3.9.15

Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park

Bercuti di Gambang Water Park Kuantan Pahang


Assalamualaikum

Bila tiba musim cuti sekolah pastinya ramai yang tercari-cari tempat percutian keluarga yang menarik tak kira di mana sahaja. Dalam ataupun luar negara. Baru-baru ni PapaG dan keluarga berkesempatan melakukan aktiviti keluarga di Gambang Water Park, Kuantan sempena Hari Keluarga BASF PETRONAS Chemical SDN BHD. Tentu korang nak tahu kan best ke tak tempat ni?

Ok la, selepas je kami hadiri majlis makan tengahari, kesemua peserta dan keluarga bersiap-siap untuk masuk ke water park. Kalau dah di namakan water park, mestilah banyak air kan? Jadi bagi mereka yang ingin kan percutian keluarga yang menarik dan nak enjoy bermain air, di sinilah tempatnya. Keluasan tapak yang luas. Dan terdapat juga permainan-permainan air yang menarik menjadikan tempat in sebagai satu pilihan wajib bagi mereka-mereka yang ingin bercuti santai bersama keluarga. Ada juga pengunjung yang datang bukan dari kawasan sekitar tau. KL pun ade. Jauh kan? Tapi takpe, demi percutian bersama keluarga yang menarik apa salahnya sekali sekala kan?

Bagi PapaG, Gambang Water Park juga boleh di katakan sebagai sebuah tempat percutian ataupun riadah yang selamat kerana di setiap kolam permainan air di sediakan pasukan keselamatan untuk memantau keselamatan para pengunjung. Jadi kita tak perlu risau sekiranya keluarga yang kita bawa mengalami hal-hal kecemasan. Mereka pasti membantu. Dan mereka semua pakar dan terlatih tau. Jadi tak perlu risau lah. Percutian keluarga anda pasti akan selamat.

Jom layan gambar-gambar kenangan PapaG dan keluarga semasa kami berada di Gambang Water Park ni.

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah
Dari tempar parking kereta, kita perlu menaiki 'Tiger Bus' untuk ke water park. Boleh juga membawa kereta ke atas, tetapi pihak resort lebih mengesyorkan kami menaiki bas ni. Lebih memudahkan kerana parking kereta amat terhad. Seronok tau naik bas ni. Berahawa dingin lagi. Hehehe
percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah
Sebelum masuk kami mengambil gambar dahulu di pintu masuk utama Gambang Water Park. Penyambut tetamunya ramah tau. Baik pulak tu. Siap tolong kami amek kan gambar lagi. Terima kasih korang. Next time PapaG datang sini mintak tolong amek gambar sekali lagi yer. Heheheh.
percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah

percutian-keluarga-menarik-cuti-sekolah
Haaa nampak tak keceriaan di wajah kami bertiga? Nak tau tak? Imtiyaz tak takut air rupanya. Masa ni la pertama kali tahu yang Imtiyaz tak takut air. Bila masuk je dalam air die tak menangis dan berjalan dan terus berjalan. Tapi kat tempat yang cetek la. Kalau tempat dalam die tenggelam la pulak kan. Hehehe. Walau apepun kami enjoy di sini. Memang tak di nafikan Bukit Gambang Water Park antara salah satu destinasi pilihan percutian keluarga yang menarik untuk anda kunjungi. Jangan lupa datang ke sini. Insyallah nanti boleh jumpa PapaG. Sebab kite duduk sekitar kawasan ni sahaja,

Ok la itu sahaja perkongsian dari PapaG. Jumpa lagi nanti.

With Love
Papaglamz

10 ulasan:

  1. selalu lalu gambang water park ni tapi hanya sekadar pandang je lah tak pernah masuk, nampak mcm ada pembangunan lagi kat sekelilingnya...nanti dah siap sepenuhnya barulah puas kut nak dtg sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar fendi.. masih kosong lagi. dan ade construstion sedang di bina.. rasa mcam projek besar jer.. tunggu dan lihat je la..

      Padam
  2. Dh masuk dlm list tempat wajib pergi tapi entah Bila agaknya baru kesampaian hajatnya tu. Hikhik

    BalasPadam
  3. Percutian Ini lagi best..!! Saya tak pernah sampai pun lagi kat sini...

    Insya Allah satu hari nanti..

    BalasPadam
  4. saya pernah datang ke sini, water theme park dia pun best juga

    BalasPadam
  5. Best pulak rasa...insyaAllah suatu hr nnt pasti pergi...

    BalasPadam
  6. Eyda pernah ke Gambang Waterpark 2x.Memang best ! Anak-anak tak boring..Sebab ada mini safari jugak kat situ 😊.Tempat penginapan pun memang 👍 .Masa tu menginap di Atabianpunya tu lupa dah nama.haha

    BalasPadam
  7. Eyda pernah ke Gambang Waterpark 2x.Memang best ! Anak-anak tak boring..Sebab ada mini safari jugak kat situ 😊.Tempat penginapan pun memang 👍 .Masa tu menginap di Atabianpunya tu lupa dah nama.haha

    BalasPadam
  8. disebabkan belum pernah ke gambang waterpark, maka post ini telah berikan gambaran yang baik tentang water theme park dan akan masuk dalam cuti2 list saya sekeluarga. ;)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com