18.12.24

Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Pada 29 dan 30 November 2024, department tempat aku kerja mengadakan aktiviti team building di Manggala Resort, Kuantan. Program kali ini melibatkan dua pasukan utama, iaitu team Quality (yang termasuk lab team) dan Quality Management team dan ade beberapa dari Product Safety. Suasana cukup meriah, dan sepanjang dua hari itu, kami bukan sahaja berpeluh habis tetapi juga penuh dengan gelak ketawa.

Hari Pertama: Jumaat Petang yang Meriah dan Penat

Kami semua mula berkumpul di resort pada jam 3 petang. Selepas sesi taklimat ringkas, aktiviti pertama pun bermula iaitu telematch! Wah, ini memang cabaran yang tak boleh dilupakan. Ada pelbagai permainan yang menguji stamina dan kreativiti, seperti lari dalam guni, makan biskut tanpa tangan, dan beberapa lagi cabaran pelik yang menggamit memori. Walaupun rasa macam nak pengsan sebab penat, semangat pasukan tetap kuat. Hasilnya, team aku berjaya meraih tempat kedua! Memang bangga habis, walaupun badan dah rasa macam nak tumbang.  



Habis telematch, lebih kurang pukul 5.30 petang, kami check-in ke bilik masing-masing. Perkara pertama yang semua orang buat? Mandi swimming pool ramai-ramai. Istimewanya di Manggala Resort ni, setiap bilik ada private pool, jadi memang rasa eksklusif betul. Suasana santai sambil lepak dengan teammates buat semua penat tadi rasa berbaloi.

Malam: Dinner Ala Kain Sarung

Bila malam menjelma, kami berkumpul untuk makan malam. Tema kali ini santai habis. Semua kena pakai kain sarung. Aku pula pilih gaya “pak cik baru balik masjid” berkain pelikat, T-shirt putih, dan kopiah. Serius, gaya ni memang santai habis! Tapi bila sampai bab makan malam... No komen. Tibaaaa! Hahaha. Tak apalah, yang penting suasana. 


Lepas makan, kami sambung dengan satu permainan yang spontan. Namanya lebih kurang macam Werewolf "Nightmare in Prison". Kalau nak diikutkan, permainan ni macam kita kan berteka-teki antara satu sama lain dan strategi, ada elemen mencari “wolf” dalam kalangan kami. Bayangkan, kami main sampai pukul 2 pagi! Memang highlight malam tu. Gelak ketawa, debat, dan “accuse” sesama sendiri buat semua orang lupa penat. Aku rasa permainan ni akan jadi memori paling best untuk team building kali ni.


Hari Kedua: Top Team Challenge dan Closing

Keesokan paginya, selepas sarapan, kami teruskan dengan aktiviti Top Team Challenge, ala-ala latihan kepimpinan. Salah satu aktiviti menarik dalam cabaran ini adalah permainan LEGO Serious Play. Kami diberikan satu set LEGO dan diminta untuk membina model yang menggambarkan visi atau kekuatan pasukan kami. Aktiviti ni memang lain daripada yang lain! Sepanjang sesi, semua orang sibuk menyusun blok LEGO, memberikan idea kreatif, dan cuba menyampaikan mesej melalui binaan masing-masing. Sesi cabaran berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebelum pulang, kami sempat ambil gambar kenangan beramai-ramai sebagai tanda perpisahan dari program yang penuh memori ini.



Tamatlah BPC SHQ Team Building 2024

Walaupun hanya dua hari, pengalaman di Manggala Resort ni memang meninggalkan kenangan tersendiri. Dari telematch yang memenatkan, mandi pool yang eksklusif, dinner ala santai, hingga ke highlight permainan tengah malam, semuanya buat kami rasa lebih erat sebagai sebuah keluarga SHQ (tibaaaaaa). Balik dari team building, kepala penuh dengan memori seronok dan badan penuh dengan semangat baru untuk terus maju bersama-sama. Gittuuuuuuuuuuuuuuu. Hahahahah.

Ok la. Enjoy..!!! Babai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © 2025. Designed by MaisarahSidi.com