Dalam setiap tempat kerja, mesti akan ada orang yang datang, ada yang pergi. Ada yang kita kenal sekejap, ada yang sempat jadi kawan rapat, dan ada juga yang tanpa kita sedar dah jadi sebahagian daripada rutin kerja kita setiap hari.
Kali ni, Aroma Lab pula kena lalui satu lagi fasa perpisahan.
Empat orang sample taker kami yang bekerja secara kontrak akan menamatkan perkhidmatan bersama team Aroma Lab. Jadi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri, kami sempat buat sedikit makan-makan dan farewell kecil-kecilan di office.
Tak ada majlis besar pun. Sekadar makan bersama, ambil gambar, sembang-sembang dan paling penting… tinggalkan sedikit kenangan sebelum masing-masing melangkah ke tempat baru. 😊
Pali – Rezeki Dah Sampai Dulu
Untuk Pali, kami celebrate awal sedikit.
Bukan sebab nak cepat-cepat halau dia, hahaha. Tapi sebab rezeki dia dah sampai dulu. Pali dah dapat peluang pekerjaan di tempat lain, jadi dia perlu meninggalkan kami lebih awal daripada tiga orang lagi.
Alhamdulillah, walaupun sedih nak berpisah, kami semua tumpang gembira dengan rezeki yang dia dapat.
Semoga tempat baru nanti memberikan suasana kerja yang lebih baik, rezeki yang lebih luas dan peluang untuk dia terus berkembang.
Good luck Pali! Jangan lupa team Aroma Lab.
Izham, Farid & Rafiuddin
Untuk Izham, Farid dan Rafiuddin pula, kami sempat buat farewell bersama-sama di office.
Tiga orang ni masih sempat bersama team untuk beberapa ketika sebelum kontrak mereka tamat.
Bila dah lama bekerja sama, walaupun mungkin hubungan kita bermula sekadar sebagai rakan sekerja, lama-lama dah jadi macam satu keluarga kecil di tempat kerja.
Setiap hari jumpa.
Sama-sama masuk kerja.
Sama-sama kejar sample.
Sama-sama sibuk bila workload banyak.
Sama-sama mengeluh bila kerja tak habis-habis.
Dan kadang-kadang sama-sama gelak atas benda yang entah apa-apa.
Benda-benda macam ni lah yang nanti bila masing-masing dah tak ada, kita akan mula rasa kehilangan.
Sebab tu walaupun farewell ni ringkas, kami cuba abadikan sedikit kenangan bersama. Ada gambar formal, ada gambar posing, dan mestilah ada gambar yang tak berapa formal.
Terima Kasih, Guys!
Untuk Pali, Izham, Farid dan Rafiuddin…
Terima kasih atas segala jasa, bantuan dan kerjasama sepanjang bersama Team Aroma Lab.
Mungkin tempoh kita bekerja bersama tidaklah terlalu lama, tapi setiap orang yang pernah menjadi sebahagian daripada team tetap meninggalkan cerita dan kenangan masing-masing.
Apa yang paling penting, jangan anggap perpisahan ni sebagai pengakhiran.
Ini cuma satu lagi permulaan.
Lepas ni masing-masing akan masuk ke tempat baru, jumpa orang baru, belajar benda baru dan mungkin dapat peluang yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.
Semoga Allah permudahkan setiap langkah kalian.
Semoga dipanjangkan rezeki, diberikan pekerjaan yang baik, dipertemukan dengan rakan-rakan kerja yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Kalau ada yang tengah mencari kerja, semoga dipercepatkan dapat kerja.
Kalau dah dapat kerja baru, semoga dipermudahkan untuk menyesuaikan diri.
Dan kalau dah jumpa tempat yang lebih baik, semoga terus maju dan berjaya di sana.
Apa pun, all the best guys!
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita Team Aroma Lab.
Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, bukan sebagai bekas colleague…
Tetapi sebagai kawan.
Good luck Pali, Izham, Farid & Rafiuddin!
Satu team, satu kenangan.
Sekian...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan