28.4.18

RUMAH MURAH | Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) Membantu Warga Kota Memiliki Rumah Idaman

Kos sara hidup masa kini mengecilkan lagi peluang rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Terutama bagi golongan muda belia yang baru memulakan tapak dalam alam pekerjaan. Oleh sebab ini, program Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) telah dilancarkan bagi membantu warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk memiliki rumah idaman mereka sendiri.

rumah idaman,  rumah murah,  harga rumah semasa,  projek perumahan murah,  rumah murah di kuala lumpur,  rumah murah di putrajaya,  harga rumah di putrajaya,  harga rumah di kuala lumpur,

Program inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan betapa kementerian sangat mengambil berat akan kekangan semasa masyarakat dan juga demi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan bajet yang mahukan sejuta unit rumah mampu milik dibina. 

Projek RUMAWIP yang memberi peluang pada warga kota untuk memilik rumah sendiri tanpa mengira kaum, bangsa dan agama ini mensasarkan 80,000 unit RUMAWIP dibina diseluruh Wilayah Persekutuan dalam lima tahun dengan pecahan 55,000 di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya manakala 5,000 di Labuan.

rumah idaman,  rumah murah,  harga rumah semasa,  projek perumahan murah,  rumah murah di kuala lumpur,  rumah murah di putrajaya,  harga rumah di putrajaya,  harga rumah di kuala lumpur,
Antara bilangan projek yang sedang sedang dibina dan telah dibuka untuk permohonan

Keunikan RUMAWIP

Berikut adalah beberapa keunikan RUMAWIP yang bakal dinikmati oleh warga kota yang layak memilikinya. Antaranya termasuklah:

Harga mampu milik.

Setiap unit RUMAWIP berharga RM300,000 dan kebawah sudah pasti ianya merupakan harga yang berpatutan bila dibandingka dengan lokasi dan jenis rumah yang dibangunkan. Bila melihat nilai hartanah dibandar-bandar besar yang kian meningkat, harga setiap unit RUMAWIP adalah sangat berpatutan.

Rumah yang luas.

Setiap unit rumah yang dibina di bawah program ini adalah berkeluasan dari 850 hingga 1000 kaki persegi. Keluasan ini merangkumi ruang tamu, ruang makan, 3 bilik tidur, 2 bilik air, dan runag balkoni.  

Lokasi yang strategik

Lokasinya di pusat bandar berhampiran dengan kemudahan awam, sekolah dan pasar raya serta lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kende¬raan setiap unit.

Syarat kelayakan

Syarat ditetapkan gaji pemohon bawah RM10,000 bagi yang bujang dan bawah RM15,000 bagi yang berkeluarga, bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat, selain sekatan penjualan selama 10 tahun untuk mencegah spekulasi hartanah.

Syarat kelayakan untuk memiliki RUMAWIP

Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli, dia tidak boleh disewakan kepada pihak lain dan pembeli juga tidak diisytiharkan muflis.

Memetik dari Utusan Online, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mengenai projek RUMAWIP ini, beliau amat menggalakkan bumiputera untuk mengambil peluang yang telah kerajaan berikan ini.

"Masyarakat bumiputera seharusnya mengambil peluang melalui prog¬ram ini, malah kuota untuk bukan bumiputera turut disediakan. Semua warga Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan digalakkan memohon Rumawip yang harganya lebih rendah dari pasaran semasa.

Sebagai kerajaan yang prihatin kita berusaha membantu meri¬ngankan beban rakyat antaranya menyediakan bas percuma oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk anak-anak di flat Program Perumahan Rakyat ke sekolah." - Datuk Seri Tengku Adnan

Berikut projek-projek perumahan yang sedang dibina dan dibuka untuk permohonan.

Residensi Enesta Kepong (Bumi Lot Sahaja)

rumah idaman,  rumah murah,  harga rumah semasa,  projek perumahan murah,  rumah murah di kuala lumpur,  rumah murah di putrajaya,  harga rumah di putrajaya,  harga rumah di kuala lumpur,

Cadangan pembangunan blok kediaman 42 tingkat berserta kemudahan asas atas tanah milik DBKL di Lot 58453 Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut boleh >>klik disini<<

Residensi Akasia Permaisuri

rumah idaman,  rumah murah,  harga rumah semasa,  projek perumahan murah,  rumah murah di kuala lumpur,  rumah murah di putrajaya,  harga rumah di putrajaya,  harga rumah di kuala lumpur,

Cadangan pembangunan 1 blok pangsapuri 200 unit kediaman di atas Lot 58307, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut boleh >>klik disini<<

Residensi Inspiria


Cadangan membina sebuah bangunan komersial 9 Tingkat (DBKL) berserta sebuah pangsapuri mampu milik 44 Tingkat di atas Lot 30135 (Lot asal 3799) Jalan Gombak Mukim Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut boleh >>klik disini<<

Residensi Kepongmas 2


Cadangan pembangunan 1 blok Rumah Mampu Milik 25 tingkat (324 unit), podium tempat letak kereta 6 tingkat beserta kemudahan penduduk di atas Lot 80454, Jalan Ambong 2, Taman Metro Prima, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Untuk keterangan lanjut boleh >>klik disini<<

Jadi bagi anda yang hendak mengatahui lebih lanjut mengenai program RUMAWIP ini bolehlah melayari laman web rasmi seperti berikut:


With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
harga rumah semasa,
projek perumahan murah,
rumah murah di kuala lumpur,
rumah murah di putrajaya,
harga rumah di putrajaya,
harga rumah di kuala lumpur,

56 ulasan:

  1. Wah, style-style jugak design rumah dia... Wangsa Maju tu cantik... Hehehe..
    Bagus ada program macam ni, kalau tak, menyewa sampai tua lah...

    BalasPadam
  2. Bertuah warga wilayah persekutuan, ada inisiatif ini... kan!

    BalasPadam
  3. alhamdulilah bagi yang berkemampuan tu boleh ambil peluang ini...

    BalasPadam
  4. dengan adanya program/inisiatif macam ni dapatlah memudahkan kami yang bergaji sederhana ni. harap semua negeri wujudkan benda macam ni

    BalasPadam
  5. Bagusnyaaa! Paling tidak, semua warga KL mampu memiliki rumah kann dengan adanya RUMAHWIP ni. Syabas pihak berkenaan dgn adanya program RUMAHWIP ini 👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  6. Syukurnya ada kemudahan macam ni

    BalasPadam
  7. Cantik2 sgt bangunan yg sedang dibina ni.. Alhamdulillah.. Boleh la warga kota membelinya nanti..

    BalasPadam
  8. me ada register dengan RUMAWIP..tgh usya rumah yang sesuai untuk dibeli mengikut bajet, kawasan yang saya & asben suka..

    BalasPadam
  9. Tak rugi beli rumah ni kannn

    BalasPadam
  10. Bagus ada peluang seperti ini,jadi yang berkelayakn sila cepat-cepat mohon

    BalasPadam
  11. Mmg bagus sgt program ni. Tinggal di bandar yg besar dgn kos hidup yg agak tinggi mmg payah sikit lah nk ada rumah sendiri. Tak kan nak menyewa sampai ke sudah kan. Btw, good inisiatif... Thumb up!

    BalasPadam
  12. Mmg murah betul. Kena rebut peluang keemasan ni

    BalasPadam
  13. wow! 1000 kaki persegi dengan harga rumah RM300K dan ke bawah, mak oiii kalau di Sabah, mmg kena bermimpi la dpt harga mcm ni ...

    BalasPadam
  14. Harga RM300K tu memang munasabah kalau dibandingkan dengan harga pasaran serta lokasi perumahan. memang strategik.

    BalasPadam
  15. DI KL, Harga rumah sebegini masih di takrifkan murah. Kalau swasta nak tercekik dengar harganya yang melambung tinggi..

    BalasPadam
  16. Ada nya rumawip ni yang belum berkemampuan boleh ada rumah sendiri. Sebab dengan harga RM300k tu sgt murah kalau dibandingkan dengan harga ruma sekarang di wilayah persekutuan mencecah 700K sebuah paling murah untuk teres 2 tingkat

    BalasPadam
  17. Harga yg menarik dan keluasan rumah pun luas..mmg value for money gitu

    BalasPadam
  18. Ala, kite kerja kat selangor. Tak layak nak mohon. Tapi bagus la RUMAWIP ni sbb mana nak cari rumah harga gitu dah kat pusat bandaraya KL kan

    BalasPadam
  19. Bestkan initiative DBKL. Jessie tengok banyak rumah WIP telah dapat membantu rakyat dapat memiliki rumah pertama.

    BalasPadam
  20. bagus ni.... tak ada lah kita ni dok menyewa je... nak-nak dengan kos sara hidup yang tinggi di KL...

    BalasPadam
  21. Mama Ada suruh adik mama yg duduk kl apply. Untung la org kl

    BalasPadam
  22. teringinnya nak ada rumah sendiri. sebab rumah makin lama makin mahal kann. good info papa!

    BalasPadam
  23. Cantik betul. Tahun depN siap kan. Untung warga KL

    BalasPadam
  24. Rugi sangat sapa yg layak tak mohon RIMAWIP ni. Peluang keemasan!

    BalasPadam
  25. Lawa2 pulak rumah tu..kena kerja kat kl balik camni kan..

    BalasPadam
  26. Rugi siapa tak rebut peluang ni. Mana nak dapat rumah dengan harga mampu milik macam ni

    BalasPadam
  27. Macam tak caya je semua2 tu rumah murah..
    .design macam kondo kau!

    BalasPadam
  28. Bertuahnye mereka yang menetap disana. Kalau suami ena dapat tukar kerjaya mungkin akn dihantar kesana.bole la apply kn..

    BalasPadam
  29. Wah bertuahnya mereka yang dapat rumah ini. Golongan tertentu rasa di bela Dan dihargai

    BalasPadam
  30. Alhamdhlillah..peluang untuk rumah sendiri akan dapat jugak kan..

    BalasPadam
  31. wahh bagusnye ade mcm ni.. good info papaG

    BalasPadam
  32. waa... kenapa tak tau pasal ni masa dok kl dulu... huhu

    BalasPadam
  33. Bandar sri permaisuri pun ada..nak try apply ni. .

    BalasPadam
  34. thanks sharing, bole war2kan pada mereka yg ada di WP hihi..mohon cpt2 hihi

    BalasPadam
  35. Wah, ada rumah murah kalau kawin takdelah tumpang rumah mertua atau parents sebab boleh duk rumah sendiri

    BalasPadam
  36. dalam usaha nak apply rumah ni. harap ada lah rezeki ema nanti. rumah pun selesa, kat sekeliling pulak banyak kemudahan kan

    BalasPadam
  37. wahh.. sangat2 menarik ni. apa lagi.. kepada yang layak cepat memohon

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  38. Menarik. Bestnya kalau ada rumah sendiri.

    BalasPadam
  39. Inisiatif yang sangat bagus. sekarang nih memang susah nak beli rumah lagi lagi yang baru kerja. adanya program ini ringan la sikit beban tuh.

    BalasPadam
  40. jarang-jarang nemu info artikel kaya gini good guys...

    BalasPadam
  41. Kiranya, org luar yang berkerja kat KL ni boleh la try apply kan?

    BalasPadam
  42. Ala kenapa kat belah utara takde? Design dia pun cantik2

    BalasPadam
  43. Untung sangat ni, rugi siapa yang tak apply.

    BalasPadam
  44. Bleh dikembangkan ke negeri2 lain

    BalasPadam
  45. Rumah sekarang ni mahal.. untung lah warga KL.. kalau mommy duduk KL pon layak memohon ni..

    BalasPadam
  46. Good initiave to own a house.

    BalasPadam
  47. Menarik!! Bertuah siapa yang duk KL sana tu. Tapi lagi bertuah siapa yang pandai rebut peluang ni

    BalasPadam
  48. Syoknya ada rumah sendiri. Orang kl meh apply cepat

    BalasPadam
  49. Bagus initiatif begini..membantu mereka yang memerlukan.

    BalasPadam
  50. Skrg semua mampu miliki rumah sendiri.

    BalasPadam
  51. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    BalasPadam
  52. menarik..lagi menarik klu d negeri lain pun ada mcm ni..heheh

    BalasPadam
  53. Sekarang harga umah memang mahal. Naik takut nak beli.. kalau x beli kang takde aset plak. Bagus usaha macam ni.. bole bantu yg x mampu.

    BalasPadam
  54. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com