Baca juga

11.5.26

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

 PART 1 – Bertolak Dari Kuantan, Singgah PJ & Jalan Malam di KL

Dah lama sebenarnya aku tak buat cerita jalan-jalan family macam ni. Jadi kali ni aku nak cerita pasal trip aku dengan family ke Shah Alam pada 1 hingga 3 Mei 2026. Trip pendek je, tiga hari dua malam, tapi itinerary boleh tahan padat. Ada jalan-jalan, mandi air, makan, bawa anak-anak tengok tempat lama ayah dia belajar dan paling penting… dapat luangkan masa sama-sama dengan family.

Trip kami bermula pada 1 Mei 2026. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami bertolak dari Kuantan menuju ke Shah Alam. Biasalah kalau perjalanan dengan anak-anak, tak boleh nak straight terus sampai. Kena berhenti beberapa kali juga. 

Kami sampai di Maran dan berhenti sekejap untuk solat Jumaat. Lepas selesai solat, kami sambung semula perjalanan. Kemudian kami singgah pula di R&R Temerloh untuk makan dan berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Lepas beberapa jam atas jalan, akhirnya kami sampai di Petaling Jaya dan singgah di rumah adik ipar aku. Memandangkan malam tu masih awal, kami pun tak nak duduk saja kat rumah. Jadi kami keluar jalan-jalan ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

Bawa anak-anak jalan malam memang seronok juga. Dapat tengok suasana bandar, bangunan-bangunan lama dan kawasan sekitar Dataran Merdeka. Tak ada itinerary yang berat pun. Sekadar jalan-jalan, ambil angin, bergambar dan luangkan masa bersama.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

Lepas puas berjalan, kami balik semula ke rumah adik ipar dan tidur. Esoknya pula kami akan bergerak ke Shah Alam untuk agenda utama trip kali ni.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com