Hari ini ada berita baik yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuklah aku sendiri. Alhamdulillah, untuk tahun 2024, ASB telah mengumumkan dividen sebanyak 5.75%. Berita ni memang menggembirakan, terutama bagi kita yang jadikan ASB sebagai salah satu instrumen simpanan jangka panjang.
Dividen ASB 2024: Antara Yang Tertinggi
Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni, kadar 5.75% ni boleh dikatakan antara yang kompetitif. Lagi-lagi untuk kategori pelaburan low-risk macam ASB ni. Sebagai seorang pelabur kecil-kecilan, aku bersyukur sangat dengan apa sahaja rezeki yang diterima. Betullah orang kata, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."
Menyimpan Dengan ASB Financing di Maybank
Macam yang aku pernah cerita dalam artikel sebelum ni (baca disini - Dividen ASB 2024: Berapa Agaknya?), aku gunakan ASB Financing melalui Maybank. Cara ni sangat membantu aku untuk buat simpanan secara konsisten dan lebih teratur. Setiap kali ASB umumkan dividen, aku akan kira semula keuntungan dan rasa bersyukur atas apa yang aku terima. Memang cara ni sesuai untuk mereka yang nak melabur sambil pastikan disiplin kewangan tetap terjaga.
Alhamdulillah, Teruskan Untuk Tahun Depan
Dengan kadar dividen macam ni, semangat aku untuk terus menyimpan dalam ASB makin bertambah. Pelaburan ni mungkin tak janji pulangan yang "wow" macam pelaburan berisiko tinggi, tapi untuk kita yang cari kestabilan, ASB memang pilihan terbaik. Tambah pula, ia sesuai untuk pelan jangka panjang macam pendidikan anak-anak atau persaraan.
Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024
Akhir kata, kepada semua pelabur ASB, tahniah dan syabas atas simpanan korang. Ingat, setiap rezeki tu ada barakahnya. Jom kita terus menyimpan dengan disiplin dan niat yang baik.
Apa pendapat korang tentang kadar dividen ASB tahun ni? Korang puas hati tak? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen! 😊
Tag: dividen ASB 2024, kadar dividen ASB, ASB Maybank, pelaburan low-risk
Enjoy...!!!
Alhamdulillah
BalasPadamalhamdulillah. :-)
Padam