Sotong Masak Lemak Menu Untuk Lunch

Sotong Masak Lemak Menu Untuk Lunch

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ni aku just nak share kat korang semua menu termudah aku masak untuk korang buat. Menu sotong masak lemak untuk lunch ni aku masak pepagi buta sebelum aku pergi kerja. Masak untuk makan lunch. 

Sejak wife aku bersalinkan anak kedua ni, aku rasa kawasan dapur ni sudah menjadi territory aku sekarang. Bini aku busy dengan uruskan anak, menyusukan anak kami dan nak buat stok EBM lagi, kerja-kerja sekolah lagi. So, untuk meringakan beban, aku denan rela amek tugas masak-memasak ni la. Termasuk juga buat kek ye. Tapi masak ala kadar je la. Tak la extravaganza sangat. Hehehe. Ok memula layan gambar bawah ni dulu. Hasil sotong masak lemak aku.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

Ini lah dai rupanya. Makan dengan nasi panas dan kicap. Memang terangkat tau. Aku kalau sotong ni suka tank kepala. Memang masyuk je makan. Dengan ada mata dia. kadang-dang tergigit otak sotong tu sendiri. Memang best...!!! Ok la, kalau korang nak cuba menu sotong masak lemak dari aku ni, boleh la check it out resepi kat bawah ni.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

SOTONG MASAK LEMAK

Oleh : Papaglamz

Bahan
  • 3 Ekor sotong yang sedang-sedang besarnya (Family aku kecik je. Sikit-sikit sudah)
  • Sebatang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • Garam dan gula
Caranya
  • Potong sotong ikut suka korang nak style apa.
  • Tumbuk atau blend serai, bawang merah dan putih, dan halia.
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan sekali serbuk kunyit.
  • Agak-agak sudah naik bau dan garing bahan tumisan, masukkan sotong yang sudah di potong. 
  • masak beberapa ketika dan masukkan 1/2 kotak santan (100 ml) atau ikut suka korang nak banyak mana kuahnya.
  • Terus mengacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Sambil itu, perasakan sotong masak lemak korang dengan memasukkan garam dan gula. 
  • Setel...!!!!!

Mudah kan? Mungkin utuk menu sotong masak lemak ni ada banyak lagi resepi dan cara yang lebih hebat dari ni. Well said, bila amatur masak kan? Gini la ghupanya. So, kalau nak cuba sila la cuba dan jangan lupa share juga pada yang lain tau. Hehehe

With love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah

Resepi sotong celup tepung simple


Assalamualaikum

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah | Kalau pergi ke Terengganu, antara makanan popular di sini ialah sotong celup tepung. Sotong celup tepung ni macam makan-makan sambil santai petang-petang gitu la. Ada juga sotong celup tepung yang dimakan sekali dengan nasi dan ikan bakar. Banyak kedai-kedai makan di sekitar tempat PapaG duduk ni yang menyajikan sotong celup tepung bersama-sama menu ikan bakar dan macam-macam lagi.

sotong-celup-tepung

Dalam banyak-banyak jenis sotong celup tepung, PapaG suka sotong celup tepung yang akak rangup tepung dia. Kalau makan tu bunyi kruk krak kruk krak. Ok la untuk entri kali ini PapaG nak kongsikan resepi mudah Sotong Celup Tepung yang boleh korang cuba.

Bahan-bahan

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Cara-cara

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembik.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum

Hari ini PapaG nak berkongsi pada anda semua satu resepi mudah yang diilhamkan dari sahabat PapaG. 2 hari lepas dia ada bawak bekal datang ke tempat kerja. Bekal nasi dengan Sambal Sotong. Kalau nak diikutkan PapaG ni pantang sikit kalau makan seafood. Tapi kalau dah depan mata tu. Kita sambar je la. Cuma beringat jela. Jangan overdose. Di takuti akan membawa kesan yang serious pada kulit.

Sambal-sotong-mudah-nak-masak

Ibu Dhia korang pun suka dengan sambal sotong. Padahal kami berdua ni ada sedikit alah pada makanan laut. Tapi macam PapaG cakap tadi, kalau dah depan mata kami makan juga. Takut kempunan pula kalau tak makan nanti. Hehehe

Resepi sambal sotong ni berbagai variasi. Ada yang telah improvise resepi sambal sotong ni dengan menambah baha-bahan lain seperti petai. Kalau kita tambah petai jadi la sambal sotong petai. Lagi satu ade tu yang sengaja tak membersihkan dakwat yang ada pada sotong. Bila dimasak, sambal sotong akan jadi berwarna hitam. Macam-macam kan?

Sekarang ni mudah sahaja kalau kita nak tau resepi-resepi masakan. Macam yang PapaG kongsikan ni. Korang boleh cuba di rumah. Resepi sambal sotong ni mudah sebab hasil dari tangan lelaki. Check it out.

RESEPI SAMBAL SOTONG JEJAKA IDAMAN 

Bahan-bahan

1 Kg sotong
2 Genggam cili kering (Kalau nak guna cili boh pon boleh)
4 Biji bawang merah
4 Biji bawang putih
1 Biji bawang besar
Sedikit kunyit
Asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara memasak

Siang sotong dan potong ikut kesukaan anda. Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau dan agak kering, masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan pula bawang besar yang di potong mayang. Siap dan boleh la di hidang. Mudah kan.?

Mudah sahaja kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com