Baca juga

10.9.26

HEAL Program - Strength Training Pula..!

Kalau sebelum ni aku pernah cerita pasal aktiviti HEAL – Move for Health, yang mana kami buat jalan laju sampai aku boleh menang tempat pertama, kali ni aktiviti HEAL pula fokus kepada strength training. Program POWER UP – Strength Training Session ni berlangsung pada 9 September 2026, lebih kurang sejam.


Aktiviti memang nampak simple, tapi boleh tahan juga. Ada squat, push-up, latihan tangan, bahu dan menggunakan beban ringan. Buat ramai-ramai dengan kawan office memang lagi seronok. Masa tengah buat tu rasa macam okay je… kononnya badan masih kuat.


Tapi lepas habis session, baru badan mula bagi feedback. Kaki sengal, tangan rasa lenguh, bahu pun terasa lain macam. Hahaha! Rupanya selama ni bukan tak ada otot, cuma otot tu lama tak diajak bekerja. Memang betul kata orang, hari pertama exercise, hari kedua baru bayar hutang.


Kalau dibandingkan dengan aktiviti HEAL sebelum ni, kali ni memang rasa berbeza. Jalan laju lebih kepada cardio, manakala strength training ni buat kita rasa setiap bahagian badan yang digunakan. Tapi aku suka konsep HEAL ni sebab aktiviti dia pelbagai dan bagi peluang untuk kita bergerak walaupun sibuk bekerja.

Baca juga - BASF Petronas Open Day 2026 - Anak-Anak Boleh Tengok Tempat Ayah Diorang Kerja

Yang paling best sebenarnya bukan sekadar exercise tu sendiri, tapi dapat buat sama-sama dengan member office. Suasana jadi lebih santai, ada gelak-gelak, ada yang nampak steady dan ada juga yang muka dah mula minta simpati. Sekurang-kurangnya sejam tu kita tinggalkan sekejap kerusi, meja dan kerja-kerja office.

Apa-apa pun, memang puas hati dapat join. Badan sengal tu biasa, yang penting kita bergerak dan jaga kesihatan.

Kalau korang nak baca cerita HEAL aku yang sebelum ni, boleh tengok HEAL Program – Move for Health, Jalan Laju Pun Boleh Menang!

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com