24.7.18

AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang

Assalamualaikum semua. Sebenarnya baru-baru ni geng blogger AFB (sapa nak tahu apa itu AFB boleh baca artikel-artikel ini) ada buat satu gathering yang kami beri nama AFB Fun Day. Seramai 17 orang blogger telah berkumpul bersama keluarga dan rakan masing-masing. Kiranya semua yang join event tu lebih 30 orang juga. 

Geng blogger AFB. Aku sorang je blogger yang berkesempatan untuk join.

Fuh! Ramai kan? Lagi ramai lagi la meriah. Actually ramai-ramai pun on je. Sebab kami buat gathering kami di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View, Ampang. Banglo mewah kau. Kalau ramai-ramai ok la. Kalau aku sorang-sorang je memang tak mampu la kan. 

Sebenarnya dah lama kami rancang untuk mengadakan gathering kali ni selepas gathering EFG yang pertama sebelum ni. Dahulunya AFG dikenali dengan EFG. AFB tu Auto-schedule Feed Blogger. EFG pula Exchange Feed Blogger. Tukar nama sebab penukaran feed antara blogger dalam group kami dah menjadi auto sekarang ni.

Ok la, berbalik kepada cerita AFB Fun Day 2018, kami menyewa di banglo mewah yang memang sangat-sangat best ya!. Besar, bersih, kemudahan mencukupi dan yang penting ada private pool. Memang kau nak mandi sampai pitam pun tak kisah la. 

Melayan anak-anak mandi. Anak aku si Husna takut air tau. Muka cuak tu.

Kakak Imtiyaz pun takut juga. Tetapi buat-buat berani je.

Gathering kami kali ni agak lama berbanding gathering yang peratama 2 tahun lepas. Gathering kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tu yang menyewa banglo supaya selesa kami anak beranak. Alhmdulillah memang betul-betul selesa. Rasa rindu pulak dengan banglo tu. 

Selama tiga hari kami bersama, banyak aktiviti yang telah kami rancang. Aktiviti yang paling best bagi aku ialah memasak bersama-sama. Gigih kan masak sendiri? Well seronok ya masak ramai-ramai sambil menjemahkan diri. Lagi best bila ko masak dengan blogger masakan nombor 1 Malaysia. Siapa tak kenal Kak Eny kau ni kan? Seriously macam-macam tips masakan dia bagi. Dan yang paling best dapat belajar resipi ayam masak kicap tanpa rempah tumis tapi rasa die sangat Wow...!!!

Ayam masak kicap yang WOW rasanya

Masak nasi ke?

Meriah kat dapur masing-masing

Selain memasak ada juga game-game yang dirancang oleh AJK aktiviti untuk kitorang. Game paling best ialah teka gaya. Kau buat gaya dan teka apa. Memang riuh satu banglo kitorang main game ni. Selain game teka gaya, ada juga game design baju dari surat khabar. Tak sangka dalam game ni group aku jadi pemenang. Alhamdulillah.

Kreatif-kreatif tak?

Masing-masing fokus dengan design masing-masing

Ha! Kalau korang power, cuba teka aku buat gaya apa ni?

Dan aktiviti paling best diantara yang best ialah mandi dalam pool la. Apa lagi kan? Mandi pool sampai kecut memang best! Kepada AFGiers, rugi sapa tak join gathering kali ni tau. 

By the way, banglo yang kitorang sewa memang tip top la. Rasa selesa dan luas. Jom tengok gambar yang aku nak kongsikan pada korang semua tentang banglo mewah Taj Villa Taman Zooview ni:

Pandangan dari luar villa. Awesome..!!

Living room ni la tempat aku lepak. Luas ya ampunnn. Yang pasti SATU RUMAH FULLY AIRCOND. X ade rasa panas tau..!!

Macam biasa la bila kumpul ramai-ramai ni mesti nak berbbq bagai kan? So, kat sini pun ada di sediakan port khas untuk bbq. Memang Awesome..!!!

Ruang untuk berbbq. Bersebelahan dengan pool sahaja

Living room yang luas

Ada 5 bilik tidur kat villa ni. Semua ber air cond kecuali bilik yang kat dapur. Aku panggil bilik bibik 

Dapur yang lengkap dengan oven, peti ais, gas, semua la. Tinggal beli bahan untuk memasak j

Ruang untuk membasuh baju pun ade. Siap ad pengering lagi tau! Jangan risau baju anak basah asyik nak main kolam je. Korang boleh basuh kat sini

Ruang dapur idaman aku. Antara tempat yang aku paling suka. Kalau la dapat buat kat rumah sendiri, mau aku tidur kat dapur je

Di bahagian atas juga ada ruang untuk keluarga



Tandas EXCLUSIVE..!!!


Bar corner. Sambil2 tengok anak2 bermain kolam boleh la lepak kat ruang ni. 
Berdekatan dengan banglo ni ada sebuah kedai makan 1Cafe juga. Kalau korang kelaparan boleh juga singgah cafe ini untuk mejamu selera. Next entri insyallah aku cerita tentang cafe ni pula ya. Tunggu.!

Details tentang banglo:

Contact no: 013-3809187 (ruby)
Fb.me/MilleniumTravelChauffeursSdnBhd
Instagr.am/duyong_secrets

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. tak sabar nak tunggu next gathering nanti...harap ada kesempatan kita berjumpa lagi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kita pun rasa tak sabar utk next gathering

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com