26.4.18

Resipi Rempah BBQ Mudah Je Nak Buat

Assalamualaikum semua. BerBBQ bersama keluarga ataupun rakan-rakan adalah salah satu momen yang sangat-sangat menyeronokkan. Aku pernah kongsikan pada semua cerita mini gatehring AFB di Idaman Villa Melaka Homestay 2 tahun lepas. Just nak story, berBBQ adalah antara aktiviti gathering tersebut. 

resipi rempah bbq,  resepi rempah bbq sedap,  resepi rempah bbq daging,  cara membuat rempah bbq ayam,  resepi rempah bbq kambing,  cara membuat rempah bbq,  resepi rempah perap bbq,  resepi rempah bbq,
Foto: Laman Resipi

Kali ni nak cerita tentang resipi mudah nak buat rempah untuk bbq ayam. Walaupun aku pernah buat rempah bbq aku punya sendiri, tapi aku nak share resipi rempah bbq yang sedap ni dari Sajian Dapur Bonda. Nampak macam menarik resipi rempah bbq yang dikongsi. Kita parking kat blog dulu. Nanti-nanti boleh korek semula kalau nak buat. 

RESEPI AYAM BBQ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:

2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air – untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar

Bahan-bahan Perapan

Bahan-bahan A:

3 sudu besar sos BBQ 
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (Dikisar halus dijadikan pes):

2 – 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
8 ulas bawang putih saiz besar 
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 – 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti. 

2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.

3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.

4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).

5. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)

6. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
resepi rempah bbq sedap,
resepi rempah bbq daging,
cara membuat rempah bbq ayam,
resepi rempah bbq kambing,
cara membuat rempah bbq,
resepi rempah bbq,

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com