Jom Beraya Dengan KEREPEK BRONIS Yang Betul-betul Eksklusif Ni

Jom Beraya Dengan KEREPEK BRONIS Yang Betul-betul Eksklusif Ni

Assalamualaikum semua. Siapa yang follow rapat facebook aku, sure korang perasan aku pernah kongsi satu status tentang kerepek bronis yang datangnya jauh dati Jitra Kedah. Ramai yang tanya tentang rasanya. Hari ni aku baru sempat nak kongsikan pada pembaca semua tentang keenakan rasa KEREPEK BRONIS ini. Sebelum tu perkataan Bronis sebenanrnya sebutan mengambil sempena prkataan Brownies ya. Bukan kerepek-kerepek yang biasa kita dapat dipasaran tu ya.!


KEREPEK BRONIS ni merupakan produk kudap-kudap yang diasaskan oleh Puan Azila Mamod dan mula bertapak di Jitra Keda. Jauh kan dari Kedah terbang nun jauh ke Kuantan ni. Tak kira jauh macam mana pun, KEREPEK BRONIS yang aku terima tetap masih dalam keadaan yang baik dan tak lemau. Apa tidaknya, packaging dia memang terbaik. Jarang sekali kerepek-keepek yang dijual dipasaran menggunakan peckaging yang betul-betul kedap udara dan dibuat dari bahan yang bermutu tinggi. Dan yang penting memang nampak sangat-sangat menarik dan eksklusif.


KEREPEK BRONIS adalah brownies yang agak nipis dan bila korang memakannya memang betul-betul macam kerepek yang rangup tu. Didatangkan dengan 2 perasa yang berbeza, ternyata setiap satunya mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. 

Aku sendiri merupakan pembuat brownies kan. Jadi aku agak teruja nak tahu macam mana la rasa dan keadaanya kerepek bronis ni. Almalik, biasa kita makan brownies yang ala-ala kek tu. Ni kerepek pula. 

So far, terdapat dua perasa utama KEREPEK BRONIS ni iaitu Kerepek Bronis Chocolate  Almond dan Kerepek Bronis Teh Tarik Almond.

Kerepek Bronis Chocolate  Almond

Antara dua perisa ni, Chocolate Almond adalah menjadi pilihan aku. Rasa brownies sebenar tu memang ada dalamnya. Kerepek yang sedap dan kaya dengan rasa coklat serta rangup memang membangkitkan selera sesiapa yang mencubanya. Satu bungkus pun tak cukup rasanya.!


Selain rasa coklat yang mantap, taburan choclate chip dan juga almond panggang pada kerepek bronis membuatkan kerepek ini bertambah-tambah la sedap tau. Rugi sangat kalau tak cuba.!


Kerepek Bronis Teh Tarik Almond 

Untuk yang perisa Teh Tarik Amond ni pada aku rasanya sangat-sangat unik. Cuba korang bayangkan korang makan brownies tiba-tiba ada rasa teh yang betul-betul kaw dalam brownies tu. Ala-ala hipster gitu. Rasa tehnya memang betul terasa. Aku tak tipu.!


Bukan setakat rasa je. Korang buka je bungkusan kerepek ni, aroma teh tarik dan kacang almond betul-betul menangkap di hidung. 


Hidangkan KEREPEK BRONIS semasa raya

Raya tak lama lagi kan? Apa kata untuk raya kali ni buat satu kelainan sedikit. Hidangkan tetamu yang datang rumah korang semua dengan KEREPEK BRONIS ni. Baru la lain dari yang lain. Orang kata INI KALILAH..!!!

Untuk yang berminat nak order boleh order terus dari :

Hotline no 0125352887

FB Page BRONIS HQ


With Love
Papaglamz

-sekian-
Brownies Istimewa dan Murah di Kuantan

Brownies Istimewa dan Murah di Kuantan

Assalamualaikum semua. Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM aku lancar produk terbaru #DariDapurPapaglamz iaitu Brownies Istimewa dan Murah di Kuantan. Open for order now. Setelah aku Belajar Membuat Brownies Kedut dan telah pun berjaya, aku lancarkan produk baru aku ni. Jangan lupa untuk mencuba tau. 

Brownies Kuantan, Brownies COD Kuantan, kedai kek di kuantan, tempahan kek di kuantan, kedai kek di indera mahkota kuantan, cake delivery kuantan, bakery kuantan, penghantaran kek di kuantan,

Aku pasti, ramai yang nak makan something "sweet" bersama keluarga tapi malas keluar rumah. Haaaaa! Jom cuba try test BROWNIES Exclusive dari Dapur Papaglamz. Memang terbaik la. Sekali korang rasa mesti nak lagi. Order sekarang....!!!!

Brownies yang aku buat didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza.

  • Full size 9"X9" (~1kg) - RM45
Brownies Kuantan, Brownies COD Kuantan, kedai kek di kuantan, tempahan kek di kuantan, kedai kek di indera mahkota kuantan, cake delivery kuantan, bakery kuantan, penghantaran kek di kuantan,

  • Mini brownies 6"X6" (~1/2kg) - RM25
Brownies Kuantan, Brownies COD Kuantan, kedai kek di kuantan, tempahan kek di kuantan, kedai kek di indera mahkota kuantan, cake delivery kuantan, bakery kuantan, penghantaran kek di kuantan,


.Jadi korang boleh piih nak saiz yang mana. Yang mini saiz tu boleh la untuk merasa seisi keluarga. Kalau ada special event, boleh la order yng full saiz 1kg tu. Banyak sikit.

Brownies juga korang boleh guna untuk di jadikan kek birthday. Sangat menarik tau. 

Brownies Kuantan, Brownies COD Kuantan, kedai kek di kuantan, tempahan kek di kuantan, kedai kek di indera mahkota kuantan, cake delivery kuantan, bakery kuantan, penghantaran kek di kuantan,

Ok la, pape  PM/WHATSAAPP: 0196141393. Atau <<<klik disini>>> je

With Love
Papaglamz

-sekian-
.
Belajar Membuat Brownies Kedut

Belajar Membuat Brownies Kedut

Assalamualaikum semua. Siapa nak belajar membuat brownies kedut? Seperti yang korang tahu, sekarang aku lebih selesa untuk update entri tentang masakan. Rasa niche blog aku tukar kepada food blogger pulak kot. Sekarang jugak aku sudah aktif menjualan kek. Antara Kek yang hot yang aku jual ialah Kek Snow Cheese dan juga Kek Coklat Moist. Alhamdulillah banyak juga yang telah terjual. Baru-baru ni aku ada belajar resepi membuat brownies kedut. Belajar online je dengan Kak Eny. Akak ni pada aku die memang terror dah bab membaking ni. aku follow blog akak ni dari die mula-mula nak berkecimpung dalam bidang membuat kek sampai la sekarang ni beliau antara pembuat kek popular di Jitra Kedah tau. 

Resepi Brownies Kedut, Brownies Kedut, Resepi Brownies, Chewy Fudge Brownies,

Sebenarnya nak buat brownies bukan la susah. Kita boleh je search resepi brownies yang mudah di google. Tapi yang membezakan antara brownies yang sedap atau brownies yang korang buat menjadi atau tidak adalah jenama bahan-bahan yang korang gunakan dan juga teknik-teknik mengadun bahan semasa korang nak buat kek tu. Lain cara buat, jadi lain tau. Dalam kelas online dari Kak Eny la aku beajar betul-betul selok belok nak buat brownies yang betul dan boleh menghasilkan brownies yang terbaik macam gambar kat atas tu kan. Cantik tak? Nampak tak kedut-kedut dia tu sangat-sangat mengancam kan? Hehehe

Resepi Brownies Kedut, Brownies Kedut, Resepi Brownies, Chewy Fudge Brownies,

Betul la orang kata, kalau berguru dengan buku, takut syaitan akan mengganggu. Jadi untuk memastikan aku dapat membuat brownies dengan jayanya aku berguru dengan orang yang sepatutnya. Dalam kelas ni banyak tip-tip yang Kak Eny share personally untuk menghasilkan brownies kedut yang terbaik.

UPDATE - 7/5/2017

Hi aku saja nak update sikit entri ni. Saja nak masukkan gambar-gambar brownies yang buat latest. Korang enjoy ye.




Tip untuk menghasilkan kedut brownies yang cantik

1. Jenis coklat yang digunakan

Dah nama pun brownies kedut kan. Jadi kedut-kedut brownies ni la yang mahal selain rasanya. Untuk mendapatkan kedut-kedut yang cantik, kita perlu bijak memilih coklat compound yang bermutu tinggi. Tak boleh guna coklat-coklat masakan biasa ye. Masa aku buat brownies ni, aku gunakan dark coklat dari Beryl's. Ni adalah jenis coklat yang terbaik dan harga agak lebih murah. Boleh juga gunakan coklat-coklat compound yang lain yang lebih bermutu tinggi. Ikut kemampuan masing-masing. Bagi aku memang niat aku belajar untuk menambah koleksi kek dalam perniagaan aku kan? Jadi aku kena fikir coklat yang aku gunakan tak lah effect sangat pada harga jualan brownies aku kan. Jadi, aku gunaka la coklat Beryl's ni.

2. Waktu memasukkan coklat

Selain pemilihan coklat yang betul, teknik mengadun coklat kedalam adunan juga penting. Untuk menghasilkan brownies yang cantik, dinasihatkan supaya korang masukkan coklat diakhir adunan. Atau boleh juga korang masukkan separuh diawal adunan. Setelah selesai memasukkan tepung, sebelum masukkan dalam loyang, masukkan coklat yang selebihnya tu tadi. 

3. Jangan over mixed

Ok ni lagi satu tip dari sifu aku. Kita jangan over mixed adunan kita. Buat brownies tak payah gunakan mixer pon. Jikalau terlebih mixed nanti akan jadi adunan kek coklat pula. Dah takda kedut-kedut borownies tu. Cukup sekadar menggunakan senduk kayu atau sudu untuk mengadun bahan-bahan supaya sebati. Kalau tak percaya cuba la.

Ok la, jom aku kongsikan pada korang semua resepi brownies. Resepi ni aku copy sepenuhnya dari resepi Kak Eny.

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan 

400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. Kepanasan oven mengikut jenis oven masing-masing ye. Kena familiar dengan oven sendiri la. 

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.

Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang (Aku guna loyang 9 X 9 inchi). Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven aku memerlukan 40 minit untuk bakar. Make sure tak terlebih bakar. Nanati brownies akan kering. 

Nak tahu brownies dah masak ke belum mudah je. Cucuk dengan kek tester atau lidi di tengah-tengah brownis dan cabut semula. Jika lidi korang terlekat adunan kek yang masih basah dan cair, ia menunjukkan kek korang belum masak. Tapi, bila korang tarik lidi korang, hanya ada sedikit gumpalan dihujung lidi, bermaksud brownies korang dah masak.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong. Aku buat malam, jadi aku potong brownies esok paginya la. 

Macam mana? Mudahkan nak buat brownies ni? Jangan lupa untuk mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com