16.12.24

Kos Haji 2025 Tabung Haji

Pagi tadi, aku tengah scroll telefon. Bosan-bosan, aku terfikir nak cari info pasal kos haji untuk tahun 2025. Aku pun buka Google, taip "Kos Haji 2025 Tabung Haji." Hasil carian terus keluar, aku klik link rasmi Tabung Haji ni: [Kos Haji dan Bayaran].

Bila tengok angka yang tertera, aku tergamam. Total kos haji tahun 2025 ialah RM33,000 seorang! Aku terus teringat cerita mak dan bapak aku. Mereka pergi haji tahun 2003. Masa tu, kos haji tak sampai pun RM10,000 seorang. Tapi sekarang? Kosnya dah jauh berbeza.  

Namun, aku baca lagi maklumat di laman tu. Rupanya, kerajaan Malaysia masih meneruskan bantuan subsidi untuk golongan tertentu. Untuk golongan B40, mereka hanya perlu bayar RM15,000. Golongan M40 pula dapat subsidi yang lebih rendah, jadi mereka perlu bayar RM25,500, manakala golongan T20 kena tanggung kos penuh sebanyak RM33,000. Aku rasa bersyukur sikit bila tahu ada subsidi ni, terutama untuk golongan yang kurang mampu. Tapi tetaplah, kos ini bukan kecil.

Aku termenung sekejap. Rasa macam nak kembali ke zaman mak dan bapak aku dulu, zaman harga barang dan kos hidup jauh lebih murah. Tapi inilah realiti kita sekarang. Apa lagi boleh buat selain bersabar, terus berusaha, dan pandai urus kewangan?

Dalam hati aku doa, “Ya Allah, permudahkanlah rezeki dan peluang untuk aku dan keluarga pergi haji satu hari nanti. Janganlah jadikan kos sebagai penghalang kami menunaikan panggilan-Mu.”

Jom sama-sama tekad nak mula simpan lebih konsisten lepas ni. Walaupun kos tinggi, aku tahu pengalaman menunaikan haji tak ternilai harganya. Zaman boleh berubah, tapi niat kita untuk ibadah kena kekal kuat.

Insyallah..!!

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com