Aku tak sangka yang aku masih lagi terkesan dengan drama yang baru sahaja tamat di Astro, "Andai Tiada Dia". Ya, walaupun drama ni dah habis, hati aku masih belum move on. Drama ini memang viral, dan aku pasti ramai yang seperti aku, masih terkenang-kenang setiap babak dalam cerita ini.
Drama ini betul-betul menyentuh hati. Watak-watak seperti Suri, Falah, dan yang lain-lain seakan hidup di depan mata. Aku rasa penonton betul-betul merasakan penderitaan, cinta, dan kesedihan yang mereka alami. Yang paling aku tak boleh lupakan, sudah tentu babak di mana Falah meninggal dunia akibat kanser. Rasa hiba dan sebak tu masih menghantui aku. Suri, watak yang penuh dengan dugaan, seolah-olah tak diberi peluang untuk bahagia. Dari suami pertama yang curang dengan adik kandung sendiri, hinggalah kepada Falah, suami kedua yang sangat penyayang tetapi pergi meninggalkannya terlalu cepat.
Adaptasi novel asal |
Aku rasa, kekuatan drama "Andai Tiada Dia" terletak pada jalan ceritanya yang sangat dekat dengan realiti kehidupan. Ia memaparkan konflik keluarga, pengkhianatan, kesetiaan, cinta sejati, dan pengorbanan yang membuatkan kita merenung kembali apa yang benar-benar penting dalam hidup. Setiap dialog dan ekspresi pelakon, terutamanya ketika babak sedih, betul-betul menusuk jiwa. Aku rasa, semua pelakon memberikan persembahan yang luar biasa. Tak hairanlah kenapa drama ini begitu viral.
Babak yang paling memberi kesan pada aku ialah ketika Suri terpaksa menerima hakikat kehilangan Falah. Cinta mereka yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang diuji dengan cara yang sangat menyakitkan. Aku kagum dengan kekuatan Suri, tetapi dalam masa yang sama, aku rasa kesakitannya seperti milik aku juga (tibeeeeeeee. Hahaha). Aku rasa, itulah sebabnya aku tak boleh move on lagi. Drama ini mengajar aku tentang keperitan hidup, tetapi dalam masa yang sama, ia juga mengingatkan kita tentang keindahan cinta sejati dan keperluan untuk menghargai setiap momen bersama orang tersayang.
Baca juga - Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!
Bagi korang yang belum menonton "Andai Tiada Dia", aku sarankan untuk tengok drama ni. Tapi hati-hati, korang kena bersedia dengan tisu sebab air mata pasti akan mengalir. Dan bagi yang sama macam aku, masih belum move on, mari kita sama-sama kenang kembali kisah-kisah indah dalam drama ini. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, kita akan belajar untuk menerima kesudahan cerita ini dengan lebih tenang.
"Andai Tiada Dia" bukan sekadar sebuah drama; ia adalah sebuah pengalaman emosi yang akan terus hidup dalam hati penontonnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan drama ini. Kalian telah memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada kami, penonton setia.
Jadi, korang ada tak pengalaman yang sama? Masih belum move on dengan drama ni? Jom kongsi cerita korang dengan aku!
Enjoy...!!!
baru layan malam semalam..2 ep terakhir, memang sedu sedan la dibuatnya kannn
BalasPadamKannn. Ummi nazeera blh la dapat tittle ratu air mata. sikit2 berair mata. hahaha
Padam