Baca juga

Balik Kampung, Family Hangout Kat Dataran Pontian

Balik Kampung, Family Hangout Kat Dataran Pontian

Balik kampung kali ni kami ramai-ramai singgah ke Pontian, Johor. Kebetulan adik ipar aku baru je masuk rumah baru, jadi kami ambil kesempatan untuk datang melawat sambil-sambil tu bermalam di rumah dia. 


Bila dah ramai-ramai macam ni, memang susah nak duduk diam dekat rumah. Malam tu kami pun keluar jalan-jalan ke Dataran Pontian. Tempat ni memang meriah waktu malam. Lagi-lagi weekend. Ada yang jalan-jalan, ada gerai makanan dan paling penting… budak-budak memang seronok! 

Baca juga - Mandi Lumpur! Bukan Air, Kat Pantai Perpat, Rengit

Budak-budak apa lagi, nampak motor elektrik terus nak naik. Bergilir-gilir naik satu keluarga. Ada yang naik motor, ada yang main buih sabun, ada yang berlari-lari dekat kawasan lapang. Yang dewasa pula… layan je kerenah budak-budak sambil borak dan makan. 



Yang bestnya bila keluar ramai-ramai macam ni, tak perlu pun aktiviti yang mahal atau fancy. Cukup sekadar keluar bersama, makan, jalan-jalan dan tengok anak-anak seronok.

Malam tu memang simple, tapi cukup untuk jadi satu memori keluarga. Lagi-lagi dapat berkumpul ramai-ramai di rumah baru adik ipar.


Selamat datang ke rumah baru! Semoga rumah baru ni sentiasa dimurahkan rezeki, dipenuhi kebahagiaan dan jadi tempat berkumpul keluarga untuk bertahun-tahun akan datang. 

Kadang-kadang benda simple macam inilah yang kita akan teringat balik nanti.

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Entah kenapa kan, bila nampak mee siput ni terus rasa macam balik zaman kecil. Dekat kampung memang antara makanan yang senang sangat nak jumpa. Kadang-kadang beli yang masih mentah, balik rumah goreng sendiri. Lagi best kalau makan dengan sambal tumis. Simple, tapi memang layan!


Tapi sekarang ni dah makin senang. Ada juga yang jual mee siput yang dah siap digoreng, siap dengan sambal sekali.

Memang konsep buka plastik, makan je. Tak perlu dah nak goreng mee siput, tak perlu nak buat sambal. Sesuai sangatlah untuk orang yang tiba-tiba rasa nak mengunyah sesuatu waktu petang.

Yang dalam gambar ni pun nampak macam sedap je. Mee siput tu rangup-rangup, kemudian ada sambal tumis sekali. Kalau dapat secawan kopi atau teh panas, memang boleh habis satu pek sambil sembang-sembang. 

Aku rasa mee siput ni antara makanan yang nampak biasa-biasa, tapi bila dah lama tak makan, boleh tiba-tiba craving.

Balik kampung → nampak mee siput → beli → makan.

Itulah rutin yang tak pernah mengecewakan. 

Ada tak geng yang sama macam aku? Balik kampung je mesti ad craving something.!

Enjoy...!!!

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Raya Haji tahun ni macam biasa, cuti pun tak adalah pergi mana-mana sangat. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Tapi bagi keluarga aku, Raya Haji memang ada satu aktiviti yang dah macam acara tahunan ibadah korban.



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku turut buat korban. Jadi pagi-pagi lagi dah mula sibuk dengan urusan melapah, memotong dan membahagikan daging. Suasana memang meriah. Yang dewasa buat kerja masing-masing, anak-anak pula sibuk tengok dan sesekali join membantu.

Kerja korban tu bukan kerja seorang dua. Ada yang melapah, ada yang memotong, ada yang menimbang dan membahagikan daging. Kaum ibu pula biasanya dah mula fikir, “Daging ni nak masak apa?”



Dan kalau dalam keluarga aku, bila dah ada daging korban ni, aku memang dah boleh agak apa tugas aku

Aku akan kena buat rendang daging. 

Entah macam mana, benda ni dah jadi macam job scope aku setiap tahun. Kalau ada daging, maka akan ada rendang. Tak boleh lari dah. Hahaha.


Biasanya daging yang dapat tu akan diasingkan , mana yang nak diberikan kepada keluarga, mana yang nak dimasak dan mana yang nak disimpan. Dan antara bahagian yang paling aku suka mestilah bila dah sampai masa untuk masak rendang.

Masak rendang ni bagi aku bukan sekadar masak. Ada proses dia. Kena tumis bahan, masukkan santan, masukkan daging dan kemudian kena tunggu sampai kuah tu betul-betul pekat dan naik minyak. Lagi lama dimasak, lagi sedap biasanya.

Yang paling best, bau rendang masa tengah masak tu satu rumah boleh tahu. 

“Eh, dah masak rendang ke?”

Belum siap lagi pun dah ada orang mula datang menjenguk periuk.

Itulah antara benda yang aku suka tentang Raya Haji. Tak semestinya kena keluar berjalan jauh atau buat aktiviti besar-besar. Kadang-kadang cukup dengan berkumpul dengan keluarga, buat korban sama-sama, bergotong-royong uruskan daging dan akhirnya makan ramai-ramai.

Dan untuk aku, selagi ada daging korban, selagi itulah tugas tahunan sebagai tukang rendang akan diteruskan. 

Raya Haji, daging korban dan rendang, memang combo wajib keluarga kami!

Enjoy...!!!

First Time Try Aiskrim Bingxue

First Time Try Aiskrim Bingxue

Baru-baru ni first time aku try aiskrim Bingxue. Tu pun sebab pergi dengan anak-anak saudara aku kat Pasir Gudang. Sebelum ni asyik nampak orang post je, tapi tak pernah berkesempatan nak cuba. Jadi bila dah ada peluang, kita cuba lah kan. 


Aku ambil yang mix matcha dengan krim. Rupanya boleh pilih nak satu flavour atau mix dua-dua sekali. Bagi aku, not bad lah! Aiskrim dia lembut, rasa pun sedap dan yang paling penting… saiz dia memang boleh tahan besar! 

Sampai kat Kuantan pula, aku gigih juga mencari outlet Bingxue. Rupanya ada satu je outlet yang aku jumpa. Hahaha! Nampaknya kalau craving Bingxue, kena tahu port dulu.

Overall, aku boleh kata puas hati lah untuk first try. Sedap, portion besar dan harga pun kira okay. Cuma bila dapat cone besar macam ni, nak habiskan tu memang satu cabaran juga. 

Lepas ni kalau lalu Bingxue, bolehlah singgah lagi. Tapi mungkin kena pilih saiz yang sesuai dengan kemampuan tekak sendiri. Hahaha!

Korang dah pernah try Bingxue? Flavour apa yang korang recommend? 

Enjoy...!!!

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

17 Mei merupakan tarikh lahir Imtiyaz. Tahun ni kami sambut secara simple-simple je. Tak ada plan besar pun, cuma ajak anak-anak keluar makan dan singgah di Secret Recipe. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga dan raikan hari istimewa Imtiyaz.


Mestilah birthday girl dapat kek juga. Kami pilih kek coklat, siap tulis ucapan atas pinggan. Nampak simple, tapi seronok tengok Imtiyaz happy bila dapat kek birthday dia. Lepas tu acara wajiblah… potong kek dan makan ramai-ramai. Hahaha!

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam Imtiyaz kecil, sekarang dah makin besar dan dah ada macam-macam cerita sendiri. Sebagai ayah, doa aku simple je. Semoga Imtiyaz sentiasa sihat, dipermudahkan urusan, rajin belajar, jadi anak yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Selamat hari lahir, Imtiyaz! Semoga panjang umur dan terus jadi anak yang membanggakan ayah dan mama.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com