Cuti Hari Malaysia, 16 September kali ni memang tak sempat nak boring. Lepas Subuh pagi, aku terus buat kerja rumah. Basuh baju, sidai baju dan settle mana yang patut. Lepas tu tukar gear pula, pakai kasut running dan keluar buat lari sekitar 7 km dekat taman rumah. Pagi-pagi dah berpeluh, memang puas hati.
Lepas running, aku sambung pula satu kerja yang dah tertangguh hampir tiga minggu. Apa lagi, kira duit kutipan tabung masjid la. Bila dah lama terkumpul, memang kena duduk kira elok-elok. Alhamdulillah, akhirnya selesai juga satu tanggungjawab yang pending.
Tapi, tengah sibuk dok kira duit tu, tiba-tiba dapat pula berita Husna jatuh basikal. Terus kena bawa pergi klinik. Nasib baik tak serius, cuma luka-luka ringan je. Aduhai anak-anak ni, kalau tak ada cerita memang tak sah!
Petang pula kami luangkan masa dengan family di Pantai Pelindung lagi. Pantai dekat rumah memang jadi port mudah kalau nak keluar sekejap. Anak-anak boleh main pasir, kita pun boleh santai. Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Yang penting dapat spend masa bersama.
Malamnya, kita keluar kejap singgah FamilyMart. Layan oden, corn dog dan apa yang patut. Hahaha. Dari pagi sampai malam, macam-macam benda berlaku. Ada kerja rumah, ada running, ada urusan tabung masjid, ada drama jatuh basikal, ada family time dan akhirnya makan-makan.
Sampai rumah apa lagi, memang satu benda je dalam kepala… tidurrrrr! Cuti sehari tapi rasa macam seminggu punya aktiviti. Tapi bila fikir balik, seronok juga. Ada masa untuk diri sendiri, selesaikan tanggungjawab dan luangkan masa dengan family.
Selamat Hari Malaysia...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan