Kadang-kadang, bila datang rasa malas masak, makan kat luar jadi pilihan terbaik. Baru-baru ni, aku dan keluarga buat keputusan nak makan malam kat Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kalau korang orang Kuantan atau pernah ke sini, mesti tahu tempat ni popular dengan makanan laut segar yang lazat.
Sebagai penduduk Kuantan selama 12 tahun, Ana Ikan Bakar Petai ni memang antara tempat makan yang aku kerap pergi. Kalau family aku dari Johor datang melawat, tempat ni mesti masuk dalam senarai restoran yang aku cadangkan. Masakan dia sesuai dengan tekak kami, dan setiap kali makan kat sini, memang puas hati.
Setiap kali datang, ada beberapa menu yang memang tak pernah kami skip. Ikan siakap bakar petai jadi menu wajib nombor satu. Paduan rasa pedas, manis, dan aroma petai memang padu! Selain tu, ada juga:
- Ketam telur masin – lemak, berkrim, dan penuh rasa.
- Sotong celup tepung – rangup di luar, lembut di dalam.
- Kailan ikan masin – pelengkap hidangan yang seimbang.
- Kadang-kadang, kami tambah lala masak sambal untuk variasi.
Setiap hidangan di sini memang sesuai untuk makan ramai-ramai.
Satu lagi sebab kenapa aku suka makan kat sini ialah fasiliti dia yang lengkap. Ada tandas dan surau yang selesa, jadi tak perlu risau kalau datang waktu maghrib. Bagi yang datang dengan anak kecil, ada juga taman permainan yang buat anak-anak seronok sambil kita makan dengan tenang.
Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik
Ana Ikan Bakar Petai ni terletak di kawasan Tanjung Lumpur, tak jauh dari bandar Kuantan. Kalau datang waktu puncak, terutama hujung minggu atau cuti sekolah, mungkin kena bersabar sikit sebab ramai orang. Tapi percayalah, makanan dia memang berbaloi dengan masa menunggu.
Baca juga - Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment
Jadi, kalau korang datang Kuantan dan nak cari tempat makan seafood yang sedap dan santai, aku sangat cadangkan Ana Ikan Bakar Petai. Rasa makanan dia memang tak pernah mengecewakan, sesuai untuk semua peringkat umur. Jangan lupa order menu wajib aku ya! 😄
Selamat menjamu selera!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan