5.9.15

Selsema Kuda di Malaysia

Apakah itu selsema kuda (Influenza Equine)


Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi sempat untuk PapaG mencoret sedikit nota dalam lembaran maya ini. Pagi ni PapaG membaca kosmo online. Terbaca satu tajuk yang baru lagi bagi PapaG iaitu berkenaan selsema kuda. Selsema kuda? Serius ini adalah pertama PapaG dengar atau tebaca tentang selsema burung. Tak tahu la kalau korang lebih tahu. Di khabarkan selsema kuda atau Influenza Equine di Malaysia masih terrkawal lagi. Sebenarnya apakah itu Sesema Kuda? Kuda pun kena selsema ek? Ingat selsema burung dan selsema babi je.
Apakah-itu-selsema-kuda-Influenza-Equine
Melalui pembacaan PapaG, selsema burung atau influenza equine merupakan satu wabak yang banyak tersebar dalam habitat kuda. Dan dikhabarkan juga virus ini sangan mudah merebak. Di katakan kuda-kuda yang menghidapi selsema kuda akan mengalami simptom-simptom seperti demam, kekeringan, batuk, hidung berair, tertekan dan enggan makan juga minum. Secara purata, kuda yang menghidapi selsema kuda akan sembuh dalam masa dua atau tiga minggu

Adakah selsema burung ini merbahaya pada manusia?

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Veterinar, Dr. Kamarudin Md. Isa berkata, wbak selsema kuda tidak menjangkiti manusia tetapi jika ia bebas menular tanpa dibendung, dikhuatiri akan mengakibatkan kematian kuda terbabit. Membka lembaran sejarah negara kita Malaysia, negara kita pernah dilanda wabak sesema kuda pada tahun 1977 dan telah menyebabkan industri yang terlibat dengan kuda mencatatkan kerugian berjuta-juta ringgit. 

“Sejak sekian lama, negara bebas dari jangkitan EI. Tetapi kali ini wabak berkenaan muncul kembali menghantui industri berkenaan.

Selsema kuda di Malaysia masih terkawal

Menurut kosmo onlne, alhamdulillah selsema kuda yang melanda Malaysia baru-baru ini masih lagi terkawal. Dan tidak mendatangkan sebarang kerugian yang besar pada industri ini.
“Kes ini dikesan pada 31 Julai lepas apabila empat ekor kuda yang diimport dari New Zealand melalui Singapura disyaki menghidap EI. Sebagai langkah pencegahan, kuda ber­kenaan telah dikuarantinkan selama 14 hari di Stesen Kuarantin Haiwan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur,” 
Dengan adanya isu ini, di nasihatkan kepada semua pemilik kuda atau penternak kuda agar berhati-hati semasa mengendalikan aktiviti anda bersama kuda. Wallahualam

Sumber : Kosmo

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. good info papa...KG baru tau adanya selsema kuda

    BalasPadam
  2. Comelnye... PapaG dengan Dhia tu...

    Npk #sehatisejiwa

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com