Baca juga

25.8.26

Gambar Korporat Baru Untuk Urusan Kerja

Baru-baru ni aku ada sesi ambil gambar korporat kat tempat kerja. Nampak macam benda simple je kan, tapi sebenarnya gambar ni akan jadi antara gambar rasmi yang aku gunakan untuk urusan kerja.

Gambar ni nanti akan digunakan untuk email, Microsoft Teams, profile kerja dan pelbagai urusan rasmi kat tempat kerja. Jadi memang kena nampak kemas, profesional dan mestilah masih nampak macam diri sendiri. 

Bila ambil gambar dekat kilang pula, rasa macam ada sedikit identiti tempat kerja dalam gambar tu. Tak adalah sekadar gambar formal berlatar belakang kosong. Belakang tu terus nampak plant tempat aku bekerja.

Paling penting, lepas ni kalau orang nampak profile aku kat Teams atau dapat email daripada aku, bolehlah kenal muka sekali.

Satu gambar, tapi mungkin akan digunakan bertahun-tahun untuk urusan rasmi. Jadi kena pastikan gambar tu memang boleh tahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com