28.12.24

Lukisan Keluarga Paling Comel: Hadiah Istimewa dari Husna

Hari ini, aku ingin abadikan satu kenangan manis yang dihasilkan oleh anak kedua aku, Husna. Dia melukis satu gambar keluarga kami yang sangat comel dan penuh makna. Dalam lukisan ini, ada aku sebagai ayah, isteri aku sebagai ibu, kakak sulung Imtiyaz, Husna sendiri, dan si bongsu Solehah. Semua anak aku adalah perempuan, dan setiap mereka ada keistimewaan masing-masing, tapi Husna lain macam sikit. Biasa la orang kata anak nombor dua ni Hebat...!!!

Apa yang buat aku tersentuh ialah Husna melukis dirinya sendiri dengan baju yang sama warna dengan aku. Ini seolah-olah menggambarkan betapa rapatnya hubungan kami berdua (padahal aku selalu je marah-marah kat die. Hehehe). Husna memang seorang anak yang suka ikut apa yang aku buat, malah dia sangat admire aku. Kalau ada sesuatu yang aku lakukan, dia akan cuba meniru, bukan kerana terpaksa, tapi kerana dia betul-betul nak jadi seperti aku. Pernah tu aku beli almari yang kene pasang sendiri, die pun sebok nak tolong aku buat sama-sama.

Dan dalam keluarga kami, Husna sering jadi teman setia aku. Kalau kami keluar berjalan atau pergi bercuti, dia mesti nak duduk kat kerusi depan sebelah aku. Kakak dan adiknya selalunya duduk di belakang, tapi Husna, dia sentiasa di depan, menemani aku memandu sambil berbual atau menikmati pemandangan. Sampai la die tertidur. Hihihi

Baca juga - Seronoknya Buat Kek Coklat dengan Anak-anak

Lukisan ini bukan sekadar coretan biasa. Ia penuh dengan makna dan menunjukkan cara Husna melihat kami sebagai sebuah keluarga. Walaupun dia masih kecil, lukisan ini menggambarkan betapa dia memahami keakraban dan kasih sayang yang ada dalam keluarga kami.

Terima kasih, Husna, untuk hadiah yang comel ini. Bila kamu semua dah besar nanti, lukisan ini akan jadi satu kenangan berharga yang akan kita kenang bersama. 😊

Enjoy...!!!

4 ulasan:

  1. Pandainya Husna melukis
    Anak no 2 memang unik dan boleh tahan panjang akal juga hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. kadang unexpected jugak kadar kepanjangan akal die tu... hihiihh

      Padam
  2. Ya.. Itulah tu, anak no 2 saya pun menguji kesabaran jugak.. Tapi, kalau kena gayanya.. Dia lah paling ringan tulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya allah.. betul tu. dalam pada menguji kesabaran tu, dia antara yang terpaling mudah untuk diminta tolong.

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com