Pada 16 Mei 2026, sekali lagi aku join satu program anjuran company, kali ni program Wellness Hiking Challenge 2026 yang diadakan di Bukit Tembeling Teruntum, Kuantan.
Kalau tengok gambar memang nampak macam santai je kan? Tapi bila dah masuk dalam hutan, baru tahu langit dengan bumi. Hahaha! Laluan dia memang mencabar juga. Ada bahagian tangga, ada laluan tanah, ada naik turun bukit dan kena lalu dalam kawasan hutan yang agak tebal. Tapi itulah yang bestnya hiking. Tak boleh nak fikir sangat pasal penat. Jalan je perlahan-lahan, yang penting sampai.
Program ni memang best sebab dapat buat aktiviti luar bersama-sama dengan kawan-kawan sekerja. Kalau hari biasa kita jumpa dalam office, sibuk dengan kerja masing-masing, kali ni dapat pula berpeluh sama-sama dalam hutan. Ada yang laju, ada yang santai, ada yang berhenti ambil gambar. Tapi akhirnya semua saling tunggu dan saling bagi semangat.
Sepanjang perjalanan tu memang banyak juga peluang untuk bergambar. Kalau dah jumpa spot cantik, mesti berhenti. Tak kiralah dah penat macam mana pun, gambar kena ambil dulu! Jadi kalau tengok gambar-gambar ni, jangan ingat kami hiking sambil senyum sepanjang jalan. Sebenarnya ada yang tengah tahan penat tu. Hahaha!
Yang menariknya, program ni bukan sekadar hiking. Lepas selesai aktiviti, ada juga sesi berkumpulan dan cabutan bertuah. Dan inilah bahagian yang paling aku suka.
Sampai masa cabutan bertuah, nombor aku pula yang naik.
GRAND PRIZE 3!
Terus aku macam…
“Eh, aku ke ni?!”
Alhamdulillah, rezeki hari tu. Aku dapat voucher Lotus’s bernilai RM350!
Memang tak sangka langsung. Datang asalnya nak hiking, nak beriadah dan luangkan masa dengan colleagues. Sekali balik dapat voucher RM350. Boleh tahan juga hasil hiking hari tu. Hahaha!
Kalau ikutkan, penat hiking tu terus hilang bila nampak hadiah.
Apa pun, memang satu pengalaman yang best. Dapat jaga kesihatan, hirup udara segar, masuk hutan, berpeluh bersama colleagues dan paling penting dapat luangkan masa di luar suasana kerja.
Terima kasih kepada pihak company dan semua yang terlibat dalam menjayakan Wellness Hiking Challenge 2026 ni. Program macam ni memang bagus untuk kita keluar sekejap daripada rutin kerja dan buat aktiviti yang sihat bersama-sama.
Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.
Datang dengan niat nak sihat, balik dengan voucher RM350.
Kalau setiap hiking macam ni hadiahnya, memang aku kena rajin hiking lepas ni!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan