Raya Haji tahun ni macam biasa, cuti pun tak adalah pergi mana-mana sangat. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Tapi bagi keluarga aku, Raya Haji memang ada satu aktiviti yang dah macam acara tahunan ibadah korban.
Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku turut buat korban. Jadi pagi-pagi lagi dah mula sibuk dengan urusan melapah, memotong dan membahagikan daging. Suasana memang meriah. Yang dewasa buat kerja masing-masing, anak-anak pula sibuk tengok dan sesekali join membantu.
Kerja korban tu bukan kerja seorang dua. Ada yang melapah, ada yang memotong, ada yang menimbang dan membahagikan daging. Kaum ibu pula biasanya dah mula fikir, “Daging ni nak masak apa?”
Dan kalau dalam keluarga aku, bila dah ada daging korban ni, aku memang dah boleh agak apa tugas aku
Aku akan kena buat rendang daging.
Entah macam mana, benda ni dah jadi macam job scope aku setiap tahun. Kalau ada daging, maka akan ada rendang. Tak boleh lari dah. Hahaha.
Biasanya daging yang dapat tu akan diasingkan , mana yang nak diberikan kepada keluarga, mana yang nak dimasak dan mana yang nak disimpan. Dan antara bahagian yang paling aku suka mestilah bila dah sampai masa untuk masak rendang.
Masak rendang ni bagi aku bukan sekadar masak. Ada proses dia. Kena tumis bahan, masukkan santan, masukkan daging dan kemudian kena tunggu sampai kuah tu betul-betul pekat dan naik minyak. Lagi lama dimasak, lagi sedap biasanya.
Yang paling best, bau rendang masa tengah masak tu satu rumah boleh tahu.
“Eh, dah masak rendang ke?”
Belum siap lagi pun dah ada orang mula datang menjenguk periuk.
Itulah antara benda yang aku suka tentang Raya Haji. Tak semestinya kena keluar berjalan jauh atau buat aktiviti besar-besar. Kadang-kadang cukup dengan berkumpul dengan keluarga, buat korban sama-sama, bergotong-royong uruskan daging dan akhirnya makan ramai-ramai.
Dan untuk aku, selagi ada daging korban, selagi itulah tugas tahunan sebagai tukang rendang akan diteruskan.
Raya Haji, daging korban dan rendang, memang combo wajib keluarga kami!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan