Ada satu perkara yang aku percaya, rumah yang kemas bukan sahaja sedap mata memandang, tapi juga beri ketenangan hati. Jadi, bila keadaan rumah mula berselerak dengan mainan, habuk halus di sudut, dan meja yang penuh dengan barangan entah dari mana, sudah tiba masanya untuk sesi "reset rumah".
Kita mulakan dengan tugas yang paling mudah iaitu mengemas main table. Meja ini umpama "zon bebas" bagi anak-anak. Itulah tempat makan, buat kerja sekolah, tempat aku bukak laptop dan macam-macam lagi, jadi macam-macam benda boleh muncul di situ. Alat tulis, lego, dan berbagai lagi.
Tak sampai 10 minit, meja itu kembali bersih, seperti baru keluar dari katalog IKEA. Kitorang tersenyum bangga melihat hasil kerja masing-masing.
Seterusnya, giliran menyapu. Anak aku Husna bab menyapu ni die macam boleh harap sikit. Jadi, si kakak Imtiyaz aku suruh pungut-barang-barang yang berteraburan atas lantai. Aku pula tolong menyapu di sudut-sudut yang sukar dijangkau. Dalam 15 minit, setel semua runag kat rumah aku ni. Alhamdulillah.
Bila semua dah siap, kami bertiga berdiri di tengah ruang tamu, menghela nafas puas hati sambil pandang sekeliling. Rumah terasa lebih segar, lebih lapang, dan lebih sedap mata memandang.
Kadang-kadang, sesi reset rumah macam ni bukan sahaja tentang mengemas ruang, tetapi juga tentang menyusun semula tenaga dan mood kami sekeluarga. Rumah kemas, hati pun rasa lapang. Alhamdulillah, misi hari ini tercapai!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan