Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Raya-raya ni, selain makan kuih tart nenas dan pergi baraan, satu lagi benda yang tengah meriah — Serumpun Challenge!

Lagu raya baru dari Mimi Fly ni memang padu habis, catchy gila. Dekat TikTok memang bersepah orang buat cover, siap ada gaya tarian khas dan paling unik — siap ada sign language sekali dalam choreo dia. Respect!

So, kita pun join the vibe laaa.

Tak sangka wehh… famili aku semua sporting, dari anak-anak sampai la ke mak dan bapak mertua aku pun on je! Mula-mula buat suka-suka je, tapi bila tengok hasil video… eh, boleh tahan juga kita ni. Rasa macam satu family K-pop raya edition! ๐Ÿ˜‚

Tarian Serumpun ni bukan je fun, tapi dia macam eratkan lagi bonding satu keluarga.

Gelak-gelak hafal step, salah gerak, ulang rakam banyak kali… semua tu jadi kenangan manis raya tahun ni.

So yeah…

Enjoy Serumpun Dance Challenge dari famili aku!

Walaupun bukan pro, tapi yang penting semangat tu ada. Raya ni bukan pasal perfect, tapi pasal kita enjoy sama-sama.

Enjoy...!!!

AJL 39: Bila Highlight YouTube Jadi Penyelamat

AJL 39: Bila Highlight YouTube Jadi Penyelamat

Ok, semalam berlabuhlah tirai Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39). Aku? Jujurnya, tak tengok sampai habis. Bukan sebab tak minat, tapi sebab mata kalah dengan bantal. Setengah jalan je sempat layan sebelum aku terlelap.

Tapi pagi tadi, sebaik je bangun, benda pertama aku buat bukan scroll WhatsApp atau tengok berita, tapi terus buka YouTube cari highlight persembahan AJL. Dah macam satu ritual pagi Isnin pula.

Dan… aku baru tahu keputusan AJL 39 pagi ni. Marsha Milan menang juara dengan lagu “Hening Rindu”! Wah, ini betul-betul kejutan. Bukan sebab aku tak suka lagu tu, tapi sebab persaingan AJL tahun ni memang sengit.

Naib juara pula jatuh kepada Nadeera dengan lagu “Bukan Lagi Kita”, dan tempat ketiga dimenangi oleh Akim & The Majistret dengan “Saksama”. Aku ulang tayang balik video pengumuman pemenang—serius, Marsha nampak macam tak percaya dia menang!

Baca juga - The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Lagi satu yang buat aku speechless, Vokal Terbaik dimenangi oleh Ernie Zakri. Aku memang dah agak, sebab suara dia power gila semasa nyanyi “Aura”. Tapi yang buat aku paling teruja, Persembahan Terbaik dimenangi oleh Aina Abdul. Seperti biasa, dia memang tak pernah fail buat sesuatu yang dramatik dan luar biasa.

Sambil layan video highlight, aku terfikir—AJL ni memang tak pernah gagal buat kita terkejut. Tahun lepas kita ada kontroversi, tahun ni kita ada kemenangan yang tak disangka. Aku tengok balik persembahan Marsha, memang dia layak menang. Vokal steady, penuh emosi, dan persembahan dia memang kena dengan konsep lagu.

Korang rasa result ok ke?

Enjoy...!!!

The Trauma Code: Heroes on Call โ€“ Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Dah lama rasanya aku tak layan drama Korea, tapi kali ni rasa macam nak kembali semula ke dunia K-drama. Drama terakhir yang aku tengok berkaitan doktor ialah Romantic Doctor, Teacher Kim 3. Lepas tu, terus senyap tanpa sebarang drama perubatan dalam list tontonan aku. Tapi sekarang, The Trauma Code: Heroes on Call tengah trending di Netflix, dan rasa macam kena layan balik drama doktor-doktor ni!

Aku belum tengok lagi, tapi bila baca sinopsis dan tengok trailer, memang nampak menarik! Drama ni berkisarkan tentang seorang doktor bedah trauma, Dr. Baek Kang-hyuk, yang pernah berkhidmat di zon konflik seluruh dunia. Dia kembali ke Korea untuk menubuhkan pusat trauma terbaik di Hospital Universiti Hankuk. Tapi macam biasa, bukan mudah nak ubah sistem hospital dan latih pasukan perubatan untuk bekerja di bawah tekanan yang ekstrem.


Pelakon utama dalam drama ni ialah Ju Ji-hoon, seorang pelakon berbakat yang pernah berlakon dalam drama popular seperti Kingdom dan Hyena. Jadi, aku boleh jangka yang lakonannya pasti mantap dan penuh emosi. Selain itu, cerita ni juga sarat dengan aksi perubatan yang mendebarkan, konflik profesional, dan mungkin juga ada elemen hubungan antara watak yang menarik untuk diikuti.

Baca juga - Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Aku excited nak mula tengok! Dah lama tak layan drama perubatan Korea. Kalau korang dah tengok, boleh komen dan kongsi pendapat dengan aku. Best ke tak? Patut ke aku marathon drama ni terus?


Enjoy...!!!
Drama Curang Tanpa Niat, Lagu Bukan Lagi Kita, dan Debut Nadeera di AJL: Memori Baru Akan Terukir?

Drama Curang Tanpa Niat, Lagu Bukan Lagi Kita, dan Debut Nadeera di AJL: Memori Baru Akan Terukir?

Tak sangka, aku dah start tertengok-tengok highlight drama Curang Tanpa Niat kat TikTok. Banyak sangat scene menarik yang lalu kat feed aku—drama, konflik rumah tangga, dan emosi yang berat, tapi belum sempat nak tengok full lagi. Masuk minggu ni dah episod ke-4, tapi aku masih lagi "on the fence". Mungkin akan terlayan jugak nanti kat Astro bersama bini aku—sama-sama marathon drama, kan? Tapi tu nantilah, kena tunggu masa free sikit.

Yang pasti, soundtrack drama ni memang dah buat aku layan habis. Lagu Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita, yang katanya bakal bertanding di AJL nanti, memang menusuk jiwa. Siapa sangka, kemunculan pertama Nadeera di pentas AJL mungkin akan jadi turning point besar untuk dia? Lagu ni macam ada aura magis—setiap kali dengar, terasa macam ada cerita sendiri yang tersimpan dalam liriknya.

Kalau korang tak familiar, Nadeera ni aku mula kenal masa program Lagu Cinta Kita kat TV3. Masa tu, dia duet dengan partner lelaki, dan mereka terus jadi juara. Suara Nadeera memang luar biasa—unik, lunak, dan ada feel yang sampai ke hati.

Dan sekarang, lagu dia yang tengah viral ni, yang menjadi OST Curang Tanpa Niat. Jom hayati lirik penuh lagu Bukan Lagi Kita:


Bukan Lagi Kita
Nadeera Zaini

Aku tak sempurna
Namun ku tetap cuba
Menjadi yang terbaik untuk kamu

Namun akhirnya
Kita tak lagi bersama
Mungkin ini takdir yang tertulis untuk kita

Chorus
Bukan lagi kita
Yang melakar bahagia
Kini tinggal kenangan, serpihan jiwa

Bukan lagi kita
Yang pernah bercinta
Segalanya pudar, hilang warna

Biarlah aku pergi
Lupakan semua janji
Walau hati ini masih terluka

Aku tak sempurna
Namun ku tetap cuba
Menjadi yang terbaik untuk kamu

Bridge
Setiap kenangan itu
Kan kekal dalam waktu
Namun cinta tak bisa dipaksa

Chorus
Bukan lagi kita
Yang melakar bahagia
Kini tinggal kenangan, serpihan jiwa

Bukan lagi kita
Yang pernah bercinta
Segalanya pudar, hilang warna


Liriknya memang berat, penuh emosi, dan kalau dengar dengan muziknya sekali, confirm boleh buat hati terusik. Memang kena sangat dengan mood drama Curang Tanpa Niat, yang banyak main dengan tema cinta, kecurangan, dan luka hati.

Baca juga - Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Kalau betul lagu ni masuk AJL nanti, aku rasa Nadeera ada peluang besar untuk mencabar nama-nama besar macam Aina Abdul. Good luck, dear Nadeera! Semoga pentas AJL jadi batu loncatan untuk terus bersinar dalam industri muzik tanah air.

Bagi aku, layan highlight TikTok dulu pun dah cukup buat aku excited. Tapi tak mustahil aku akan layan full episod drama Curang Tanpa Niat sambil ulang lagu Bukan Lagi Kita berulang kali. Kalau korang pun sama, jom support Nadeera dan bakat besar yang dia bawa!

Enjoy...!!!

Ceritera Isteri Aku, Drama โ€œCurang Tanpa Niat,โ€ & Luahan Hati Terselindung

Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Siapa sangka, malam santai aku yang sedang memandu dengan isteri disebelah, tiba-tiba bertukar jadi sesi luahan hati ala-ala forum terbuka. Penyebabnya? Drama Curang Tanpa Niat yang kini jadi tontonan tetap isteri aku. Kali ini dia cerita panjang lebar tentang watak Elena, lakonan Mira Filzah, dan suaminya, Eeshal, lakonan Syukri Yahya.

Menurutnya, Elena ni sangat sibuk uruskan rumah tangga—dari anak-anak, kerja rumah, sampai benda remeh-temeh pun dia handle sendiri. Dalam kesibukan itu, suaminya pula curang tanpa niat. Katanya, boleh faham kenapa Elena tak perasan perubahan suami dia. Sibuknya dia tu macam hidup dia sendiri sekarang! Rumah tak sempat kemas, anak-anak aktif tak berhenti, lagi-lagi kalau ada anak yang menyusu badan—memang masa untuk diri sendiri tu boleh dilupakan terus.


Aku duduk di sebelah, mendengar dengan penuh perhatian (dan pura-pura serius). Sebagai suami yang bertanggungjawab, apa lagi pilihan aku selain mengiakan? ๐Ÿ˜‚ Tapi dalam hati, aku sebenarnya terkejut. Tak sangka isteri aku dah mula tengok drama ni. Selama ni aku ingat dia masih tak move on dengan Andai Tiada Dia—drama yang sampai aku hafal watak Suri dan Falah sebab dia suka cerita balik scene yang dia suka. Rupanya dia dah start dengan cerita baru, dan aku baru tahu!

Bila dia cerita tentang Eeshal curang tanpa niat, aku tertanya-tanya juga, macam mana curang tu boleh “tanpa niat”? Tapi, dari perspektif dia, Eeshal mungkin rasa “terbiar” sebab Elena terlalu sibuk dengan rumah tangga. Sekaligus, isteri aku sempat sisipkan peringatan halus untuk aku—jangan sampai jadi macam Eeshal. hahahah. Sempat lagi.

Baca juga - Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Aku faham, di sebalik cerita Elena ni, ada refleksi tentang betapa beratnya beban seorang isteri dan ibu. Dan sebagai suami, walaupun aku tak pandai urus anak-anak macam dia, aku cuba sokong cara lain. Contohnya, bila isteri sibuk cerita pasal drama, aku dengar. Sebab kadang-kadang, itu saja yang dia perlukan—seseorang untuk faham apa yang dia rasa, walaupun “topik”nya cuma tentang Eeshal dan Elena.

Moral cerita? Curang memang tak ada alasan, sama ada ada niat atau tidak. Tapi yang lebih penting, suami isteri kena saling memahami. Kalau ada masa sibuk sampai tak sempat untuk diri sendiri, bincanglah. Dan kalau isteri aku baca ni, ya sayang, abang dengar luahan hati awak tentang Elena. Dan abang tetap di sini untuk awak, walau rumah bersepah macam mana pun. ๐Ÿ’•hikhikhik.

Enjoy...!!!

Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Aku tak sangka yang aku masih lagi terkesan dengan drama yang baru sahaja tamat di Astro, "Andai Tiada Dia". Ya, walaupun drama ni dah habis, hati aku masih belum move on. Drama ini memang viral, dan aku pasti ramai yang seperti aku, masih terkenang-kenang setiap babak dalam cerita ini.

Drama ini betul-betul menyentuh hati. Watak-watak seperti Suri, Falah, dan yang lain-lain seakan hidup di depan mata. Aku rasa penonton betul-betul merasakan penderitaan, cinta, dan kesedihan yang mereka alami. Yang paling aku tak boleh lupakan, sudah tentu babak di mana Falah meninggal dunia akibat kanser. Rasa hiba dan sebak tu masih menghantui aku. Suri, watak yang penuh dengan dugaan, seolah-olah tak diberi peluang untuk bahagia. Dari suami pertama yang curang dengan adik kandung sendiri, hinggalah kepada Falah, suami kedua yang sangat penyayang tetapi pergi meninggalkannya terlalu cepat.

Adaptasi novel asal

Aku rasa, kekuatan drama "Andai Tiada Dia" terletak pada jalan ceritanya yang sangat dekat dengan realiti kehidupan. Ia memaparkan konflik keluarga, pengkhianatan, kesetiaan, cinta sejati, dan pengorbanan yang membuatkan kita merenung kembali apa yang benar-benar penting dalam hidup. Setiap dialog dan ekspresi pelakon, terutamanya ketika babak sedih, betul-betul menusuk jiwa. Aku rasa, semua pelakon memberikan persembahan yang luar biasa. Tak hairanlah kenapa drama ini begitu viral.

Babak yang paling memberi kesan pada aku ialah ketika Suri terpaksa menerima hakikat kehilangan Falah. Cinta mereka yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang diuji dengan cara yang sangat menyakitkan. Aku kagum dengan kekuatan Suri, tetapi dalam masa yang sama, aku rasa kesakitannya seperti milik aku juga (tibeeeeeeee. Hahaha). Aku rasa, itulah sebabnya aku tak boleh move on lagi. Drama ini mengajar aku tentang keperitan hidup, tetapi dalam masa yang sama, ia juga mengingatkan kita tentang keindahan cinta sejati dan keperluan untuk menghargai setiap momen bersama orang tersayang.

Baca juga - Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Bagi korang yang belum menonton "Andai Tiada Dia", aku sarankan untuk tengok drama ni. Tapi hati-hati, korang kena bersedia dengan tisu sebab air mata pasti akan mengalir. Dan bagi yang sama macam aku, masih belum move on, mari kita sama-sama kenang kembali kisah-kisah indah dalam drama ini. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, kita akan belajar untuk menerima kesudahan cerita ini dengan lebih tenang.

"Andai Tiada Dia" bukan sekadar sebuah drama; ia adalah sebuah pengalaman emosi yang akan terus hidup dalam hati penontonnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan drama ini. Kalian telah memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada kami, penonton setia.

Jadi, korang ada tak pengalaman yang sama? Masih belum move on dengan drama ni? Jom kongsi cerita korang dengan aku!

Enjoy...!!!

Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Cuti-cuti hujung tahun ni memang masa yang dinanti-nanti. Bila balik kampung, suasana jadi meriah sebab dapat berkumpul dengan keluarga besar. Dalam suasana santai sambil minum-minum, topik perbualan memang tak pernah habis. Macam-macam cerita keluar, dari kisah zaman sekolah sampai gosip semasa. Salah satu cerita menarik yang kakak-kakak aku sampaikan baru-baru ni ialah tentang Datin Suliza Salam yang katanya dah kahwin lagi!

Siapa Datin Suliza Salam ni? Datin Suliza Salam ni sebenarnya asal dari Pontian, Johor – kampung yang tak jauh pun dari rumah aku. Rupa-rupanya, dia ni kawan satu sekolah dengan kakak-kakak dan abang-abang aku dulu. Kiranya, memang ramai yang kenal dia sejak zaman sekolah lagi. Bila dapat tahu dia dah kahwin lagi, memang semua teruja nak tahu cerita lanjut.

Perkahwinan Baru, Doa yang Baik-Baik

Menurut cerita kakak-kakak aku, Datin Suliza Salam baru saja melangsungkan perkahwinan keduanya. Alhamdulillah, kami semua tumpang gembira. “Tahniah, Datin! Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah,” itulah doa yang kami semua panjatkan untuk dia. Kalau diingat balik, dia ni memang antara orang yang mesra dan pandai bergaul sejak zaman sekolah, tak hairanlah ramai yang suka.

Baca juga - BPC SHQ Dinner 2023: Malam Penuh Warna dan Kenangan

Rancak Berbual dan Nostalgia Kampung

Bila topik ni dibuka, rancak betul kakak-kakak aku bercerita. Ada yang imbas kenangan waktu sekolah, ada juga yang sibuk cerita tentang jiran-jiran lama yang kini dah berjaya. Suasana jadi lebih meriah bila semua orang mula bercerita pengalaman masing-masing, sambil sesekali menyelit lawak jenaka yang buat semua tergelak besar.

Tahniah Datin Suliza Salam!

Untuk Datin Suliza Salam, kalau kebetulan terbaca artikel ni, kami sekeluarga nak ucapkan tahniah sekali lagi. Semoga perkahwinan kali ni membawa lebih kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Doa kami, semoga rumah tangga ini dilimpahi keberkatan dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Cerita macam ni lah yang buat balik kampung jadi seronok. Selain dapat eratkan hubungan keluarga, kita juga dapat kongsi berita dan kenangan lama. Betul tak?

Enjoy...!!!

Review Santai: Trailer Superman 2025 โ€“ Hero Lama, Aura Baru!

Review Santai: Trailer Superman 2025 – Hero Lama, Aura Baru!

Korang dah tengok ke trailer Superman 2025 yang baru drop kat YouTube? Kalau belum, aku sarankan korang pause semua benda sekarang dan pergi tonton. Serius, trailer ni memang lain macam! Aku yang dulu taklah fanatik sangat dengan Superman pun rasa hype dia sampai ke tulang.

First Impression: Visual yang Gempak Giler

Mula-mula je trailer dah bagi vibe epik. Cinematography dia memang kelas! Dari shot Superman terbang melintasi skyline Metropolis sampai close-up muka penuh emosi tu, aku rasa macam tengok art. Warna-warna dalam trailer ni pun tak terlalu gelap macam trend superhero baru-baru ni – ada balance yang cantik antara gelap dan terang. Bagi aku, ini satu refreshment untuk mata kita.

Dan suit Superman? PERFECTION. Mereka masih kekalkan elemen klasik tapi ada upgrade sikit, nampak lebih modern dengan tekstur baru. Cape dia flutter dalam angin tu buat aku rasa macam ok, ini Superman sebenar.

Jalan Cerita: Konflik yang Lagi Berat

Dari apa yang aku faham dalam trailer ni, kali ni Superman bukan saja nak lawan musuh biasa. Dia tengah bergelut dengan soal moral – nak jadi penyelamat dunia atau jadi manusia biasa yang nak hidup tenang. Ada babak dia termenung dekat ladang lama keluarga Kent, dan waktu tu aku rasa macam, eh Superman pun ada existential crisis juga ke?

Dan jangan lupa villain utama kali ni, Lex Luthor. Dalam trailer, Lex nampak lebih manipulative dan menakutkan. Ada dialog dia yang buat aku rasa meremang:
"Even gods can bleed."
Aku macam, wow. Kalau ini dalam trailer je dah power, bayangkan full movie nanti!

Cast Baru, Energy Baru

Oh, kita kena cakap pasal Superman yang baru ni. Pelakon dia (tanpa spoiler untuk korang yang nak tengok sendiri) betul-betul bawak vibe fresh. Dia ada karisma, ada kedalaman emosi, tapi masih ada senyuman boy scout yang kita semua kenal dengan Superman. Chemistry dia dengan Lois Lane dalam trailer pun nampak real, tak overacting.

Musik yang Menghidupkan Emosi

Soundtrack dia... fuhh! Masa bunyi orkestra tu masuk dengan shot Superman terbang, aku betul-betul rasa semangat dia sampai ke jiwa. Nostalgia muzik lama Superman ada sikit terselit tapi dengan twist yang lebih moden.

Overall: Layak Ke Hype Ni?

Bagi aku, trailer Superman 2025 ni memang setanding hype yang dah lama kita dengar. Dia bagi kita nostalgia hero lama tapi dengan pendekatan yang lebih matang dan relevan. Kalau korang fans DC, memang wajib tengok. Dan kalau korang Marvel fans sekalipun, aku rasa tak rugi kalau korang beri peluang.

Pendek kata, Superman 2025 mungkin jadi filem Superman terbaik setakat ni. Tak sabar tunggu bulan tayangan! Jadi, lepas tengok trailer tu, komen la – korang excited ke, atau rasa dia boleh jadi hit or miss? ๐Ÿ˜Š

Enjoy...!!!

KRU Comeback Concert: Menggamit Memori Zaman 90-an!

KRU Comeback Concert: Menggamit Memori Zaman 90-an!

Korang ingat lagi tak zaman kegemilangan KRU? Kalau korang membesar pada era 90-an, nama KRU memang tak asing lagi. Trio adik-beradik ini – Norman, Yusry, dan Edry – adalah antara pelopor muzik rap dan R&B di Malaysia, dan karya mereka pernah menjadi fenomena yang tak boleh dilupakan.

Berita baik untuk peminat setia KRU: tahun depan, 3 Mei 2025, mereka akan buat konsert comeback bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil! Dah lama tak dengar KRU perform live kan? Jadi, inilah peluang untuk korang throwback dan enjoy semua hits klasik mereka.

Nostalgia Bersama KRU

Lagu-lagu KRU macam “Awas”, “Fanatik”, dan “Ooh! La! La!” memang evergreen. Dulu, kalau tak hafal lirik lagu diorang, rasa macam tak cukup “in” dengan trend masa tu. Selain menyanyi, KRU juga aktif berlakon. Siapa boleh lupa filem-filem macam Cinta Metropolitan atau Cicakman yang membawa genre baru dalam dunia perfileman Malaysia? Kreativiti mereka memang tak ada tandingan.

Dan tak boleh tak sebut tentang Norman dengan kisah percintaannya bersama Erra Fazira. Wedding of the year, kot! Masa tu semua mata tertumpu pada mereka, dan ia jadi satu lagi memori indah dalam era KRU.

Konsert KRU: Menghidupkan Kembali Era Keemasan

Untuk korang yang pernah jadi peminat tegar, konsert ni memang wajib datang. Tak kira berapa umur korang sekarang, once a fan, always a fan! Suasana konsert nanti dijamin akan menggamit semula memori zaman kaset, walkman, dan majalah hiburan yang penuh gambar KRU.

Info Tiket

Nak jadi sebahagian daripada nostalgia ni? Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my/KRU. Jangan tunggu lama-lama sebab konsert ni dijangka akan sold out dengan cepat. Mark kalendar korang – 3 Mei 2025, Sabtu, jam 8.30 malam!

Penutup

Konsert comeback KRU ni bukan sekadar hiburan, tapi juga peluang untuk kita semua mengimbau zaman muda. Sama ada korang nak nyanyi sama-sama, flashback kenangan lama, atau nak kenalkan KRU kepada generasi baru, konsert ni mesti ada dalam to-do list korang tahun depan.

Enjoy...!!

 Down To Earth - Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga RM27.00 Undang Pujian Warganet

Down To Earth - Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga RM27.00 Undang Pujian Warganet

Assalamualaikum semua

Baru-baru ini menjadi bualan warganet tentang sifat rendah diri Permaisuri Selangor Tuanku Permaisuri Norasyikin yang bersahaja mengenalan tudung keluaran Fazura yang hanya berharga RM27.00 itu. Ramai yang tahu bahawa hubungan baik antara selebriti terkenal tersebut bersama tuanku permaisuri bagaikan sebuah keluarga. 

Kesudian tuanku mengenalan tudung keluaran Fazura itu mengundang rasa gembira buat pemiliknya. Faruza juga meluahkan rasa berbesar hari melihat sikap tuanku yang sudi mengenakan tudungnya itu melalui posting di instagram milik peribadi beliau.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri. Junjung Kasih Tuanku. Semoga ALLAH SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” titip Fazura.

Warganet rata-rata memuji penampilan dan imej Tengku Permaisuri Norashikin yang manis.

Susulan dari itu, ramai di kalangan peminatnya mula mencari tudung berkenaan untuk dimiliki.

- “Terus nampak exclusive dan expensive.”

- “Nak place order laaa Kak Udaaaa.”

- “ Bestnya... Please restock dear.”

- “Sungguh rupawan permaisuri negeri saya.”

- “Mohon keluarkan balik Kak Uda.”

- “Masya-ALLAH...bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri memakai tudung Fazura. Kelihatan sangat jelita dan eksklusif!”

With Love

Papaglamz

-sekian- 


Kesihatan Elyana Semakin Menggusarkan - Kos Rawatan Kenser Limforma Cecah 250 Ribu Ringgit

Kesihatan Elyana Semakin Menggusarkan - Kos Rawatan Kenser Limforma Cecah 250 Ribu Ringgit

 Assalamualaikum semua

Penyanyie yang pernah popular dengan lagu "Tarik Tali" sedang berjuang dengan kenser limpforma tahap 4 sejak 10 tahun yang lalu. 

Memetik dari Harian Metro, Elyana berkongsi kepada pembaca bahawa penyakit dan kesihatannya semakin menggusarkan kebelakangan ini. Beliau dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini.

Baca juga : Neelofa Hamil?

Namun begitu, Elyana menjelaskan bahawa perkara itu agak’ berat’ baginya kerana ia mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan ia memerlukan Elyana untuk melakukan 5 kali rawatan.

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.”

Katanya lagi, dengan situasi sekarang, dia terkesan dengan jumlah pendapatannya dan ia menggusarkan Elyana memandangkan kos rawatan itu tinggi.

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas.”

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu, pendedahan itu dibuat menerusi konsert Gegar Vaganza pada tahun 2017.

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan Elyana dipermudahan dalam menjalani rawatannya.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Neelofa Hamil? Masih Lagi Bermain Teka-teki

Neelofa Hamil? Masih Lagi Bermain Teka-teki

 Assalamualiakum semua,

Baru-baru ini berita tentang kehamilan Neelofa hangat diperkatakan oleh warganet. Sebelum ini, Neelofa pernah berkongsi gambar yang seakan menunjukkan 'baby bump' telah menjadi viral di media sosial telah menjadi trending. Tetapi, sehingga kehari ini, Neelofa masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan tentang berita kehamilannya.

Memetik dari OhBulan, baru-baru ini dalam satu majlis Pengagihan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bersama Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diadakan di Surau Al Mustaqim, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, beliau telah mengadakan sesi soal jawab bersama wartawan. Sudah pasti, isu kehamilan beliau menjadi antara persoalan hangat dalam kalangan wartawan yang hadir.

Baca juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

TUNGGU

Berkata kepada wartawan, Neelofa tidak menafikan dan tidak juga mengiyakan tentang berita kehamilan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Bagi beliau, soal kehamilan ini adalah sesuatu yang agak sensitif untuk diberitahu kepada umum dan sudah pasti ada sebab tersendiri mengapa beliau tidak mahu menjawab soalan itu

"Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua. Berita gembira yang dikongsikan itu adalah satu doa."

"Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai pelindungan."

"Saya fahami kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukan sesuatu berita yang perlu disorokkan."

Walauapapun yang berlaku, kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasanga Neelofa dan juga PU Riz.

With Love

Papaglamz

-sekian- 


Anugerah Bintang Popular (ABP34) - Zul Ariffin, Remy Ishak dan Zizan Razak tidak tersenarai

Anugerah Bintang Popular (ABP34) - Zul Ariffin, Remy Ishak dan Zizan Razak tidak tersenarai

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengelola majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 mengesahkan undian diperoleh tiga calon artis awal ABP34 dalam kategori solo menerusi pencalonan Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Versatil Popular tidak akan dikira dan tidak disenaraikan pada tangga lima teratas.



Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABP34, Shamshul Azree Samshir berkata ia juga merangkumi undian seorang calon kategori YouTuber Popular, yang mengumumkan menarik diri sebelum ini.

Menurut Shamshul, sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABP mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis mana yang layak bergelar Bintang Paling Popular.

Pun begitu, katanya, undian diperoleh tiga artis untuk kategori atas talian iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambil kira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.

“Tiga artis solo itu adalah Zizan Razak yang tersenarai dalam calon awal kategori utama Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular; Zul Ariffin (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular.

“Selain itu, Zul juga mendapat dua pencalonan dalam kategori online Gandingan Serasi Drama Popular) serta Remy Ishak (kategori utama Pelakon TV Lelaki Popular dan kategori online Gandingan Serasi Drama Popular).

“Calon kategori Artis YouTuber Popular yang turut menyatakan hasrat menarik diri daripada pencalonan awal ABPBH 34 ialah Zukie Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Baca Juga : Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Selain itu, kata Shamshul, pihaknya menghargai keutuhan, kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni walaupun industri kreatif tempatan dilihat agak sepi sejak pandemik Covid-19 melanda, 18 bulan lalu.

“Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, ABP mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABP34,” katanya.

Shamshul juga berkata, ABP turut memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABP34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun.

“Sehubungan itu, ABP berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABP ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA.

“Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanah air,” katanya.

Pada malam kemuncak ABP34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular.

Selain itu, kategori lain termasuk Penyampai Radio Popular, Watak Animasi Popular, enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini.

Sumber - Utusan Malaysia

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

 Assalamualaikum semua

Aku sekarang macam baru-baru nak kenal apps tiktok. Sambil-sambil scroll timeline tiktok, aku rasa banyak video drama I-Tanggang yang aku tengok. First impression tentang drama ni macam menarik. So aku search googla nama drama ni. Rupanya ada di Astro Citra.

Drama I-Tanggang dah mulakan siarannya pada 13 September 2021 setiap hari Isnin, jam 9 malam. 

Drama ini mengetengahkan issue penderittan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Menarikkan? Rasanya kat Malaysia ini adalah drama pertama yang mempunyai tema sebegini. Antara pelakon drama I-Tanggang ini adalah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak serta diterbitkan oleh KL Motion Pictures.

Watak - watak pelakon drama I-Tanggang

Sherie Merlis sebagai Erma

Faizal Hussein sebagai Rahmat

Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)

Nadhir Nasar sebagai Syafiq

Emma Sofea sebagai Esra

Sofia Jane sebagai Dr Nini

Andy Teh sebagai Dr Norman Arif

Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

Sinopsis Drama I-Tanggang - Mother of All Lies | Astro Citra

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang. 

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?..

Selamat menonton.

With Love

Papaglamz

-sekian-


Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Azzam Shah dan Sheryl Shazwani Selamat Bertunang

Assalamualaikum semua

Tanggal 1 Oktober 2021 sudah pasti menjadi tarikh bersejarah buat Azzam dan Sheryl Shazwanie kerana telah mengikat tali pertunangan. Kedua penyanyi ini memang sudah lama menjalin hubungan akrab sebelum ini dan sudah menyatakan hasrat untuk hidup bersama. 

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie

Tahniah Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie! Selamat menempuhi fasa pertunangan.. dengarnya akan langsungkan pernikahan tahun depan ๐Ÿ’๐Ÿ’❤️❤️

With Love

Papaglamz

-sekian-

Telefilem Kembalikan Sinarnya - 2 Oktober 2021 di TV3

Telefilem Kembalikan Sinarnya - 2 Oktober 2021 di TV3

 Assalamualaikum semua

Dulu pernah aku menonton telefilem ni. Tak sangka 2 oktober ni akan disiarkan semula di TV3 dalam slot Cerekarama. 

Telefilem Kembalikan Sinarnya

Telefilem : Kembalikan Sinarnya

Ulang Siar : 2 Oktober 2021 (Sabtu),  jam 10:00 malam

Siaran Pertama : 21 Julai 2018 (Sabtu), jam 9:00 malam

Siaran TV : Slot Cerekarama TV3

Pengarah : Khalid Nadzri

Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Pelakon-pelakon Telefilem Kembalikan Sinarnya

Nurul Hanynaa sebagai Uzma

Hafidz Roshdi sebagai Zahir

Dian P.Ramlee sebagai Azimah

Eyka Farhana sebagai Julia

Sinopsi Telefilem Kembalikan Sinarnya

Azali (Aedy Ashraff) seorang pemuda yang suka berfoya foya. Azali tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit dari bapanya. Bapanya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Disebabkan itu, Azali dimanjakan dengan wang bukan kasih sayang. 

Hubungan ibu dan bapa Azali pun semakin renggang. Dahulunya Azali adalah anak didik dan cucu angkat arwah atuk Uzma (Nurul Hanynaa) yang penuh dengan didikan agama. Segalanya berubah bila Azali berpindah ke Kuala Lumpur. 

Satu Hari Azali kemalangan dan selepas Azali keluar hospital ibu Azali, Azimah (Dian P.Ramlee) ambil keputusan untuk balik ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubungannya dengan Azali dan berharap Azali akan berubah.

Selamat menonton.

With Love

Papaglamz

-sekian-

James Bond - No Time To Die - Daniel Graig

James Bond - No Time To Die - Daniel Graig

Assalamualaikum semua

Musim-musim pandemik ni, bukanlah menjadi penghalang team James Bond untuk merelease filem James Bond mereka yang ke-25. No Time To Die - Jame Bond merupakan  tajuk filem terbaru yang bakal menggegarkan dunia. Adakah filem terbaru ini bakal mencipta kejayaan seperti filem-filem sebelum ini? Jangan lupa untuk sakiskan.

Daniel Graig sebagai pelakon utama dalam filem No Time to Die - James Bond

Masih lagi menampilkan Daniel Craig sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai James Bond, sudah pasti, peminat siri James Bond sudah tidak sabar untuk menonton filem ini.

Sinopsis Filem No Time to Die - James Bond

Bond yang merupakan seorang agen rahsia 007 telah bercadang untuk bersara dari dunia penyiasatan. Baru sahaja hendak menikmati kehidupan selepas pencen, Bond terpaksa kembali untuk menjalankan misi menyelamatkan seorang kawan, Felix Leiter (Jeffrey Wright). Bond terpaksa menerima tugasan ini.

Baca juga : 4 Destinasi Pelancongan Wajib Pergi Jika Anda Ke Phuket

Penjahat kali ini lebih misteri dan berbahaya kerana bersenjatakan baru dan berteknologi tinggi. Macam biasa, bila cerita James Bond ni, berbagai aksi pergaduhan yang tegang, aksi tembak menembak mewarnai filem ini dalam misi penyelamatan Bond. 

Dalam filem ini juga menunjukkan Bond bertemu kembali dengan musuh lamanya iaitu Safin (Rami Malek).

Filem No Time to Die juga dikhabarkan akan menjadi filem aksi penyiasatan terakhir James Bond setelah 13 tahun berada dalam dunia filem.

Bagi peminat James Bond jangan lupa untuk menonton tayangan filem ini.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Erra Fazira Dalam Gerak Khas Undercover

Erra Fazira Dalam Gerak Khas Undercover

 Assalamualaikum semua

Drama Gerak Khas aku rasa semua orang taukan? Drama ini dah lebih puluhan tahun diterbitkan dan dah berbagai siri. Samada movie mahupun drama yang bersiri. Baru-baru ni aku dapat tahu drama Gerak Khas nak buat comeback dengan siri yang terbaru iaitu Gerak Khas Undercover. Siri terbaru ini dibarisi pelakon terkenal seperti Erra Fazira dan juga Aaron Aziz.

Erra Fazira dalam siri Gerak Khas

Baca juga : Papaglamz dalam drama terbaru HERO Hati Ku Si Penarik Beca

Aku terbaca di dalam Harian Metro, ada satu posting bualbicara Erra dengan team HM. Erra berterimakasih dengan SKop Production kerana masih lagi menawarkan pada beliau untuk berlakon dalam siri ini. Untuk makluman, Erra akan berlakon sebagai Deputi Superintendan (DSP) Jeslina yang banyak bertugas di pejabat saja.

"Apa yang pasti, saya berharap penonton akan memberikan sambutan yang baik terhadap drama ini kerana jalan ceritanya sangat berbeza. Kena tonton dulu tayangannya pada Jumaat ini," katanya.

Korang mesti ada pengalaman menonton drama gerak khas ni kan? Jom kongsikan apa pengalaman yang korang pernah lalui.

With Love

Papaglamz

-sekian- 

Nama Anak Ayda Jebat dan Nabil - Ana Nayla

Nama Anak Ayda Jebat dan Nabil - Ana Nayla

 Assalamualaikum semua

Baru-baru ini penyanyi Ayda Jebat tampil mendedahkan wajah anaknya dan sekaligus berkongsi nama anaknya kepada para peminat di instagram miliknya.

Wajah Ana Nayla anak Ayda Jebat dan Nabil

Ana Nayla adalah nama anak Ayda Jebat dan juga pasangannya Nabil yang menjadi pilihan mereka berdua. Sambil-sambil berkongsi nama dan juga wajah anak mereka, Ayda sempat memohon agar semua peminat menitipkan doa agar anaknya sentiasa selamat, menjadi anak yang baik dan sentiasa disayangi.

Sebenarnya, Ayda sudahpun melahirkan Ana Nayla pada tanggal 21 September 2021 pada pukul 7.07 malam.

Baca juga : 5 Cara Nak Jadi Kacak Dengan Menjaga Kulit Muka Dan Juga Rambut

Tahniah buat Ayda dan Nabil dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka. Aku doakan semoga Ana membesar menjadi anak soleha dan menjadi antara asbab ayah dan ibu masuk ke syurga.

Sekadar informasi, penyanyi itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga pengacara terkenal, Nabil Mahir, pada 1 Januari lalu.

With Love

Papaglamz

-sekian-

Fikri Ibrahim Dan Farah Nabilah Dalam Drama Terbaru CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK

Fikri Ibrahim Dan Farah Nabilah Dalam Drama Terbaru CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK

Assalamualaikum semua. Buat peminat pemenang artis baru popular Farah Nabilah jangan ketinggalan untuk menonton drama terbaru lakonan beliau yang bertajuk Cik Reen & Encik Ngok Ngek. bersiaran mulai 1 Oktober 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.


Dalam drama ini, Farah akan bergandingan bersama Fikri Ibrahim masing-masing memegang watak utama. Selain Farah dan Fikri, terdapat juga pelakon lain yang menjayakan drama ini.

Senarai pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek


Farah Nabilah sebagai Azreen

Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Iswan Ismail sebagai Iman

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Sinopsis Drama drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.

What?

Kahwin??

Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)

What the hell?

Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!

Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.

Zaza?

Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.

Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”

Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.

Selamat menonton.!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com