10.9.15

Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum

Hari ini PapaG nak berkongsi pada anda semua satu resepi mudah yang diilhamkan dari sahabat PapaG. 2 hari lepas dia ada bawak bekal datang ke tempat kerja. Bekal nasi dengan Sambal Sotong. Kalau nak diikutkan PapaG ni pantang sikit kalau makan seafood. Tapi kalau dah depan mata tu. Kita sambar je la. Cuma beringat jela. Jangan overdose. Di takuti akan membawa kesan yang serious pada kulit.

Sambal-sotong-mudah-nak-masak

Ibu Dhia korang pun suka dengan sambal sotong. Padahal kami berdua ni ada sedikit alah pada makanan laut. Tapi macam PapaG cakap tadi, kalau dah depan mata kami makan juga. Takut kempunan pula kalau tak makan nanti. Hehehe

Resepi sambal sotong ni berbagai variasi. Ada yang telah improvise resepi sambal sotong ni dengan menambah baha-bahan lain seperti petai. Kalau kita tambah petai jadi la sambal sotong petai. Lagi satu ade tu yang sengaja tak membersihkan dakwat yang ada pada sotong. Bila dimasak, sambal sotong akan jadi berwarna hitam. Macam-macam kan?

Sekarang ni mudah sahaja kalau kita nak tau resepi-resepi masakan. Macam yang PapaG kongsikan ni. Korang boleh cuba di rumah. Resepi sambal sotong ni mudah sebab hasil dari tangan lelaki. Check it out.

RESEPI SAMBAL SOTONG JEJAKA IDAMAN 

Bahan-bahan

1 Kg sotong
2 Genggam cili kering (Kalau nak guna cili boh pon boleh)
4 Biji bawang merah
4 Biji bawang putih
1 Biji bawang besar
Sedikit kunyit
Asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara memasak

Siang sotong dan potong ikut kesukaan anda. Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau dan agak kering, masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan pula bawang besar yang di potong mayang. Siap dan boleh la di hidang. Mudah kan.?

Mudah sahaja kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini

11 ulasan:

  1. serius terliur, bergendang2 perut ni. haha :D

    ***

    singgah sini join GA menang RM 200 :)

    http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    BalasPadam
  2. wow..name resepi je dah menggiurkan.. hohoho

    BalasPadam
  3. hari ni anis masak sambal sotong jugak untuk lunch..nak makan la..lapo tengok sotong itewww

    BalasPadam
  4. Wah...sedap tu..nak try lah papaglamz masak macam nie...masakan untuk saya

    BalasPadam
  5. perghhh favourite ena ni.. terliur dahh huaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  6. Sedap ke ni.. bawa kerja sekali baru boleh try..

    BalasPadam
  7. fuhh memang menggoda sukma sambal sotong papa ni :)

    BalasPadam
  8. orang lelaki kurangkn makan sotong..
    ditakuti berubah menjadi sotong tanpa disedari kesian kat bini..

    ehhh.. tetibaaaaaaa... :p

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com