Baca juga

23.3.26

Raya Tahun Ni Mode Standby - Antara Tanggungjawab & Syukur

Raya tahun ni agak berbeza untuk aku sebab aku kena standby kerja. Dari awal lagi aku dah set dalam kepala, raya kali ni mungkin tak boleh enjoy sepenuhnya macam tahun-tahun sebelum ni. Tapi dalam kesibukan tu, aku cuba juga cari ruang untuk rasa suasana raya walaupun dalam keadaan yang agak terhad.

Alhamdulillah, sehari sebelum raya aku dapat peluang balik kampung. Walaupun last minute, tapi cukup bermakna. Dapat juga hirup suasana kampung, tengok persiapan raya, dan paling penting dapat jumpa family. Kadang tak perlu lama pun, cukup dapat balik sekejap pun dah rasa puas.

Family belah aku. Tema warna warni.


Family belak mertua. Tema brown

Gambar dengan mak. Mak susah nak bangun, so die duduk belah tepi

Dengan mak dan ayah mertua aku

Only us

Pagi Syawal Yang Berharga

Pagi raya tu antara moment yang paling aku hargai. Dapat ambil gambar dengan family belah aku, dan juga family mertua. Alhamdulillah juga rezeki jodoh sekampung, jadi semuanya dekat dan mudah.

Tak perlu rushing ke sana sini. Dalam satu pagi tu, aku dapat luangkan masa dengan kedua-dua belah keluarga. Itu memang satu nikmat yang besar.

Masuk petang raya pertama, mood dah mula bertukar. Dari mode raya, terus kena tukar ke mode kerja. Aku dah mula bersiap dalam kepala untuk balik semula ke Kuantan sebab hari Ahad dah kena masuk kerja. Ada beberapa perkara yang memang perlu aku setelkan.

Memang terasa juga nak tinggalkan suasana raya tu, tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Sempat lagi beraya. Alhamdulillah


Mini marhaban family-family sahaja

Reality Check Pagi-Pagi

Yang paling kena, pepagi buta dah masuk WhatsApp suruh masuk kerja. Aku tengok phone, diam sekejap. Tak banyak fikir, tak banyak cakap.

Dalam hati cuma mampu kata,
“Okay… kita jalan.”

Kadang hidup memang macam tu. Kita plan lain, tapi realiti datang dengan cerita dia sendiri. Kita redha saja.

Seruan..!!! Hahaha

Drive Malam Balik Kuantan

Dalam pukul 9 malam aku mula gerak balik ke Kuantan. Drive seorang diri, jalan agak sunyi, suasana pun lain macam bila kita tinggalkan kampung waktu raya.

Aku sampai Kuantan lebih kurang pukul 3 pagi. Penat memang penat, tapi itu lah perjalanan yang perlu dilalui.

Anak bini aku tinggal dulu kat kampung. Bagi mereka sambung raya dengan family. Aku pula sambung tanggungjawab di tempat kerja.

Plan aku, minggu seterusnya aku akan balik semula kampung untuk ambil mereka. Baru lah lengkap balik “team keluarga”.

Raya aku tahun ni memang tak panjang, tak santai sepenuhnya, tapi tetap ada cerita dia.

Raya day 2 be like

Syukur Lebih Baik Dari Merungut

Kalau nak ikutkan, memang boleh merungut. Raya kena kerja, tak dapat cuti lama, kena drive malam seorang diri.

Tapi bila fikir balik, aku masih sempat balik kampung. Masih sempat pagi raya dengan family. Masih dapat jumpa kedua-dua belah keluarga.

Itu pun dah satu nikmat besar.

Kadang hidup ni bukan tentang apa yang kita tak dapat, tapi tentang apa yang kita sempat rasa.

Apapun, ya raya tahun ni mungkin tak sempurna macam yang kita bayangkan, tapi tetap bermakna. Antara tanggungjawab dan keluarga, aku cuba seimbangkan sebaik mungkin.

Dan akhirnya, lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada daripada merentan tak tentu pasal. Tibaaa. Hahaha.

Itulah kisah raya aku tahun ni.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com