Baca juga

Farewell Team Aroma Lab โ€“ Terima Kasih Untuk Segalanya

Farewell Team Aroma Lab – Terima Kasih Untuk Segalanya

Dalam setiap tempat kerja, mesti akan ada orang yang datang, ada yang pergi. Ada yang kita kenal sekejap, ada yang sempat jadi kawan rapat, dan ada juga yang tanpa kita sedar dah jadi sebahagian daripada rutin kerja kita setiap hari.

Kali ni, Aroma Lab pula kena lalui satu lagi fasa perpisahan.



Empat orang sample taker kami yang bekerja secara kontrak akan menamatkan perkhidmatan bersama team Aroma Lab. Jadi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri, kami sempat buat sedikit makan-makan dan farewell kecil-kecilan di office.

Tak ada majlis besar pun. Sekadar makan bersama, ambil gambar, sembang-sembang dan paling penting… tinggalkan sedikit kenangan sebelum masing-masing melangkah ke tempat baru. ๐Ÿ˜Š

Pali – Rezeki Dah Sampai Dulu

Untuk Pali, kami celebrate awal sedikit.

Bukan sebab nak cepat-cepat halau dia, hahaha. Tapi sebab rezeki dia dah sampai dulu. Pali dah dapat peluang pekerjaan di tempat lain, jadi dia perlu meninggalkan kami lebih awal daripada tiga orang lagi.

Alhamdulillah, walaupun sedih nak berpisah, kami semua tumpang gembira dengan rezeki yang dia dapat.

Semoga tempat baru nanti memberikan suasana kerja yang lebih baik, rezeki yang lebih luas dan peluang untuk dia terus berkembang.

Good luck Pali! Jangan lupa team Aroma Lab.


Izham, Farid & Rafiuddin

Untuk Izham, Farid dan Rafiuddin pula, kami sempat buat farewell bersama-sama di office.

Tiga orang ni masih sempat bersama team untuk beberapa ketika sebelum kontrak mereka tamat.

Bila dah lama bekerja sama, walaupun mungkin hubungan kita bermula sekadar sebagai rakan sekerja, lama-lama dah jadi macam satu keluarga kecil di tempat kerja.

Setiap hari jumpa.

Sama-sama masuk kerja.

Sama-sama kejar sample.

Sama-sama sibuk bila workload banyak.

Sama-sama mengeluh bila kerja tak habis-habis.

Dan kadang-kadang sama-sama gelak atas benda yang entah apa-apa.

Benda-benda macam ni lah yang nanti bila masing-masing dah tak ada, kita akan mula rasa kehilangan.

Sebab tu walaupun farewell ni ringkas, kami cuba abadikan sedikit kenangan bersama. Ada gambar formal, ada gambar posing, dan mestilah ada gambar yang tak berapa formal.

Terima Kasih, Guys!

Untuk Pali, Izham, Farid dan Rafiuddin…

Terima kasih atas segala jasa, bantuan dan kerjasama sepanjang bersama Team Aroma Lab.

Mungkin tempoh kita bekerja bersama tidaklah terlalu lama, tapi setiap orang yang pernah menjadi sebahagian daripada team tetap meninggalkan cerita dan kenangan masing-masing.

Apa yang paling penting, jangan anggap perpisahan ni sebagai pengakhiran.

Ini cuma satu lagi permulaan.

Lepas ni masing-masing akan masuk ke tempat baru, jumpa orang baru, belajar benda baru dan mungkin dapat peluang yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

Semoga Allah permudahkan setiap langkah kalian.

Semoga dipanjangkan rezeki, diberikan pekerjaan yang baik, dipertemukan dengan rakan-rakan kerja yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kalau ada yang tengah mencari kerja, semoga dipercepatkan dapat kerja.

Kalau dah dapat kerja baru, semoga dipermudahkan untuk menyesuaikan diri.

Dan kalau dah jumpa tempat yang lebih baik, semoga terus maju dan berjaya di sana.

Apa pun, all the best guys!

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita Team Aroma Lab.

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, bukan sebagai bekas colleague…

Tetapi sebagai kawan.

Good luck Pali, Izham, Farid & Rafiuddin!

Satu team, satu kenangan. 

Sekian...!!!

Hari Sukan SK Beserah 2026

Hari Sukan SK Beserah 2026

Tanggal 11 April 2026, berlangsung hari kemuncak sukan dan olahraga di Sekolah Kebangsaan Beserah. Tapi sebenarnya, kemeriahan hari sukan ni bukan bermula pada hari tu saja. Seminggu sebelum tu lagi dah mula dengan sukan tara dan beberapa acara yang dah dijalankan lebih awal. Suasana memang dah terasa awal-awal lagi. Budak-budak excited, cikgu-cikgu sibuk, ibu bapa pun sama-sama ambil tahu perkembangan.

Rumah merah


Rumah hijau

Rumah kuning

Rumah biru

Untuk anak aku, Husna, memang minggu tu jadi minggu dia. Dalam acara yang dia join, dia berjaya dapat johan lompat jauh dan naib johan lompat tinggi. Sebagai ayah, memang rasa bangga tengok usaha dia. Dari latihan sampai hari kejadian, semua tu hasil usaha dia sendiri. Masa hari kemuncak pula, Husna join perbarisan rumah sukan, tunjuk semangat berpasukan dan disiplin.

Si kakak, Imtiyaz, pula lain ceritanya. Dia tak turun bertanding, tapi dia ada peranan sendiri jadi runner bantu cikgu. Dari urus barang sampai bantu cikgu sana sini, semua tu pengalaman yang bagus untuk dia. Kadang peranan kecil macam ni lah yang sebenarnya besar nilainya.

Kalau nak cerita paling sibuk… memang isteri aku la. Sebagai cikgu rumah sukan, memang tak duduk diam. Urus murid, urus acara, pastikan semua berjalan lancar. Sehari sebelum hari kemuncak lagi dah nampak kesibukan tu. Cikgu-cikgu sibuk menghias khemah, buat latihan perbarisan, dan siapkan semua persiapan. Memang penuh dengan teamwork.

Husna dengan costume perbarisan rumah sukan dia

Replika TV kat pintu gerbang rumah sukan

Aku pula? Tukang bagi support je. Tapi turun padang juga. Datang tengok anak-anak beraksi, especially Husna masa perbarisan. Dalam masa sama, aku kena jaga si kecik Solehah yang darjah satu tu. Biasalah, bini tengah bertugas, jadi aku la ambil alih tugas jaga anak.

Sambil tengok acara, sambil pegang tangan anak, sambil jadi supporter tepi padang. Itu pun dah cukup buat aku rasa seronok.

Selain acara sukan, yang tak kurang menariknya… gerai jualan.

Yang ni memang bahagian wajib singgah.
Makanan, minuman, macam-macam ada.

Deretan gerai jualan
Memang kita serbu.
Datang hari sukan, tak sah kalau tak singgah gerai.

Ya, hari ni semua peranan tu nampak jelas. Ada yang bertanding, ada yang berbaris, ada yang membantu, ada yang mengurus. Dalam keluarga aku sendiri pun sama. Husna dengan pencapaian dia, Imtiyaz dengan peranan dia, isteri aku dengan tanggungjawab dia… dan aku sebagai penyokong setia.

Hari sukan ni bukan sekadar acara tahunan. Dia jadi satu moment untuk kita nampak usaha, semangat, dan kerjasama semua orang. Bila satu keluarga sama-sama terlibat, rasa dia memang lain macam.

Alhamdulillah untuk pengalaman hari sukan tahun ni.

Enjoy...!!!

SHQ Department Engagement & Raya Celebration - 2026

SHQ Department Engagement & Raya Celebration - 2026

Pada 16 April 2026, alang-alang dah masuk musim raya, kali ni program tahunan department kami pun dibuat sekali dengan Raya Celebration. Memang sekali harung la.

Program ni merupakan salah satu acara SHQ Department Engagement, kira macam perjumpaan tahunan untuk semua warga department. Bukan sekadar datang makan-makan, tapi memang ada agenda untuk kami duduk bersama, dengar perkembangan terkini dan tengok balik pencapaian department sepanjang tahun.

Lokasi kali ni memang cun. The Rhu Beach Resort.

Program dibuat selama sehari sahaja, tapi jadual memang agak padat. Kalau dah nama pun department engagement, mestilah ada sesi update, taklimat dan macam-macam aktiviti.

Dengar Update Company & Department

Antara perkara utama dalam program ni mestilah sesi perkongsian dan update daripada pihak company.

Kami dengar perkembangan terkini syarikat, hala tuju company, pencapaian yang telah dicapai dan juga perancangan untuk masa akan datang.

Lepas tu ada juga update daripada department masing-masing.

Antara yang menarik mestilah bila tengok balik KPI-KPI yang dah dicapai.

Kadang-kadang bila kita kerja hari-hari, kita sibuk dengan kerja masing-masing sampai tak sempat nak berhenti sekejap dan tengok sebenarnya sejauh mana kita dah bergerak.

Bila ada sesi macam ni, baru nampak gambaran yang lebih besar.

Apa yang dah berjaya dicapai, apa yang masih perlu diperbaiki dan apa pula yang perlu kita fokus selepas ni.

Kiranya bukan sekadar dengar taklimat, tapi boleh jadi satu sesi untuk kita reflect balik apa yang dah dibuat dan ke mana hala tuju kita selepas ni.

Tapi... Raya Tetap Raya!

Walaupun nama program ni Department Engagement, jangan ingat semua duduk dalam bilik dengar presentation sampai petang.

Yang paling wajib mestilah...

MAKAN...!!!



Alang-alang program dibuat dalam bulan raya, tema jamuan kali ni pun kita bawak sekali konsep sambutan Hari Raya.

Memang meriah la sikit.

Ada yang pakai baju Melayu, ada yang berbaju kurung, ada yang lengkap dengan samping, ada yang terus nampak macam nak pergi open house.

Makanan pun mestilah menjadi salah satu agenda utama.

Sebab kalau program department tak ada makan, macam tak lengkap pula rasanya. Hahaha!

Dengar taklimat boleh tahan.

Tengok KPI boleh.

Dengar hala tuju company pun boleh.

Tapi bila nampak meja makanan...

Fokus terus berubah. ๐Ÿคฃ

Masa Untuk Team Building

Selain sesi taklimat dan makan-makan, kami pun ada buat beberapa game secara berkumpulan.

Yang ni memang seronok.

Sebab masa kerja kita biasa jumpa colleague dalam suasana kerja. Kadang-kadang serius, kadang-kadang rushing, kadang-kadang masing-masing sibuk dengan task sendiri.

Bila masuk game macam ni, keluar pula perangai sebenar masing-masing. 

Ada yang tiba-tiba jadi ketua.

Ada yang tiba-tiba jadi pakar strategi.

Ada yang banyak bagi arahan.

Ada yang kerja dia cuma gelak. 

Tapi sebenarnya aktiviti macam ni bagus juga. Dapat rapatkan lagi hubungan antara satu sama lain dan pada masa yang sama, kita belajar macam mana nak bekerjasama sebagai satu team.

Dan akhirnya...

Tibalah masa untuk umumkan keputusan game.

Team aku pun duduklah dengan penuh debaran.

Tempat ketiga...

Bukan kami.

Tempat pertama...

Bukan juga kami.

Dan akhirnya...

TEAM KAMI DAPAT TEMPAT KEDUA!!!

WOWWWWW!!!

Boleh tahanlah tu.

Tak menang bukan bermaksud kalah. Hahaha!

Number 2 pun dah cukup untuk buat kami bangga.

Yang penting semua sporting dan enjoy sepanjang aktiviti berlangsung.

Secara keseluruhannya, memang best juga dapat buat program macam ni.

Dalam kesibukan kerja setiap hari, dapat luangkan satu hari bersama seluruh warga department memang satu pengalaman yang baik.

Dapat dengar update daripada company dan department, tengok pencapaian KPI, faham hala tuju yang akan datang, sambut Raya bersama-sama dan pada masa yang sama dapat bergelak ketawa dengan colleague.

Itulah sebenarnya tujuan engagement macam ni.

Bukan semata-mata nak keluar dari office.

Tapi nak reconnect dengan team, kenal colleague dengan lebih dekat dan sama-sama bergerak ke arah yang sama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SHQ Department Engagement & Raya Celebration kali ni.

Semoga apa yang dirancang untuk company dan department pada masa akan datang dipermudahkan.

Dan semoga kita semua terus dapat bekerja sebagai satu team, saling membantu dan mencapai KPI yang lebih baik.

Insyallah...

Sekian...!!!

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Birthday tahun ni simple je… tapi bermakna. Aku sendiri tak expect apa-apa pun sebenarnya. Tapi tiba-tiba isteri dan anak-anak buat surprise kecil-kecilan. Dapat hadiah yang memang praktikal, sport shoes, wallet, dan minyak wangi. Bila tengok kasut tu, dalam hati terus terfikir… macam ada mesej tersirat. Macam suruh aku rajin bersukan lagi la ni. Nak kena tambah lagi step, tambah lagi cardio nampaknya.

Honestly semua hadiah tu memang kena dengan aku. Kasut untuk aktiviti, wallet untuk kegunaan harian, dan minyak wangi bagi nampak segar sikit. Simple, tapi bermakna sebab datang dari orang-orang yang paling dekat. Kadang bukan nilai hadiah tu yang penting, tapi siapa yang bagi.

Sambung Celebration kat Secret Recipe

Tak cukup celebrate kat rumah, kami sambung pula keluar makan di Secret Recipe. Macam biasa, tempat ni memang jadi port tetap setiap kali ada celebration. Sebenarnya bukan apa pun… saja nak makan dan luangkan masa sama-sama.

Disebabkan birthday aku, aku dapat kuasa veto malam tu. Aku pilih kek carrot. Dan seperti dijangka… aku sorang je yang makan. Yang lain memang tak berapa suka kek tu. Tapi tak apa lah, birthday boy kan. Sekali sekala semua orang kena ikut pilihan aku.


Walaupun celebration simple, tapi moment tu yang buat aku rasa bersyukur. Dapat luang masa dengan isteri dan anak-anak, gelak ketawa, makan sama-sama. Itu sebenarnya hadiah paling besar.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada semua yang wish dan doakan aku sempena birthday ni. Semoga semua doa yang baik-baik tu kembali kepada korang juga.

Simple celebration, tapi penuh makna.
Alhamdulillah

Enjoy...!!!

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

Setiap kali musim result SPM tiba, memang timeline media sosial akan penuh dengan macam-macam cerita. Tahun ni, 31 Mac 2026 jadi tarikh yang ditunggu-tunggu. Ada yang share result sendiri, ada parent yang excited share result anak, dan tak kurang juga yang throwback result SPM masing-masing. Semalam petang aku pun sempat dengar sembang santai bersama Anas, sekali dengan Radio Zayyan. Topik pun terarah kepada throwback SPM. Ramai pendengar share result masing-masing, dan memang macam-macam kisah keluar. Ada yang straight A, ada yang struggle, ada yang cerita journey lepas SPM. Best dengar sebab semua orang ada cerita sendiri.

Pernah la dulu-dulu naik pentas amek sijil

Bila tengok semua orang share, aku pun teringat balik result aku. Honestly, result SPM aku tak lah sehebat mana. Ada A, ada B, dan ya… ada juga D. Dan D tu bukan subjek biasa. Bahasa Inggeris. Memang anak jawa sangat masa tu. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada, tapi masa tu memang terasa juga.

Sapa geng Aspura 2004-2005 SMTM angkat tangan

The only four guys dalam kelas aku

Chemistry Yang Tak Disangka

Dalam banyak-banyak subjek, ada satu yang aku still ingat sampai sekarang which is Chemistry. Aku dapat A. Dan jujur cakap, aku sendiri pun terkejut masa tu. Macam tak percaya boleh dapat result macam tu untuk subjek tu. Antara semua result yang aku dapat, yang ni paling unexpected.

Yang mencabar bila result keluar, D dalam Bahasa Inggeris tu jadi satu halangan besar. Time tu kebanyakan sistem nak apply matrik, maktab, pre-science… semua tak lepas. Sebab minimum requirement untuk BI masa tu kena C. Memang rasa down juga. Rasa macam banyak pintu tertutup. Masa tu memang terasa macam “eh macam mana ni nak sambung belajar?”

UiTM Tempat Bermula

Tapi dalam masa yang sama, ada satu pintu yang terbuka iaitu UiTM. Nasib baik UiTM sudi terima aku masa tu. Dari situ bermulalah journey aku. Aku sambung Diploma, dan lepas tu sambung Degree pun dekat UiTM juga. Dari satu langkah kecil, akhirnya jadi perjalanan yang panjang. Memang betul… UiTM di hatiku.

Bila fikir balik sekarang, memang menarik perjalanan tu. Masa SPM dulu aku sendiri tak sangka dapat A dalam Chemistry. Lepas tu aku sambung diploma dalam Microbiology. Masuk degree, aku masih blur sikit nak sambung dalam bidang biology atau chemistry. Tapi last-last aku pilih Analytical Chemistry. Dan sekarang… aku seorang chemist. Bila tengok balik, semua tu macam berkait walaupun masa awal dulu tak nampak jelas.

SPM Bukan Penamat

Kadang kita rasa result SPM tu penentu segalanya. Tapi sebenarnya, SPM hanyalah langkah pertama. Perjalanan sebenar bermula lepas tu. Ada yang straight A tapi jalan hidup dia lain, ada yang result biasa-biasa tapi berjaya dalam bidang sendiri. Yang penting bukan result semata-mata, tapi apa yang kita buat selepas itu.

Bila tengok balik perjalanan ni, aku cuma rasa bersyukur. Walaupun tak perfect, tapi setiap keputusan dan pengalaman tu bawa aku ke tempat sekarang. Dari seorang pelajar yang dapat D Bahasa Inggeris… ke seorang chemist hari ini. Sekarang hari-hari aku 'terpaksa' communicate dalam bahasa inggeris time kerja. Jadi untuk yang baru dapat result SPM tu, jangan terlalu risau. Ini baru permulaan.

Good luck for your journey...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com