Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah dan enak iaitu sambal tempe goreng. Kali ini saya campurkan dengan bilis. Baru la terasa kerangupan bilis tu dalam sambal tempe saya tu.
sambal tempe ikan bilis,sambal tempe ikan bilis kering,sambal tempe kering,resepi sambal tempe goreng mudah,resepi sambal tempe jawa,sambal tempe ikan bilis rangup,sambal tempe kering tahan lama,sambal tempe rangup,sambal tempe jawa kering,tempe masak sambal ikan bilis,resepi sambal tempe ikan bilis rangup
Nak membuatnya sangat-sangat lah mudah. Hanya perlukan bahan-bahan yang tidak rumit. Sambal tempe yang saya buat ni tidak terlalu pedas dan boleh dimakan bersama nasi panas ataupun makan begitu sahaja pun boleh. Ok la jom kita lihat bahan-bahan untuk membuat sambal tempe ikan bilis rangup ni. Bahan-bahan 2 peket tempe 1 mangkuk kecil bilis kecil (lebih sedap bilis kecil) 1 genggam cili kering 4 biji bawang merah 5-6 ulas bawang putih 1 inci belacan 2 kelopak bunga lawang Air asam jawa Gula secukupnya Garam secukupnya Selamat mencuba..!!!!

Cara membuatnya boleh check video dibawah.

Jom tonton - Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Tags: sambal tempe ikan bilis, sambal tempe ikan bilis kering, sambal tempe kering, resepi sambal tempe goreng mudah, resepi sambal tempe jawa, sambal tempe ikan bilis rangup, sambal tempe kering tahan lama, sambal tempe rangup, sambal tempe jawa kering, tempe masak sambal ikan bilis, resepi sambal tempe ikan bilis rangup,
Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum

Hari ini PapaG nak berkongsi pada anda semua satu resepi mudah yang diilhamkan dari sahabat PapaG. 2 hari lepas dia ada bawak bekal datang ke tempat kerja. Bekal nasi dengan Sambal Sotong. Kalau nak diikutkan PapaG ni pantang sikit kalau makan seafood. Tapi kalau dah depan mata tu. Kita sambar je la. Cuma beringat jela. Jangan overdose. Di takuti akan membawa kesan yang serious pada kulit.

Sambal-sotong-mudah-nak-masak

Ibu Dhia korang pun suka dengan sambal sotong. Padahal kami berdua ni ada sedikit alah pada makanan laut. Tapi macam PapaG cakap tadi, kalau dah depan mata kami makan juga. Takut kempunan pula kalau tak makan nanti. Hehehe

Resepi sambal sotong ni berbagai variasi. Ada yang telah improvise resepi sambal sotong ni dengan menambah baha-bahan lain seperti petai. Kalau kita tambah petai jadi la sambal sotong petai. Lagi satu ade tu yang sengaja tak membersihkan dakwat yang ada pada sotong. Bila dimasak, sambal sotong akan jadi berwarna hitam. Macam-macam kan?

Sekarang ni mudah sahaja kalau kita nak tau resepi-resepi masakan. Macam yang PapaG kongsikan ni. Korang boleh cuba di rumah. Resepi sambal sotong ni mudah sebab hasil dari tangan lelaki. Check it out.

RESEPI SAMBAL SOTONG JEJAKA IDAMAN 

Bahan-bahan

1 Kg sotong
2 Genggam cili kering (Kalau nak guna cili boh pon boleh)
4 Biji bawang merah
4 Biji bawang putih
1 Biji bawang besar
Sedikit kunyit
Asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara memasak

Siang sotong dan potong ikut kesukaan anda. Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau dan agak kering, masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan pula bawang besar yang di potong mayang. Siap dan boleh la di hidang. Mudah kan.?

Mudah sahaja kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com