23.7.18

Koleksi Makanan Coklat Di Green View Avant Chocolate Memang Wow! Rugi Tak Singgah Jika Anda Ke Cameron Highland

Jika ke Cameron Highland, antara aktiviti wajib ialah menikmati strawberi dan coklat. Rasanya kalau tidak melakukan aktiviti ini, kunjungan ada ke Cameron highland agak tidak sempurna. Dikatakan nikmat merasa strawberi di tanah tinggi ini adalah berbeza daripada makan rumah anda sendiri. Mungkin sebab cuaca dan rasa segar buahnya ketika berada Cameron.

Foto: xavier0622blog

Di Cameron Highland, sangat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Antaranya ialah Green View Avant Chocolate. Lokasi ini menjadi salah satu tumpuan setiap pengunjung ke sini. 

Ianya terletak di Kampung Raja Cameron Highland. Lebih mudah untuk mengetahuinya jika anda melalui jalan dari Ipoh ke Cameron Highland, anda akan jumpa lokasi ini terlebih dahulu yang terletak di sebelah kiri pemanduan.

Menarik di Green View Avant Chocolate

Ini adalah tempat WAJIB ambil gambar jika anda datang kemari. Pintu yang berwarna-warni memang unik (Foto: Vkeong.com)

Sudah pasti kebanyakan ladang-ladang yang ada di Cameron mempunyai pemandangan hijau yang menarik. Begitu juga dengan Green View Avant Chocolate. Dengan gabungan 2 konsep iaitu Green Garden View dan juga Strawberry Moment Cafe, menjanjikan sesuatu yang unik dan menarik buat para pengunjung. 

Tanaman yang menghijau di green view (Foto: Vkeong.com)

Anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan yang cantik dengan hiasan alam flora, tanaman segar buah Strawberry dan konsep dekorasi yang menarik, malah disini juga menyediakan cafe untuk anda beristirehat.

Kek yang berasakan coklat dan strawberry dengan rasa yang wow! (Foto: parintele.org)

Selain melihat view yang cantik, merehatkan diri di Strawberry Moment Dessert juga adalah antara yang menarik disini. Anda bakal disajikan dengan pelbagai makanan yang beasaskan strawberi, ice cream dan coklat. Anda boleh makan disini atau bawa pulang. Tetapi lebih baik jika anda makan sahaja disini kerana rasanya lagi enak ditambah suasana yang nyaman dan segar menambakan lagi 'feeling'.

WOW!! Ini baru sebahagian kek dan ais krim yang ada (Foto: Twitter @pakejpercutianbajet)

Seriously! Rambang mata melihat koleksi kek yang ada disini (Foto: Vkeong.com)

Layan ais krim lavender memang umph! (Foto: Vkeong.com)

Avant Chocolate ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Jika anda ke Cameron Highlands jangan lupa singgah sini.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Avant Chocolate Cameron Highland - Buat Rambang Mata Dan Rasa Tak Nak Balik!' sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com