20.7.18

Resipi Ais Krim Durian Homemade Yang Ohsem. Wajib Cuba Tau.!

Bila tiba musim durian sudah pasti bermacam gaya dan ragam rakyat Malaysia menikmatinya. Ada yang makan begitu sahaja, ada yang makan dengan pulut, ada juga yang buat bubur durian dan macam-macam lagi. 

Jika anda perasan bila tiba musim durian cuaca pun agak terik. Oleh sebab itu, jika kita terlampau banyak makan durian akan memberikan kesan tak elok pada badan. Seperti contoh demam, batuk, badan panas dan macam-macam lagi.

Sedapnya Ais Krim Durian

Jadi, apa kata jom nikmati ais krim durian homemade ni. Insyalah sejuk sikit badan tu bila dapat makan ais krim kan? Bila buat homemade ni nak makan banyak-banyak pun boleh. Di kedai satu scoop pun harganya mencecah RM8.

Ikuti resipi ais krim durian homemade hasil perkongsian Syu Islamiah yang mudah ini.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan yang anda perlukan

1 cawan isi durian 
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yg halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuatnya:

1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati. 
2. Putar pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Muat masuk dalam bekas ice cream 1.5L ni.

Sambung putar guna mixer

3. Masukkan dalam peti beku.

Inilah hasilnya. Ais krim durian homemade

Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Ais Krim Durian Homemade Yang Ohsem! Lebur Semua Dalam Blender, Siap!' sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

7 ulasan:

  1. wah..mana2 pun durian sekarang ni kat sana...musim kan. best!!

    BalasPadam
  2. ooih yang buat sendiri mesti lagi layan punyalah.. boleh makan puas2 tayah bayar mahai2..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com