4.6.18

Jom Beraya Dengan KEREPEK BRONIS Yang Betul-betul Eksklusif Ni

Assalamualaikum semua. Siapa yang follow rapat facebook aku, sure korang perasan aku pernah kongsi satu status tentang kerepek bronis yang datangnya jauh dati Jitra Kedah. Ramai yang tanya tentang rasanya. Hari ni aku baru sempat nak kongsikan pada pembaca semua tentang keenakan rasa KEREPEK BRONIS ini. Sebelum tu perkataan Bronis sebenanrnya sebutan mengambil sempena prkataan Brownies ya. Bukan kerepek-kerepek yang biasa kita dapat dipasaran tu ya.!


KEREPEK BRONIS ni merupakan produk kudap-kudap yang diasaskan oleh Puan Azila Mamod dan mula bertapak di Jitra Keda. Jauh kan dari Kedah terbang nun jauh ke Kuantan ni. Tak kira jauh macam mana pun, KEREPEK BRONIS yang aku terima tetap masih dalam keadaan yang baik dan tak lemau. Apa tidaknya, packaging dia memang terbaik. Jarang sekali kerepek-keepek yang dijual dipasaran menggunakan peckaging yang betul-betul kedap udara dan dibuat dari bahan yang bermutu tinggi. Dan yang penting memang nampak sangat-sangat menarik dan eksklusif.


KEREPEK BRONIS adalah brownies yang agak nipis dan bila korang memakannya memang betul-betul macam kerepek yang rangup tu. Didatangkan dengan 2 perasa yang berbeza, ternyata setiap satunya mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. 

Aku sendiri merupakan pembuat brownies kan. Jadi aku agak teruja nak tahu macam mana la rasa dan keadaanya kerepek bronis ni. Almalik, biasa kita makan brownies yang ala-ala kek tu. Ni kerepek pula. 

So far, terdapat dua perasa utama KEREPEK BRONIS ni iaitu Kerepek Bronis Chocolate  Almond dan Kerepek Bronis Teh Tarik Almond.

Kerepek Bronis Chocolate  Almond

Antara dua perisa ni, Chocolate Almond adalah menjadi pilihan aku. Rasa brownies sebenar tu memang ada dalamnya. Kerepek yang sedap dan kaya dengan rasa coklat serta rangup memang membangkitkan selera sesiapa yang mencubanya. Satu bungkus pun tak cukup rasanya.!


Selain rasa coklat yang mantap, taburan choclate chip dan juga almond panggang pada kerepek bronis membuatkan kerepek ini bertambah-tambah la sedap tau. Rugi sangat kalau tak cuba.!


Kerepek Bronis Teh Tarik Almond 

Untuk yang perisa Teh Tarik Amond ni pada aku rasanya sangat-sangat unik. Cuba korang bayangkan korang makan brownies tiba-tiba ada rasa teh yang betul-betul kaw dalam brownies tu. Ala-ala hipster gitu. Rasa tehnya memang betul terasa. Aku tak tipu.!


Bukan setakat rasa je. Korang buka je bungkusan kerepek ni, aroma teh tarik dan kacang almond betul-betul menangkap di hidung. 


Hidangkan KEREPEK BRONIS semasa raya

Raya tak lama lagi kan? Apa kata untuk raya kali ni buat satu kelainan sedikit. Hidangkan tetamu yang datang rumah korang semua dengan KEREPEK BRONIS ni. Baru la lain dari yang lain. Orang kata INI KALILAH..!!!

Untuk yang berminat nak order boleh order terus dari :

Hotline no 0125352887

FB Page BRONIS HQ


With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com