Baca juga

17.5.26

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

PART 2 – I-City WaterWorld, Check-In Hotel & Jalan Malam

Esok paginya, lebih kurang pukul 9 pagi, kami gerak dari PJ menuju ke Shah Alam. Sampai Shah Alam, kami terus menuju ke i-City WaterWorld.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami dah mula masuk. Dan bila dah masuk tempat air, anak-anak memang susah nak keluar.



Kami lepak dan main air sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Hampir empat jam juga tu! Main air, gelongsor, berenang dan macam-macam lagi. Yang penat bukan anak-anak saja, ayah dia pun boleh tahan penat. Hahaha!

Lepas puas mandi dan masing-masing dah mula lapar, kami pun bersiap untuk check-in hotel. Lebih kurang pukul 3 petang, kami check-in penginapan yang terletak di kawasan i-City juga.

Aku booking penginapan ni melalui Booking.com. So far, aku boleh kata okaylah untuk family. Konsepnya lebih kurang macam apartment atau rumah kecil. Ada dua bilik tidur, satu bilik air, pantry, TV dan meja makan. Basic semuanya ada.




Tak adalah mewah sangat, tapi untuk aku yang datang dengan isteri dan tiga orang anak, memang agak selesa dan praktikal. Yang penting lepas seharian mandi air, dapat balik bilik, mandi dan rehat. 😂

Malam tu kami keluar pula makan di Seksyen 2, Shah Alam. Kat situ memang ada kawasan food court dan macam-macam pilihan makanan.


Tapi bagi aku, datang ke Seksyen 2 ni bukan sekadar nak makan. Tempat ni penuh dengan nostalgia.

Aku pernah belajar di UiTM Shah Alam selama lebih kurang enam tahun. Jadi bila datang balik ke kawasan ni selepas sekian lama, macam-macam memori lama datang balik.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

Kali ni pula aku datang dengan anak-anak. Jadi sambil makan, aku pun mula bercerita.

"Ni dulu tempat ayah selalu pergi..."

"Dulu ayah belajar kat sini..."

"Dulu ayah dengan kawan-kawan selalu makan sini..."

Entah anak-anak faham ke tak cerita ayah dia ni. Tapi tak kisahlah. Sekurang-kurangnya mereka tahu sedikit sebanyak kisah kehidupan ayah mereka dulu.

Lepas makan, kami pergi pula ke i-City waktu malam. Kalau datang i-City malam-malam memang lain suasananya. Lampu-lampu menyala, kawasan nampak meriah dan banyak permainan yang boleh dicuba.




Adik ipar aku pun join sekali sebab mereka pun tinggal di PJ. Jadi kami ajak mereka sama-sama pusing Shah Alam dan i-City.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

Malam tu memang puas berjalan. Sampai lebih kurang pukul 12 malam, kami pun balik ke bilik.

Semua dah penat.

Tak perlu cerita panjang..

Masuk bilik → mandi → baring → tidur.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com