Kali ni program kilang aku buat Wellness Treasure Hunt Challenge 2026 pada 10 & 11 Oct 2026. Jadi daripada Kuantan kami bergerak ke Melaka untuk join program ni. Tapi cabaran sebenarnya dah bermula dari Kuantan lagi. Sepanjang perjalanan ke Ayer Keroh, memang dah ada beberapa checkpoint yang kami kena singgah untuk buat task. Jadi belum sampai Melaka pun dah kena mula fikir, cari lokasi dan selesaikan tugasan. Sampai Ayer Keroh, cabaran diteruskan lagi dengan lebih banyak task dan checkpoint.
Cabaran kali ni memang best sebab bukan sekadar treasure hunt biasa. Lebih kepada gabungan fizikal dengan mental. Kena cari lokasi, check-in, jawab soalan dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Soalan-soalan pula boleh tahan nak jawab. Ada yang kena fikir betul-betul dan bincang dengan team. Dalam masa yang sama kena kejar masa.
![]() |
| Isi tenaga sebelum start treasure hunt |
Yang kelakarnya, ada masa kami sesat-sesat cari lokasi. Tengok map, bincang dengan team, pusing sana, pusing sini… lepas tu baru jumpa tempat yang dicari. Ada satu checkpoint pula kami kena mendaki tangga sampai ke kawasan gereja untuk check-in. Tengah sibuk kejar masa, kena naik tangga pula. Sampai atas, check-in, jawab soalan dan sambung perjalanan.
Memang aku dengan team Spa-Q berlari sana sini. Lari cari lokasi, check-in, jawab soalan, bincang jawapan dan sambung lari lagi. Kalau orang tengok dari jauh mungkin ingat kami tengah training marathon. Hahaha! Tapi itulah yang buat program ni seronok. Memang kena guna otak dan tenaga sekali.
Lepas cut-off time untuk semua task di Ayer Keroh tamat, sistem dalam handphone kami terus block. Dah tak boleh jawab atau selesaikan apa-apa task lagi. Masa tu kami pun ingatkan, “Okay, habislah challenge!”
![]() |
| Healing lepas setel semua check point. Rupanyaaaaa....... |
Jadi team Spa-Q pun terus masuk mode healing. Dah penat berlari sana sini, kami lepak-lepak sekitar Ayer Keroh. Siap selfie, ambil gambar dan minum coconut shake lagi. Tak sedar hampir sejam setengah juga kami lepak kat situ. Memang lama! Dah macam datang Melaka untuk jalan-jalan pula, bukan Treasure Hunt. Hahaha!
Lepas puas healing, barulah kami bergerak ke Amverton Heritage Resort, tempat kami menginap. Dalam lebih kurang 6.15 petang baru kami sampai. Sekali sampai sana…
“Eh! Ada lagi final checkpoint?!”
Rupanya cabaran belum betul-betul habis! Kami kena check-in secara manual dan tulis masa ketibaan. Masa tu baru kami sedar yang perjalanan ke resort pun sebenarnya masih dikira dalam cabaran.
Yang mencemaskan, masa sampai tu kami merupakan team kedua terakhir yang tiba. Haa… masa tu mula dah fikir, “Habis ni kena tolak markah banyak ke?” Nasib baiklah keputusan akhir masih menempatkan Spa-Q di tempat ketiga!
![]() |
| Juara |
![]() |
| Tempat ke-dua |
![]() |
| Tempat ke-tiga Spa-Q |
Yang bestnya, markah kami sebenarnya sama dengan team tempat kedua. Tak ada beza markah pun. Cuma beza pada masa tamat, lebih kurang 15–30 minit macam tu. Jadi masa memang memainkan peranan dalam keputusan akhir.
Alhamdulillah, walaupun kami dah siap-siap healing hampir sejam setengah kat Ayer Keroh dan sampai resort sebagai team kedua terakhir, masih sempat dapat Top 3! Memang rezeki Spa-Q tuuu.
Baca juga - Man Challenge 2026 @Terengganu - Challenge Bermula Sebelum Event Lagi!
Tapi selain jadi Treasure Hunter, kami ni macam bertukar jadi Food Hunter sekali. Hahaha! Kalau siang tadi sibuk mencari checkpoint, malam pula sibuk mencari makanan.
Lepas selesai event, penyampaian hadiah dan dinner dekat hotel, masing-masing dah mula rasa lapar balik. Jadi malam tu kami keluar pula cari Asam Pedas Claypot. Dah seharian berlari, fikir jawapan dan kejar masa, malam-malam boleh pula sambung keluar hunting makanan. Tapi itulah… penat macam mana pun, kalau bab makan memang masih ada tenaga.
Dapat pula makan asam pedas panas-panas dalam claypot. Memang ngam dengan keadaan badan yang dah penat satu hari. Sambil makan tu bolehlah sembang balik pasal cerita sepanjang treasure hunt tadi. Yang tersesat, yang salah jalan, yang kena lari, yang hampir terlepas checkpoint… semua jadi bahan gelak balik. Hahaha!
Esoknya pula, sebelum terus balik Kuantan, perjalanan kami sambung lagi dengan misi Food Hunter. Dalam perjalanan, kami singgah Negeri Sembilan untuk cari cendol. Kononnya nak sejukkan badan selepas sehari sebelumnya berlari sana sini.
Lepas puas layan cendol, kami sambung perjalanan menuju Kuantan. Tapi belum habis lagi! Sampai Temerloh, kami buat satu lagi pit stop untuk makan Patin Go'Bang. Kalau dah sampai Temerloh, memang rasa macam rugi pula kalau tak singgah makan patin.
Jadi perjalanan balik kami ni memang bukan straight balik Kuantan.
Melaka → Negeri Sembilan → Temerloh → Kuantan.
Setiap tempat ada misi masing-masing. Hahaha!
Kalau difikirkan balik, trip kali ni memang lengkap. Siang kami jadi Treasure Hunter, malam jadi Food Hunter, esoknya sambung lagi Food Hunting sepanjang perjalanan balik.
Dengan dapat pula tempat ke-3, memang rasa macam trip ni secara tak rasmi dah bertukar menjadi celebration kemenangan Team Spa-Q.
“Kita dah penat berlari, kita makanlah pula!” Hahaha!
Apa-apa pun, untuk program kali ni memang aku boleh kata seronok gila. Dapat cabar diri, dapat gelak dengan team, dapat pengalaman baru, dapat berlari sana sini, dapat selesaikan macam-macam task dan paling penting… dapat makan sedap sepanjang perjalanan! And team Spa-Q ni kitorang baru je join wellness as one team start tahun ni. Mybe next year pun team yang sama kot. We will see la macam mana kan. Kalau masing-masing masih lagi bekerja kat tempat yang sama lagi. Insyallah
Dan apa yang paling penting sekali…
Team Spa-Q masuk Top 3 this year.
Tak macam Man Challenge sebelum ni…
Hahahaha!




















