Baca juga

Lunch Di 1Cafe At Kemensah Grocer, Ampang

Lunch Di 1Cafe At Kemensah Grocer, Ampang

Assalmualaikum semua. Kalau sebelum ni aku bercerita tentang banglo mewah tempat kitorang bergathering (boleh baca di artikel AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang), kali ni aku nak cerita tentang satu cafe yang berdekatan dengan banglo ni. 

Pandangn hadapan 1cafe yang berkongsi bangunnan dengan Kemensah Grocery

Sebenarnya selepas je kami check in di banglo Taj Villa, masing-masing sudah kelaparan. Nasib baiklah villa kami ni berdekatan dengan 1Cafe. Mudah la nak cari makan.

Ruang makan diluar. Untuk mereka yang hendak merokon sambil lepak-lepak di cafe ini

Rungan dalam cafe yang berekon sangat selesa!

Selain dari itu, 1Cafe juga berdekatan dengan masjid. Memang sangat-sangat memudahkan.

Masjid berdekatan 1Cafe sangat memudakan untuk anda solat

Hari Jumaat, yang lelaki nak solat Jumaat. Jadi sementara nak menunggu makanan sampai, kami yang lelaki ni pergi la solat dulu.

Posing sikit!

Bercakap tentang makanan, memang sedap.! For those yang hard fans dengan makanan Thai, aku suggest korang datang sini pukul 12.30 hari sebab ada masakan Ala Cart Thai masa ni.

Antara menu yang ada di sini

Milo ais untuk isteri aku dan jus tembikai untuk aku

Roti bakar telur goyang

Kek juga ada dijual disini

Cup cake yang memang sedap!



Nak datang sarapan pagi bermula 8 pagi. Atau minum petang 4.30 petang hingga 7 malam. Ada Sup Al-Deen Dorai (sup mamak). Terus terbayang sup kambing mamak.

Cafe tutup pukul 10 malam

Lokasi: 1CafebybTJ&Shasha
7-A Jalan Romasra 1 ,
Kemensah heights 68000 KL

With Love
Papaglamz

-sekian-
AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang

AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang

Assalamualaikum semua. Sebenarnya baru-baru ni geng blogger AFB (sapa nak tahu apa itu AFB boleh baca artikel-artikel ini) ada buat satu gathering yang kami beri nama AFB Fun Day. Seramai 17 orang blogger telah berkumpul bersama keluarga dan rakan masing-masing. Kiranya semua yang join event tu lebih 30 orang juga. 

Geng blogger AFB. Aku sorang je blogger yang berkesempatan untuk join.

Fuh! Ramai kan? Lagi ramai lagi la meriah. Actually ramai-ramai pun on je. Sebab kami buat gathering kami di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View, Ampang. Banglo mewah kau. Kalau ramai-ramai ok la. Kalau aku sorang-sorang je memang tak mampu la kan. 

Sebenarnya dah lama kami rancang untuk mengadakan gathering kali ni selepas gathering EFG yang pertama sebelum ni. Dahulunya AFG dikenali dengan EFG. AFB tu Auto-schedule Feed Blogger. EFG pula Exchange Feed Blogger. Tukar nama sebab penukaran feed antara blogger dalam group kami dah menjadi auto sekarang ni.

Ok la, berbalik kepada cerita AFB Fun Day 2018, kami menyewa di banglo mewah yang memang sangat-sangat best ya!. Besar, bersih, kemudahan mencukupi dan yang penting ada private pool. Memang kau nak mandi sampai pitam pun tak kisah la. 

Melayan anak-anak mandi. Anak aku si Husna takut air tau. Muka cuak tu.

Kakak Imtiyaz pun takut juga. Tetapi buat-buat berani je.

Gathering kami kali ni agak lama berbanding gathering yang peratama 2 tahun lepas. Gathering kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tu yang menyewa banglo supaya selesa kami anak beranak. Alhmdulillah memang betul-betul selesa. Rasa rindu pulak dengan banglo tu. 

Selama tiga hari kami bersama, banyak aktiviti yang telah kami rancang. Aktiviti yang paling best bagi aku ialah memasak bersama-sama. Gigih kan masak sendiri? Well seronok ya masak ramai-ramai sambil menjemahkan diri. Lagi best bila ko masak dengan blogger masakan nombor 1 Malaysia. Siapa tak kenal Kak Eny kau ni kan? Seriously macam-macam tips masakan dia bagi. Dan yang paling best dapat belajar resipi ayam masak kicap tanpa rempah tumis tapi rasa die sangat Wow...!!!

Ayam masak kicap yang WOW rasanya

Masak nasi ke?

Meriah kat dapur masing-masing

Selain memasak ada juga game-game yang dirancang oleh AJK aktiviti untuk kitorang. Game paling best ialah teka gaya. Kau buat gaya dan teka apa. Memang riuh satu banglo kitorang main game ni. Selain game teka gaya, ada juga game design baju dari surat khabar. Tak sangka dalam game ni group aku jadi pemenang. Alhamdulillah.

Kreatif-kreatif tak?

Masing-masing fokus dengan design masing-masing

Ha! Kalau korang power, cuba teka aku buat gaya apa ni?

Dan aktiviti paling best diantara yang best ialah mandi dalam pool la. Apa lagi kan? Mandi pool sampai kecut memang best! Kepada AFGiers, rugi sapa tak join gathering kali ni tau. 

By the way, banglo yang kitorang sewa memang tip top la. Rasa selesa dan luas. Jom tengok gambar yang aku nak kongsikan pada korang semua tentang banglo mewah Taj Villa Taman Zooview ni:

Pandangan dari luar villa. Awesome..!!

Living room ni la tempat aku lepak. Luas ya ampunnn. Yang pasti SATU RUMAH FULLY AIRCOND. X ade rasa panas tau..!!

Macam biasa la bila kumpul ramai-ramai ni mesti nak berbbq bagai kan? So, kat sini pun ada di sediakan port khas untuk bbq. Memang Awesome..!!!

Ruang untuk berbbq. Bersebelahan dengan pool sahaja

Living room yang luas

Ada 5 bilik tidur kat villa ni. Semua ber air cond kecuali bilik yang kat dapur. Aku panggil bilik bibik 

Dapur yang lengkap dengan oven, peti ais, gas, semua la. Tinggal beli bahan untuk memasak j

Ruang untuk membasuh baju pun ade. Siap ad pengering lagi tau! Jangan risau baju anak basah asyik nak main kolam je. Korang boleh basuh kat sini

Ruang dapur idaman aku. Antara tempat yang aku paling suka. Kalau la dapat buat kat rumah sendiri, mau aku tidur kat dapur je

Di bahagian atas juga ada ruang untuk keluarga



Tandas EXCLUSIVE..!!!


Bar corner. Sambil2 tengok anak2 bermain kolam boleh la lepak kat ruang ni. 
Berdekatan dengan banglo ni ada sebuah kedai makan 1Cafe juga. Kalau korang kelaparan boleh juga singgah cafe ini untuk mejamu selera. Next entri insyallah aku cerita tentang cafe ni pula ya. Tunggu.!

Details tentang banglo:

Contact no: 013-3809187 (ruby)
Fb.me/MilleniumTravelChauffeursSdnBhd
Instagr.am/duyong_secrets

With Love
Papaglamz

-sekian-
Throwback Exchange Feed Group (EFG)

Throwback Exchange Feed Group (EFG)

Assalamualaikum semua. Salam sayang dari PapaG. Eeee apa sayang-sayang pepagi ni? Ye la, I is sayang sahabat-sahabat maya I hokay. Lebih-lebih lagi rakan blogger yang sudi singgah di blog PapaG yang tak seberapa ni. Ok la, bila bercakap tentang rakan blogger ni, saje la PapaG mengimbau kembali sejarah permulaan PapaG dalam dunia blog ni. Blogger ni banyak jenis ada yang lone ranjer dan ada juga yang gerak berkumpulan. Macam-macam group blogger yang ada di Malaysia ni. PapaG sendiri join Exchange Feed Group (EFG). Ni la satu-satunya group blogger yang PapaG join dan aktif sekarang ni. By the way, entri ni ala2 Throwback Exchange Feed Group (EFG) gitu. Rasa nak bercerita tentang EFG pulak. Hehehe


Korang mesti nak tahu apa itu EFG kan? Macam yang PapaG cakap tadi, EFG ni group blogger. The best thing tentang EFG ni ialah dia macam ala-ala sekolah blogger secara percuma gitu. Kalau korang nak tahu dalam EFG ni la PapaG belajar selok belok berblog dengan lebih mendalam lagi. Kami belajar based on pengalaman blogger-blogger lama yang sudah berjaya dalam dunia bloggernya. Kalau diikutkan PapaG dah masuk tahun ke dua menyertai EFG. Alhamdulillah. Banyak kisah suka dan duka. Perkongsian cerita dan panduan antara kita bersama telah PapaG lalui. Memang best la.


Selain belajar atau berkongsi selok belok berblog, antara aktiviti EFGiers adalah gathering. Pernah awal tahun 2016 kami menganjurkan 1stEFGatheirng kami. Acara in merupakan perjumpaan terbesar kami yang pertama setelah lebih 3 tahun penubuhan EFG. Bila dikenang kembali penganjuran gathering ni memang banyak kisah suka dan dukanya juga. Tapi paling banyak yang bestnya la. Mesti la best, apa tidaknya pertama kali anjurkan gathering blogger kami mendapat lebih dari 20 sponsor perlbagai barangan dan juga keewangan. Memang balik dari gathering tu tangan penuh dengan hadiah jela. Ras rindu nak buat gathering lagi. Tapi sekarang ni macam masing-masing tengah busy jer. Mungkin tahun depan. Kena tanya Puan Pengetua la untuk rancang. PapaG pengikut jer. Hehehe

Selain gathering banyak juga antara kami sharing job-job review produk dan macam-macam lagi la. Yang paling best kalau korang ada buat business online ke, kami antara ahli akan review produk antara kami secara PERCUMA. Hat ni la yang sangat-sangat terharu bagi PapaG. Sapa nak bagi buat iklan kat blog secara free uollllssss? EFG je. Tapi join jadi ahli la kan. Hehehe.

Papepun, sekalung tahniah dan syabas buat Puan Pengetua EFG iaitu Kak Irra dari irrayyan.com sebab selama beberapa tahun ni sanggup berkorban masa untuk memastikan EFG terus aktif dan berkembang. Dan thank juga buat rakan-rakan blogger yang saling support antara satu sama lain dan juga beri idea-idea bernas bila otak ni dah tepu tak tahu nak update entri apa kat blog, korang la yang tolong bagi idea. Sayang korang ketat-ketat.

Akhir sekali, majulah EFG untuk blogger. Dalam EFG ni ad sorang yang PapaG admire. Rahsia dalam hati je. One day nak jadi macam dia. Insyallah. Ok la, sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-
PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa

PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa

Service photobooth terpilih


Assalamualaikum

PANAS..!!! Photobooth Hangat Dari Kotak Lensa | Time panas-panas ni suasana jadi semakin panas bila gathering EFG hari tu di hangatkan lagi dengan photobooth dari Kota Lensa. Hangat dengan kemeriahan masing-masing posing di depan kotak kamera yang tidak jemu snap-snap picture kami. Rasa tak cukup la 2 jam photobooth tu. Tapi yang bestnye owner dia bagi extra time 30 minit. Terbaek.....!!!!!


Seronok posing-posing depan photoooth ni. PapaG dengan wife macam nak kongker je photobooth daro kotak lensa ni. Tapi kena gak la pikir orang belakang kan? Bagi-bagi katanya. Over sangat la kalau makan sorang. Hehehe. Gambar-gambar dari photobooth ni sangat cantik. Diorang siap share gambar dari kotak kamera tadi tu dalam facebook diorang. Jom PapaG kongsikan antara gambar-gambar dari photobooth ni.






Sevice Kotak Lensa 5 Bintang......!!!!!

Seriously service dari Kotak Lensa ni bukan calang-calang tau. Ramai yang berkata tentang Kotak Lensa ni. Siap bagi review 5 bintang lagi. Tak percaya? Jom tengok apa kata mereka tentang Kotak Lensa.




Kalau korang nak tengok lagi komen-komen positif dari orang ramai tentang Kotak Lensa ni jangan lupa like dan follow fecbook diorang. Memang best. Jangan lupa gunakan service photobooth dari Kotak Lensa untuk majlis bersejarah anda.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Kotak Lensa

Telephone (WhatsApp/SMS/Call): 
                   +6 019 900 1191 (Klang Valley) 
                   +6 012 579 7955 (Ipoh) 

Email: smile@kotaklensa.com


Instagram : KotakLensa
Fcaebook: Kotak Lensa

With Love
Papaglamz

-sekian-
Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda

Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda

Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty


Assalamualaikum

Fennelle Envious Beauty Serum Kecantikan Dari Habbatus Sauda | Lambakan produk kecantikan di pasaran tentu sahaja menyukarkan kita untuk memilih. Dalam membuat pemilihan tentu sahaja keberkesanan dalam mencantikkan kulit wajah menjadi pilihan yang utama. Namun harus diingat, kandungan bahan-bahan yang halal dalam pemilihan sebarang produk-produk dipasaran juga harus diambil kira. Salah satu produk kecantikan yang diperbuat dari sumber yang halal ialah Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty. Serum yang bersumberkan habbatus sauda yang merupakan bahan semulajdi yang halal dan juga merupakan bahan-bahan sunnah.


FENNELLE SERUM

  • Bahan-bahan yang digunakan terbukti berkesan dalam kaedah rawatan prenyembuhan kulit sejak beratus-ratus tahun yang lampau.
  • Tiada bahan terlarang dan berbahaya.
  • Mendapat kelulusan dari KKM/Halal dan dikilangkan di Malaysia.


KANDUNGAN FENNELLE SERUM

  • Habbatussauda' Extract.
  • Aqua.
  • Hyaluronic Acid.
  • Iris Forentine Extract.
  • Root Extract.
  • Witch Hazel Extract.
  • Fomes Officiant Alis (Mushroom) Extract.


FUNGSI FENNELLE SERUM

  • Merawat masalah kulit (jerawat/jeragat/pori terbuka/blackhead/whitehead/resdung).
  • Memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit.
  • Meredakan keradangan/bengkak/kemerahan pada kulit.
  • Dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
  • Bertindak sebagai moisturizer-untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Membaikpulih kerosakan sel kulit akibat sinaran matahari.
  • Menyekatakan tona kulit dan mencerahkan kulit.

Testimoni pengguna

Sebenarnya ramai yang sudah mencuba Serum Habbatus Sauda Fennelle Envious Beauty. Wife PapaG sendiri menggunakan produ kini. Bila memakainya rasa kulit amat selesa. Lepas beberapa minggu terasa kulit begitu bersih. Oleh kerana produk ini merupakan extract serum, tindak balasnya amat pantas. Korang patut mencubanya.






Anda juga boleh mencuba dan mendapatkan manfaat daripada produk yang sangat baik ini. Jangan tunggu lagi dapatkan serum Fennelle Envious Beauty anda hari ini..!

HUBUNGI FENNELLE BEAUTY

Whatsapp :
019-295 0851 / 019-280 5705

Facebook :

Instagram :

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com