Dalam bulan Ramadhan ni, selain rutin sahur, kerja dan berbuka dengan family, ada juga satu aktiviti yang kami buat dengan member-member office. Kali ni kami buat potluck iftar. Tuan rumahnya bos aku sendiri, Yaakob. Lokasi di rumah beliau di KOTASA Al-Rembayung. Tibaaaaa. Konsepnya simple je setiap orang kena masak sesuatu dan bawa. Bila semua sampai, meja makan terus bertukar jadi macam buffet mini.
| Meriah.. Gambar sebelom balik |
Untuk potluck kali ni, aku ambil bawak siakap masak 3 rasa, telur dadar dan buah. Bab masak ikan tu aku serah kat bini aku la. Die power. Aku tolong sikit-sikit. Masak awal sikit supaya sempat siap sebelum bergerak ke rumah Yaakob. Biasalah bila masak untuk ramai orang ni, dalam kepala macam-macam soalan muncul. Cukup ke lauk ni? Sedap ke masakan ni? Orang makan ke nanti? Tapi yang penting bawa saja, nanti sama-sama makan.
Bila semua dah sampai, memang terasa meriah. Setiap orang datang dengan menu masing-masing. Ada yang bawa ayam goreng, ada daging black pepper, sup sayur, sambal udang petai, pucuk paku goreng belacan, keropok lekor, cocktail dan macam-macam lagi. Yaakob sebagai tuan rumah sediakan nasi putih, popia sira dan siput sedut masah lemak (main menu yang sangat wow). Meja makan malam tu memang penuh dengan lauk sampai rasa macam kenduri kecil.
| Dan amek gambar ni je. Yang lain dah dimakan |
Bila azan Maghrib berkumandang, semua terus ambil tempat untuk berbuka. Suasana dia santai saja. Tak formal, tak ada agenda berat. Masing-masing makan sambil sembang. Cerita kerja, cerita kehidupan, cerita macam-macam. Kadang-kadang gelak kuat sampai lupa seharian tadi tahan lapar.
Yang buat suasana lagi hidup sebenarnya anak-anak. Mula-mula datang tu semua agak malu-malu. Duduk dekat mak ayah masing-masing, tengok kawan-kawan dari jauh je. Tapi biasalah budak-budak, tak lama lepas tu dah mula kenal, hilang la malu tu. Lepas makan terus jadi geng. Ada yang kejar sana sini, ada yang berlari pusing halaman. Gelak ketawa tak berhenti. Bila keluar mercun, lagi lah seronok. Anak-anak main sama-sama dengan muka penuh excited.
| Ni geng lari-lari. Awal-awal jumpa malu. |
Lepas iftar, suasana malam tu macam terbahagi kepada dua kumpulan. Kat luar rumah, bapak-bapak yang terlebih excited dengan mercun. Ada yang jadi tukang pasang, ada yang bagi arahan, ada yang sekadar tengok sambil gelak. Kadang tengok gaya tu macam budak-budak pula yang paling seronok.
| Mercun time |
Kat dalam rumah pula suasana lain sikit. Mak-mak yang ada baby kecil kebanyakannya duduk dalam rumah saja. Sambil jaga anak, sambil borak-borak. Cerita pasal anak, sekolah, kehidupan harian dan macam-macam lagi. Di luar bunyi mercun dan gelak ketawa, di dalam pula sesi sembang santai mak-mak sambil jaga anak. Dua suasana yang berbeza tapi sama-sama meriah.
| Dah surrender main mercun, masuk dalam pulak |
Sekitar pukul 10.30 malam, masing-masing dah mula kemas-kemas. Mana-mana makanan yang masih ada kami bungkus bawa balik. Tak membazir. Ada yang bawa lauk, ada yang bawa kuih. Lepas tu masing-masing bergerak balik rumah.
| Sesi bungkus membungkus |
Kadang-kadang moment macam ni yang buat Ramadhan terasa lebih hidup. Bukan sekadar puasa dan kerja saja, tapi ada masa untuk berkumpul, makan sama-sama dan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Potluck yang simple, tapi dengan kemeriahan anak-anak, makanan yang pelbagai dan suasana santai… memang jadi satu malam yang sedap dikenang.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan