Ahad weekend lepas, aku ambil kesempatan luangkan masa sepagi dengan dua orang anak dara aku. Si sulung dengan anak nombor dua. Yang seorang lagi tinggal dekat rumah dengan ibu dia. Saja nak keluar sekejap, tak perlu pergi jauh-jauh pun.
Kami pergi Pantai Pelindung, Beserah naik motor je. Nasib baik pantai ni dekat dengan rumah. Jadi memang senang. Tak perlu fikir pasal parking, tak perlu kemas kereta bagai. Naik motor, sampai pantai terus!
Sampai sana, apa lagi… anak-anak terus main pasir. Yang paling best, pantai dekat rumah ni memang sesuai untuk aktiviti macam ni. Nak kotor pun tak kisah sangat. Baju berpasir, kaki penuh pasir, tangan pun sama. Nanti balik rumah terus bilas. Hahaha!
Bagi aku, kadang-kadang quality time dengan anak tak semestinya kena pergi bercuti jauh atau keluarkan duit banyak. Naik motor, pergi pantai yang dekat, duduk sembang, main pasir dan ambil gambar pun dah cukup. Yang penting dapat luangkan masa dengan mereka.
Baca juga - Mandi Lumpur! Bukan Air, Kat Pantai Perpat, Rengit
Sepagi je pun, tapi puas hati. Anak-anak dapat main, Papa pun dapat luangkan masa dengan dua orang anak dara. Weekend simple macam ni lah yang aku rasa nanti akan jadi kenangan bila anak-anak dah besar.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan