernah dengar, tapi mungkin tak semua orang betul-betul tahu singkatan dia.

Dalam infografik tu, antara jenis cuti yang disenaraikan ialah:

  1. MC – Medical Leave
    Cuti sakit.

  2. AL – Annual Leave
    Cuti tahunan. Yang ni memang semua orang kenal. 

  3. ML – Maternity Leave
    Cuti bersalin.

  4. PL – Paternity Leave
    Cuti paterniti untuk bapa.

  5. EL – Emergency Leave
    Cuti kecemasan.

  6. HL – Hospitalisation Leave
    Cuti hospitalisasi.

  7. UL – Unpaid Leave
    Cuti tanpa gaji.

  8. CL – Compassionate Leave
    Cuti atas sebab tertentu yang melibatkan keluarga atau kehilangan orang tersayang.

  9. SL – Study Leave
    Cuti untuk tujuan pengajian.

  10. PH – Public Holiday
    Cuti umum.

Menarik juga bila tengok semua ni tersusun macam ni. Rupanya dalam dunia kerja, cuti bukan sekadar AL dan MC. 

Tapi satu perkara yang aku rasa penting daripada posting tersebut ialah peringatan bahawa kelayakan cuti tak semestinya sama untuk semua pekerja. Ia boleh bergantung kepada kontrak pekerjaan, polisi syarikat dan undang-undang pekerjaan yang terpakai.

Contohnya, di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023, cuti bersalin dinaikkan kepada 98 hari, manakala cuti paterniti berbayar ialah 7 hari, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. (JTKSM)

Cuti sakit pun menarik. Cuti sakit biasa dan cuti sakit hospitalisasi telah diasingkan, dengan jumlah kelayakan keseluruhan bergantung kepada tempoh seseorang bekerja dengan majikan. (JTKSM)

Jadi sebenarnya bagus juga sesekali kita check balik apa yang kita layak dapat sebagai pekerja.

Sebab kadang-kadang kita dah bertahun-tahun bekerja, tapi bila HR sebut satu-satu jenis cuti, kita pun:

“Eh… yang ni pun ada?” 

Tapi kena ingat, bukan semua jenis cuti dalam infografik tu semestinya merupakan statutory leave yang diwajibkan undang-undang untuk semua keadaan. Ada yang mungkin bergantung kepada polisi atau kontrak syarikat.

Untuk maklumat rasmi berkaitan Akta Kerja 1955, boleh juga rujuk laman Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Apa pun, aku rasa AL, MC, ML, PL, EL, HL, UL, CL, SL dan PH ni memang antara singkatan yang elok kita kenal.

Bukan sebab nak cari alasan nak cuti… 

Tapi sebab kita kena tahu hak dan kemudahan yang ada sebagai seorang pekerja.

Kadang-kadang cuti tu bukan sebab kita malas nak kerja.

Cuti pun sebahagian daripada work-life balance. 

Tukar Alamat Mengundi Dari Johor Ke Kuantan – Sekarang Officially Orang Pahang!

Tukar Alamat Mengundi Dari Johor Ke Kuantan – Sekarang Officially Orang Pahang!

Selama ni kalau bab mengundi, nama aku masih lagi berdaftar di kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor. Walaupun dah lama menetap di Kuantan, Pahang, kalau tiba-tiba pilihan raya kena mengundi, alamat mengundi masih lagi jauh nun di Johor. Nak balik mengundi tu boleh je, tapi kalau dah lama duduk Kuantan, rasa macam lebih praktikal kalau tukar terus kawasan mengundi ke sini.


Jadi baru-baru ni aku pun ambil keputusan untuk buat pertukaran alamat mengundi dari Johor ke Kuantan, Pahang. Ingatkan proses dia leceh dan banyak sangat benda nak kena buat. Rupanya… tak susah mana pun!

Benda pertama yang kena buat mestilah tukar alamat pada kad pengenalan terlebih dahulu. Bila alamat IC dah bertukar kepada alamat tempat tinggal sekarang, barulah boleh teruskan proses kemas kini maklumat pengundi.

Lepas tu aku buat permohonan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isi borang permohonan secara online, kemudian ada beberapa dokumen yang perlu dimuat naik. Antaranya gambar kad pengenalan dan selfie sambil pegang IC. Yang selfie tu paling menarik. Hahaha! Macam nak apply akaun bank pula. 

Lepas semua dah lengkap, submit je permohonan dan tunggu proses kelulusan. Tak perlu berulang-alik banyak kali atau pergi pejabat sana sini. Boleh buat secara online dari rumah.

Dan akhirnya, permohonan aku dah diluluskan. Bila semak balik, sekarang nama aku dah didaftarkan di Taman Dato’ Haji Rashid Salleh, Kuantan, dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah.

Jadi sekarang aku dah boleh kata…

Aku officially orang Pahang!

Walaupun satu benda masih tak berubah.

Nombor IC aku masih 01.

Hahaha! 

Jadi dari segi nombor IC memang orang Johor lagi, tapi dari segi tempat tinggal dan sekarang dah berdaftar sebagai pengundi di Pahang, kira dah boleh claim sikitlah sebagai orang Kuantan.

Baca juga - 5 Ways to Get the Most Out of Malaysia as an Expat

Sebenarnya pengalaman ni buat aku sedar yang kalau kita dah berpindah dan menetap lama di tempat lain, urusan untuk kemas kini kawasan mengundi taklah serumit yang kita bayangkan. Yang penting, pastikan alamat IC dah betul dan ikut proses permohonan yang ditetapkan SPR.

Lepas ni kalau ada pilihan raya, tak perlu lagi fikir nak balik jauh-jauh ke Batu Pahat.

Undi kat Kuantan je! 

Cuma kalau orang tanya aku,

“Orang Pahang ke?”

Aku boleh jawab dengan yakin…

“Yes! Tapi IC 01.”

Enjoy...!!!

Apa ChatGPT Anggap Tentang Aku?

Apa ChatGPT Anggap Tentang Aku?

Aku saja nak share satu gambar yang aku generate menggunakan ChatGPT. Aku bagi sedikit gambaran tentang diri aku, kerja, keluarga, minat dan gaya hidup, lepas tu ChatGPT buatlah satu infographic macam ni. Hahaha!

Kalau nak kata 100% tepat, memang taklah. Ada beberapa benda yang terlebih, ada yang tersasar sikit, dan ada juga yang ChatGPT pandai-pandai tambah. Tapi kalau tengok secara keseluruhan, quite nice la… ada sipi-sipi kena dengan kehidupan aku.

Ada bahagian kerja sebagai orang QC, ada keluarga, ada exercise, ada bab makan, ada target hidup dan macam-macam lagi. Kira macam ChatGPT cuba buat satu “snapshot kehidupan Papaglamz” dalam satu gambar.

Yang paling best, walaupun tak tepat sepenuhnya, bila tengok gambar ni rasa macam, “Eh, macam aku je ni…”

Bolehlah simpan sebagai kenangan. Mana tahu beberapa tahun lagi tengok balik, boleh compare apa yang dah berubah dalam hidup.

Tak 100% betul, tapi 100% seronok tengok.

Enjoy...!!!

Cuba Mesin Jahit Portable Murah – Pendekkan Seluar Jeans Sendiri

Cuba Mesin Jahit Portable Murah – Pendekkan Seluar Jeans Sendiri

Aku ni sebenarnya bukanlah orang yang pandai menjahit. Nak jahit baju, jahit kain, buat design bagai memang jauh sekali. Tapi bila nampak mesin jahit portable yang kecil dan nampak senang nak guna ni, terus rasa macam… "Eh, boleh cuba ni." Tambah pula kalau ada baju atau seluar yang terlebih panjang, takkan setiap kali nak pendekkan kena pergi kedai jahit. Jadi aku pun beli satu mesin jahit portable ni dari Shopee.


Aku beli mesin jahit portable ni di Shopee. Saiz dia memang kecil dan mudah nak letak atas meja. Tak makan ruang sangat pun. Untuk orang yang bukan kaki menjahit macam aku, benda pertama yang aku fikir mestilah, "Boleh ke aku guna benda ni?" Hahaha!

Jadi untuk percubaan pertama, aku tak nak terus jahit kain nipis atau kain buruk. Aku terus bagi dia cabaran sikit. Seluar jeans aku yang terlebih panjang. 😂 Aku nak pendekkan bahagian bawah seluar tersebut, jadi aku cuba jahit sendiri menggunakan mesin ni.

Mula-mula memang kena biasakan diri dengan cara masukkan benang, letak kain dan kawal kelajuan mesin. Bila dah mula menjahit, kena perlahan-lahan juga kawal kain supaya jahitan tak lari. Maklumlah, tangan aku ni bukan tangan tukang jahit. Tapi selepas cuba beberapa kali, boleh tahan juga hasilnya.

Untuk kerja simple macam pendekkan seluar jeans, setakat pengalaman aku cuba ni, mesin ni okaylah. Jahitan boleh dibuat dan seluar pun berjaya dipendekkan. Cuma janganlah expect mesin kecil macam ni boleh terus ganti mesin jahit heavy-duty atau buat kerja menjahit yang kompleks. Mesin portable macam ni lebih sesuai untuk kerja-kerja kecil dan pembaikan asas di rumah.

Yang aku suka, saiznya kecil, mudah nak simpan dan tak perlu ada satu ruang khas untuk mesin jahit. Kalau ada seluar terlebih panjang, kain koyak sikit atau nak buat pembaikan mudah, bolehlah keluarkan mesin ni dan cuba buat sendiri.

Aku pun sebenarnya beli sebab nak cuba-cuba. Sekarang dah berjaya pendekkan seluar jeans sendiri, kira luluslah ujian pertama.

Kalau korang jenis suka buat kerja DIY dekat rumah, nak belajar menjahit basic atau sekadar nak ada mesin untuk kerja-kerja kecil, bolehlah tengok mesin yang aku beli ni. Harga dan promosi dekat Shopee mungkin berubah-ubah, jadi korang boleh check sendiri dekat link tu.

👉 Tengok mesin jahit portable yang aku beli di Shopee

Kesimpulan aku: untuk percubaan pertama dan kerja simple macam pendekkan seluar, so far so good! 

Lepas ni tak tahulah apa pula yang aku nak jahit. Silap-silap lepas ni aku buka kedai jahit kat rumah. Hahahaha.

Sekian...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com