23.12.24

Balik Kampung ke Pasir Gudang dan Kejutan Tol Percuma

Cuti hujung tahun memang waktu terbaik untuk luangkan masa bersama keluarga. Kali ni, aku balik kampung ke Johor dan atur masa untuk ziarah rumah mertua di Batu Pahat, lepas tu singgah jenguk mak aku yang sedang berada di rumah kakak aku di Pasir Gudang. Bila dah ada dua tempat yang nak dilawati, kenalah bahagi masa sebaiknya – 3 hari di rumah mertua, selebihnya di rumah kakak aku.

Perjalanan dari Batu Pahat ke Pasir Gudang

Aku bertolak petang Isnin dari Batu Pahat ke Pasir Gudang. Perjalanan ni melalui Lebuhraya PLUS, yang aku jarang guna sebab biasanya aku tinggal di Kuantan. Bila balik kampung, laluan aku tak melibatkan lebuh raya. Tapi kali ni lain sikit ceritanya.

Masa masuk tol, aku rasa pelik. Dah beberapa plaza tol aku lalu, tapi baki kad Touch 'n Go aku tak berkurang. Mulanya aku ingat ada masalah teknikal atau mungkin kad aku rosak. Tapi bila sampai rumah kakak aku dan sembang-sembang, barulah aku tahu – rupa-rupanya ada promo tol percuma sempena cuti hujung tahun ni! Serius, aku memang tak perasan sebab jarang ikut perkembangan berita lebuh raya.

Tol Percuma Sampai 2 Januari 2025

Ya, betul. PLUS sedang menawarkan tol percuma sehingga 2 Januari 2025 untuk laluan tertentu. Jadi, kalau korang ada rancangan nak berjalan jauh atau balik kampung, ini masa terbaik untuk jimat duit tol. Tapi ada satu cabarannya – bila tol percuma, jalan jadi lebih sesak. Kena bersedia mental sikit untuk hadap traffic jam, tapi aku rasa berbaloi sebab dapat jimat kos perjalanan.

Baca Juga - Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

Sampai Rumah Kakak

Sampai je rumah kakak aku di Pasir Gudang, aku terus dapat pelukan mesra dari mak. Seronok tengok wajah mak yang gembira, lebih-lebih lagi bila keluarga dapat berkumpul. Duduk di ruang tamu, sembang tentang macam-macam, dari cerita kampung, resepi makanan, sampai ke cerita tol percuma tadi. Kakak aku siap cakap, "Kalau tahu awal-awal, boleh la plan pergi bercuti jauh sikit." Hahaha!

Tips untuk Korang

Buat yang nak manfaatkan tol percuma ni, aku cadangkan:

  1. Periksa Waktu Puncak: Elak keluar waktu puncak untuk kurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan.
  2. Topup Kad Touch 'n Go: Walaupun tol percuma, sentiasa sediakan baki mencukupi sebab ada kemungkinan promosi berakhir lebih awal untuk sesetengah laluan.
  3. Rancang Perjalanan: Kalau boleh, pilih waktu bergerak yang lebih tenang seperti pagi atau lewat malam.
Cuti hujung tahun memang waktu terbaik untuk melawat keluarga. Walaupun perjalanan dari Batu Pahat ke Pasir Gudang agak panjang dan sedikit mencabar dengan kesesakan jalan, kehadiran tol percuma ni memang membantu kurangkan kos. Bagi korang yang nak berjalan, jangan lepaskan peluang untuk nikmati tol percuma ni sebelum 2 Januari 2025. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung! 😊

Enjoy...!!!

2 ulasan:

  1. Selalu berbaloi kalau orang nak balik selatan dan utara, kalau membe yang balik pantai timur.. Diorg tak kisah sgt pun psal tol percuma nie..hihihi...sebab tol caj sikit je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. sbb tu saya pun mcm tak perasan tentang tol percuma ni. bila bekerja di pantai timur, tak memerlukan saya untuk membayar sebarang tol.

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com