Baca juga

Terengganu Trip - July 2026

Terengganu Trip - July 2026

Ada satu trip ke Terengganu yang agak spontan tapi memang best.

Adik ipar aku sebenarnya ada rombongan bersama anak-anak murid dia ke Terengganu. Jadi kami pun ambil kesempatan join sekali. Diorang stay homestay sendiri, kami pula sewa homestay lain. Jadi bukanlah semua duduk satu rumah, tapi siang hari memang banyak aktiviti dibuat bersama.



Antara tempat yang kami sempat pergi ialah Masjid Kristal, beberapa pantai sekitar Terengganu dan tentunya Muzium Negeri Terengganu. Kalau dah sampai Terengganu, memang rugilah kalau tak singgah muzium. Banyak juga benda menarik tentang sejarah dan budaya negeri ni.



Yang paling wajib mestilah celup tepung! Duduk tepi pantai, makan panas-panas… memang ngam dengan suasana Terengganu.

Yang best sebenarnya bukan sangat pasal tempat yang kami pergi. Tapi sebab dapat jalan-jalan sekali dengan adik ipar, mak dan ayah mertua. Anak-anak pun dapat menikmati trip dengan keluarga dan suasana yang berbeza.

Kadang-kadang trip macam ni tak perlu pun dirancang terlalu complicated.

Simple, tapi seronok.

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Entah kenapa kan, bila nampak mee siput ni terus rasa macam balik zaman kecil. Dekat kampung memang antara makanan yang senang sangat nak jumpa. Kadang-kadang beli yang masih mentah, balik rumah goreng sendiri. Lagi best kalau makan dengan sambal tumis. Simple, tapi memang layan!


Tapi sekarang ni dah makin senang. Ada juga yang jual mee siput yang dah siap digoreng, siap dengan sambal sekali.

Memang konsep buka plastik, makan je. Tak perlu dah nak goreng mee siput, tak perlu nak buat sambal. Sesuai sangatlah untuk orang yang tiba-tiba rasa nak mengunyah sesuatu waktu petang.

Yang dalam gambar ni pun nampak macam sedap je. Mee siput tu rangup-rangup, kemudian ada sambal tumis sekali. Kalau dapat secawan kopi atau teh panas, memang boleh habis satu pek sambil sembang-sembang. 

Aku rasa mee siput ni antara makanan yang nampak biasa-biasa, tapi bila dah lama tak makan, boleh tiba-tiba craving.

Balik kampung → nampak mee siput → beli → makan.

Itulah rutin yang tak pernah mengecewakan. 

Ada tak geng yang sama macam aku? Balik kampung je mesti ad craving something.!

Enjoy...!!!

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Raya Haji tahun ni macam biasa, cuti pun tak adalah pergi mana-mana sangat. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Tapi bagi keluarga aku, Raya Haji memang ada satu aktiviti yang dah macam acara tahunan ibadah korban.



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku turut buat korban. Jadi pagi-pagi lagi dah mula sibuk dengan urusan melapah, memotong dan membahagikan daging. Suasana memang meriah. Yang dewasa buat kerja masing-masing, anak-anak pula sibuk tengok dan sesekali join membantu.

Kerja korban tu bukan kerja seorang dua. Ada yang melapah, ada yang memotong, ada yang menimbang dan membahagikan daging. Kaum ibu pula biasanya dah mula fikir, “Daging ni nak masak apa?”



Dan kalau dalam keluarga aku, bila dah ada daging korban ni, aku memang dah boleh agak apa tugas aku

Aku akan kena buat rendang daging. 

Entah macam mana, benda ni dah jadi macam job scope aku setiap tahun. Kalau ada daging, maka akan ada rendang. Tak boleh lari dah. Hahaha.


Biasanya daging yang dapat tu akan diasingkan , mana yang nak diberikan kepada keluarga, mana yang nak dimasak dan mana yang nak disimpan. Dan antara bahagian yang paling aku suka mestilah bila dah sampai masa untuk masak rendang.

Masak rendang ni bagi aku bukan sekadar masak. Ada proses dia. Kena tumis bahan, masukkan santan, masukkan daging dan kemudian kena tunggu sampai kuah tu betul-betul pekat dan naik minyak. Lagi lama dimasak, lagi sedap biasanya.

Yang paling best, bau rendang masa tengah masak tu satu rumah boleh tahu. 

“Eh, dah masak rendang ke?”

Belum siap lagi pun dah ada orang mula datang menjenguk periuk.

Itulah antara benda yang aku suka tentang Raya Haji. Tak semestinya kena keluar berjalan jauh atau buat aktiviti besar-besar. Kadang-kadang cukup dengan berkumpul dengan keluarga, buat korban sama-sama, bergotong-royong uruskan daging dan akhirnya makan ramai-ramai.

Dan untuk aku, selagi ada daging korban, selagi itulah tugas tahunan sebagai tukang rendang akan diteruskan. 

Raya Haji, daging korban dan rendang, memang combo wajib keluarga kami!

Enjoy...!!!

First Time Try Aiskrim Bingxue

First Time Try Aiskrim Bingxue

Baru-baru ni first time aku try aiskrim Bingxue. Tu pun sebab pergi dengan anak-anak saudara aku kat Pasir Gudang. Sebelum ni asyik nampak orang post je, tapi tak pernah berkesempatan nak cuba. Jadi bila dah ada peluang, kita cuba lah kan. 


Aku ambil yang mix matcha dengan krim. Rupanya boleh pilih nak satu flavour atau mix dua-dua sekali. Bagi aku, not bad lah! Aiskrim dia lembut, rasa pun sedap dan yang paling penting… saiz dia memang boleh tahan besar! 

Sampai kat Kuantan pula, aku gigih juga mencari outlet Bingxue. Rupanya ada satu je outlet yang aku jumpa. Hahaha! Nampaknya kalau craving Bingxue, kena tahu port dulu.

Overall, aku boleh kata puas hati lah untuk first try. Sedap, portion besar dan harga pun kira okay. Cuma bila dapat cone besar macam ni, nak habiskan tu memang satu cabaran juga. 

Lepas ni kalau lalu Bingxue, bolehlah singgah lagi. Tapi mungkin kena pilih saiz yang sesuai dengan kemampuan tekak sendiri. Hahaha!

Korang dah pernah try Bingxue? Flavour apa yang korang recommend? 

Enjoy...!!!

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

17 Mei merupakan tarikh lahir Imtiyaz. Tahun ni kami sambut secara simple-simple je. Tak ada plan besar pun, cuma ajak anak-anak keluar makan dan singgah di Secret Recipe. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga dan raikan hari istimewa Imtiyaz.


Mestilah birthday girl dapat kek juga. Kami pilih kek coklat, siap tulis ucapan atas pinggan. Nampak simple, tapi seronok tengok Imtiyaz happy bila dapat kek birthday dia. Lepas tu acara wajiblah… potong kek dan makan ramai-ramai. Hahaha!

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam Imtiyaz kecil, sekarang dah makin besar dan dah ada macam-macam cerita sendiri. Sebagai ayah, doa aku simple je. Semoga Imtiyaz sentiasa sihat, dipermudahkan urusan, rajin belajar, jadi anak yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Selamat hari lahir, Imtiyaz! Semoga panjang umur dan terus jadi anak yang membanggakan ayah dan mama.

Enjoy...!!!

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Birthday tahun ni simple je… tapi bermakna. Aku sendiri tak expect apa-apa pun sebenarnya. Tapi tiba-tiba isteri dan anak-anak buat surprise kecil-kecilan. Dapat hadiah yang memang praktikal, sport shoes, wallet, dan minyak wangi. Bila tengok kasut tu, dalam hati terus terfikir… macam ada mesej tersirat. Macam suruh aku rajin bersukan lagi la ni. Nak kena tambah lagi step, tambah lagi cardio nampaknya.

Honestly semua hadiah tu memang kena dengan aku. Kasut untuk aktiviti, wallet untuk kegunaan harian, dan minyak wangi bagi nampak segar sikit. Simple, tapi bermakna sebab datang dari orang-orang yang paling dekat. Kadang bukan nilai hadiah tu yang penting, tapi siapa yang bagi.

Sambung Celebration kat Secret Recipe

Tak cukup celebrate kat rumah, kami sambung pula keluar makan di Secret Recipe. Macam biasa, tempat ni memang jadi port tetap setiap kali ada celebration. Sebenarnya bukan apa pun… saja nak makan dan luangkan masa sama-sama.

Disebabkan birthday aku, aku dapat kuasa veto malam tu. Aku pilih kek carrot. Dan seperti dijangka… aku sorang je yang makan. Yang lain memang tak berapa suka kek tu. Tapi tak apa lah, birthday boy kan. Sekali sekala semua orang kena ikut pilihan aku.


Walaupun celebration simple, tapi moment tu yang buat aku rasa bersyukur. Dapat luang masa dengan isteri dan anak-anak, gelak ketawa, makan sama-sama. Itu sebenarnya hadiah paling besar.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada semua yang wish dan doakan aku sempena birthday ni. Semoga semua doa yang baik-baik tu kembali kepada korang juga.

Simple celebration, tapi penuh makna.
Alhamdulillah

Enjoy...!!!

#SempatRaya2026… Hidup Solo di Kuantan & Nasi Gepuk Jadi Penyelamat

#SempatRaya2026… Hidup Solo di Kuantan & Nasi Gepuk Jadi Penyelamat

Kalau dalam post sebelum ni aku ada cerita, raya first aku dah kena panggil masuk kerja. Jadi dari hari tu, aku terus gerak balik ke Kuantan dan bermulalah satu episod yang dah lama aku tak rasa iaitu duduk sorang-sorang. Anak bini semua tinggal kat kampung, aku je kat sini sambung kerja. Dari suasana raya yang meriah, tiba-tiba terus masuk mode sunyi. Memang terasa perubahan tu.

Penuh orang. Berderet order kat screen tu

Bila fikir balik, rasa macam dah lama gila aku tak duduk sorang macam ni. Last aku ingat mungkin sekitar tahun 2020. Lebih 5 tahun dah. Selama ni hidup sentiasa ada bunyi suara anak-anak, gelak ketawa, kadang gaduh kecil, suara orang rumah. Kali ni semua tu tak ada. Rumah jadi senyap. Mula-mula rasa ok, macam tenang sikit. Tapi lama-lama, sunyi tu mula terasa juga. Lain betul feeling dia. Tapi kita kan lelaki takde la nak merentan sangat kan hidup sunyi. Hahaha

Baca juga - Raya Tahun Ni Mode Standby - Antara Tanggungjawab & Syukur

Cabaran Besar Nak Makan Apa?

Yang paling mencabar sebenarnya bukan kerja, tapi nak fikir makan apa. Time raya ni memang susah sikit sebab banyak kedai tutup. Aku pun pusing-pusing area rumah, cari mana yang buka. Dalam kepala dah fikir, kalau tak jumpa, terpaksa la makan apa yang ada saja. Tapi nasib baik…

Tiba-tiba aku nampak satu kedai yang jadi penyelamat, Nasi Gepuk Pak Gembus. Ini je satu-satunya kedai nasi yang aku jumpa buka masa raya kedua kat area rumah aku. Memang tak fikir panjang, terus singgah. Tapi biasalah, bila satu je kedai buka, semua orang pun serbu tempat yang sama. Aku order, dan tunggu… hampir 45 minit baru dapat. Duduk je la tunggu dengan sabar. Nak buat macam mana, dah lapar.

Layan CU aiskirm dulu la sambil-sambil tunggu

Sebenarnya kedai fast food ada je buka. Tapi entah kenapa tak terasa nak makan. Malas. Nak nasi juga. Perut Melayu kan. Kalau tak makan nasi, rasa macam tak makan lagi. Jadi kita tahan je la tunggu nasi tu walaupun lama.


Nasi Gepuk Yang Tak Disangka

To be honest, selama ni aku selalu lalu kedai Nasi Gepuk ni tapi tak pernah pun rasa nak singgah. Kali ni sebab terdesak, kita singgah la. Aku order set A — nasi, ayam, ulam-ulam dan sambal. Part sambal tu aku pilih yang biasa pedas je. Itu pun dah pedas yang amat. Kalau aku ambil level 2 tu, tak tahu la apa yang jadi. Tapi overall, memang boleh makan.

Macam dapat goodies

Kotak pun cantik

Simple but nice

Nampak tak sambal die tu? Aku ni tahan pedas tau, tapi ni pun dah rasa pedas yang amat

Satu benda yang aku tak expect, bungkusan dia memang cantik dan kemas. First time tengok, aku terus perasan detail dia lain macam. Nampak kemas, rasa macam premium sikit walaupun takeaway. Part ni memang impressed.


Hidup Solo Sekejap

Seminggu duduk sorang ni memang satu pengalaman yang dah lama aku tak rasa. Sunyi tu memang ada, tapi dalam masa sama ada juga ruang untuk rehat dan buat benda ikut cara sendiri. Tapi jujur cakap, aku tetap lagi prefer rumah yang riuh dengan anak-anak. Itu baru rasa hidup.

Itulah kisah raya aku sambung di Kuantan. Dari suasana kampung yang meriah, terus ke rumah yang sunyi. Dari makan ramai-ramai, ke makan sorang sambil tengok phone. Apa pun, ini semua sebahagian dari perjalanan hidup. Kadang kita rasa sunyi, kadang kita rasa penuh. Tapi semua tu ada cerita dia. Nasib la… kita jalan je.

Enjoy...!!!

Potluck Iftar Dengan Member Office — Bila Semua Jadi Chef Sehari

Potluck Iftar Dengan Member Office — Bila Semua Jadi Chef Sehari

Dalam bulan Ramadhan ni, selain rutin sahur, kerja dan berbuka dengan family, ada juga satu aktiviti yang kami buat dengan member-member office. Kali ni kami buat potluck iftar. Tuan rumahnya bos aku sendiri, Yaakob. Lokasi di rumah beliau di KOTASAS Al-Rembayung. Tibaaaaa. Konsepnya simple je setiap orang kena masak sesuatu dan bawa. Bila semua sampai, meja makan terus bertukar jadi macam buffet mini.

Meriah.. Gambar sebelom balik

Sesi bungkus memungkus

Untuk potluck kali ni, aku ambil bawak siakap masak 3 rasa, telur dadar dan buah. Bab masak ikan tu aku serah kat bini aku la. Die power. Aku tolong sikit-sikit. Masak awal sikit supaya sempat siap sebelum bergerak ke rumah Yaakob. Biasalah bila masak untuk ramai orang ni, dalam kepala macam-macam soalan muncul. Cukup ke lauk ni? Sedap ke masakan ni? Orang makan ke nanti? Tapi yang penting bawa saja, nanti sama-sama makan.

Bila semua dah sampai, memang terasa meriah. Setiap orang datang dengan menu masing-masing. Ada yang bawa ayam goreng, ada daging black pepper, sup sayur, sambal udang petai, pucuk paku goreng belacan, keropok lekor, cocktail dan macam-macam lagi. Yaakob sebagai tuan rumah sediakan nasi putih, popia sira dan siput sedut masah lemak (main menu yang sangat wow). Meja makan malam tu memang penuh dengan lauk sampai rasa macam kenduri kecil.

Dan amek gambar ni je. Yang lain dah dimakan

Bila azan Maghrib berkumandang, semua terus ambil tempat untuk berbuka. Suasana dia santai saja. Tak formal, tak ada agenda berat. Masing-masing makan sambil sembang. Cerita kerja, cerita kehidupan, cerita macam-macam. Kadang-kadang gelak kuat sampai lupa seharian tadi tahan lapar.

Yang buat suasana lagi hidup sebenarnya anak-anak. Mula-mula datang tu semua agak malu-malu. Duduk dekat mak ayah masing-masing, tengok kawan-kawan dari jauh je. Tapi biasalah budak-budak, tak lama lepas tu dah mula kenal, hilang la malu tu. Lepas makan terus jadi geng. Ada yang kejar sana sini, ada yang berlari pusing halaman. Gelak ketawa tak berhenti. Bila keluar mercun, lagi lah seronok. Anak-anak main sama-sama dengan muka penuh excited.

Ni geng lari-lari. Awal-awal jumpa malu.

Lepas iftar, suasana malam tu macam terbahagi kepada dua kumpulan. Kat luar rumah, bapak-bapak yang terlebih excited dengan mercun. Ada yang jadi tukang pasang, ada yang bagi arahan, ada yang sekadar tengok sambil gelak. Kadang tengok gaya tu macam budak-budak pula yang paling seronok.

Mercun time



Kat dalam rumah pula suasana lain sikit. Mak-mak yang ada baby kecil kebanyakannya duduk dalam rumah saja. Sambil jaga anak, sambil borak-borak. Cerita pasal anak, sekolah, kehidupan harian dan macam-macam lagi. Di luar bunyi mercun dan gelak ketawa, di dalam pula sesi sembang santai mak-mak sambil jaga anak. Dua suasana yang berbeza tapi sama-sama meriah.

Dah surrender main mercun, masuk dalam pulak

Sekitar pukul 10.30 malam, masing-masing dah mula kemas-kemas. Mana-mana makanan yang masih ada kami bungkus bawa balik. Tak membazir. Ada yang bawa lauk, ada yang bawa kuih. Lepas tu masing-masing bergerak balik rumah.

Sesi bungkus membungkus


Last but not least

Kadang-kadang moment macam ni yang buat Ramadhan terasa lebih hidup. Bukan sekadar puasa dan kerja saja, tapi ada masa untuk berkumpul, makan sama-sama dan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Potluck yang simple, tapi dengan kemeriahan anak-anak, makanan yang pelbagai dan suasana santai… memang jadi satu malam yang sedap dikenang.

Enjoy...!!!

First & Last Masuk Bazar Ramadhan Tahun Ni

First & Last Masuk Bazar Ramadhan Tahun Ni

Aku ada satu pengumuman penting. Tahun ni aku dah masuk bazar Ramadhan sekali. Dan rasanya… itu juga kali pertama dan terakhir...

Godaan Bazar Ramadhan.....

Bazar Ramadhan ni memang bahaya sebenarnya.

Pergi dengan niat simple saja:

“Nak beli air je.”

Tapi bila sampai…

Nampak ayam percik.

Nampak murtabak.

Nampak kuih macam-macam.

Nampak air warna-warni yang kita sendiri tak tahu nama dia.

Perut lapar....

Mata pula lapar juga....

Akhirnya tangan pun ikut lapar....


Realiti Bila Bayar

Hari tu aku try masuk bazar dengan family aku.

Nak beli sikit-sikit saja sebenarnya.

Tak rasa macam beli banyak pun.

 Tapi.....

Sekali buat kira-kira semula…

Ha kau... RM80

Dalam kepala aku kira balik:

Kalau seorang RM20…

Darab 5 orang…

Memang logiklah RM80 tu.


Rancangan Asal Lari

Rancangan asal konon nak beli sikit je. Berbuka sederhana and jimat sikit. Tidak ya tuan-tuan....

Realiti di bazar.... air, kuih, lauk... tiba-tiba ada murtabak. Balik rumah tengok meja… Macam kenduri..!


Bazar Ramadhan Test Iman

Aku rasa bazar Ramadhan ni bukan sekadar tempat beli makanan. Ini sebenarnya tempat test iman dan disiplin kewangan. Masuk bazar waktu lapar memang bahaya. Semua nampak sedap. Semua rasa macam perlu.  

Padahal kalau tunggu 10 minit lagi, perut dah kenyang dengan dua benda saja.


Akhirnya Balik Kepada Masakan Rumah

Lagi satu sebab kenapa bazar tu mungkin jadi first dan last tahun ni… Sebenarnya aku dan anak-anak lebih suka makan apa saja yang isteri aku masak. Masakan rumah ni lain rasa dia. Walaupun tak fancy, tak viral. Tapi cukup sedap dan cukup buat semua orang kenyang. 

Kadang lauk simple saja pun dah cukup. Sambal, lauk goreng dan sup panas. 

Yang penting makan sama-sama satu meja.

Baca Juga - Breakfast Walk dengan Geng IKM Pahang @ Pantai Batu Penyu, Kuantan

Kesimpulan Ramadhan Kali Ini

Jadi lepas pengalaman RM80 tu, aku rasa…

Bazar Ramadhan tu bagus untuk sekali-sekala.

Tapi untuk kami sekeluarga, masakan rumah tetap nombor satu.

Lebih jimat.

Lebih tenang.

Dan paling penting… ada rasa rumah dalam setiap hidangan. 

Bazar mungkin meriah.

Tapi dapur rumah sendiri tetap paling menang.

Enjoy...!!!

Birthday Dhia Husna, Simple Celebration, Tapi Memori Besar

Birthday Dhia Husna, Simple Celebration, Tapi Memori Besar

Nak dijadikan cerita… birthday Dhia Husna bulan Januari hari tu.  

Tapi post dia keluar sekarang.

Lambat sikit tak apa… janji kenangan tak lupa. 🤣

Biasalah kehidupan kan. Kerja dan macam-macam hal.  

Akhirnya entry birthday pun jadi delayed publication.

Birthday girllll...

Birthday Girl Number 2

Dhia Husna, anak kedua aku.

Yang ada senyuman manja.  

Yang kadang lembut… kadang boleh tahan stubborn.  

Yang cepat excited bila dengar perkataan birthday.

Birthday anak-anak ni tak perlu grand pun sebenarnya.  

Asalkan ada kek, ada keluarga, dan ada moment yang buat dia rasa special.

Itu dah cukup.



Secret Recipe Lagi, Macam Dah Ada Membership

Kami celebrate simple saja.

Destinasi pilihan seperti biasa: Secret Recipe.

Aku rasa setiap kali birthday anak, mesti berakhir kat situ.  

Sampai rasa macam staff pun dah kenal muka.

Masuk je restoran, dalam kepala aku dah boleh agak:

👉 pilih kek  

👉 nyanyi lagu birthday versi malu-malu  

👉 sesi gambar yang tak pernah cukup sekali  

👉 anak happy, parents kenyang

Rutin yang sama… tapi tetap rasa seronok setiap kali.

Baca juga - Birthday Dhia Soleha ke-6: Simple Celebration, Big Happiness

Kegembiraan Yang Simple

Moment potong kek tu memang highlight.

Birthday girl senyum lebar.  

Ada rasa bangga kecil dalam diri dia.  

Macam tahu hari tu dunia bagi spotlight kat dia.

Benda simple macam ni yang nanti bila dia besar… mungkin dia akan ingat.

Bukan sebab kek mahal.  

Tapi sebab rasa diraikan.

Birthday Request Yang Tak Boleh Tolak

Lepas makan, Husna ada satu request.

Nak naik mini kereta 4 roda pusing-pusing Taman Tasik KOTASAS.

Birthday girl kan.  

Mana boleh tolak.

Jadi ayah pun terus jadi supporter, dan photographer sekali.

Dia naik dengan muka serious tapi excited.  

Pegang steering macam tengah drive balik kampung.

Aku tengok dari jauh sambil senyum.

Kadang kebahagiaan anak tu datang dari benda kecil yang kita rasa biasa.

Muka ada senyum

Moment Yang Ayah Simpan Dalam Hati

Tak ada majlis besar.  

Tak ada dekor grand.  

Tak ada crowd ramai.

Cuma keluarga.  

Kek sepotong.  

Dan mini kereta pusing tasik.

Tapi moment tu… priceless.

Sebab yang penting bukan betapa besar sambutan tu.  

Tapi betapa besar kegembiraan dalam hati anak.

Nota Untuk Masa Depan

Suatu hari nanti Dhia Husna akan membesar.

Mini kereta tu mungkin dah tak menarik lagi.  

Birthday mungkin jadi lebih simple.  

Atau mungkin dia dah ada dunia sendiri.

Tapi sebagai ayah, aku harap dia akan ingat…

pernah ada satu hari birthday yang simple,  

tapi penuh dengan perhatian, gelak ketawa, dan kasih sayang.

Happy Birthday Dhia Husna.  

Semoga membesar jadi anak yang baik, sihat, dan sentiasa membawa bahagia dalam keluarga.

Walaupun ayah lambat post…  

kasih sayang ayah tak pernah lambat.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com