Baca juga

4.9.26

2026 - Hidup Sekarang Tak Sama Macam 10 Tahun Lepas

Kadang-kadang aku terfikir juga… hidup aku sekarang memang dah jauh berbeza kalau dibandingkan dengan 10 tahun lepas.

Bukan dari segi kerja atau kehidupan semata-mata. Dari segi kesihatan dan gaya hidup pun aku rasa banyak yang dah berubah.

Dulu badan rasa lebih ringan, lebih aktif dan lebih bertenaga. Nak keluar berjalan, nak drive jauh, nak buat aktiviti hujung minggu… macam tak fikir sangat pun. Weekend memang rasa macam masa untuk keluar rumah dan buat macam-macam.

Sekarang ni?

Nak buat sesuatu pun kena tengok keadaan badan dulu. Tak serancak dulu dah. Aktiviti fizikal pun tak sebanyak zaman muda-muda. Kadang-kadang weekend yang paling best pun ialah dapat duduk rumah, rehat dan tidur cukup.

Timing weekend pun dah tak sama macam dulu.

Dulu masa anak-anak masih kecil, senang sikit nak plan. Contohnya malam Jumaat, tiba-tiba rasa nak pergi mana-mana, kita boleh je plan. Nak balik kampung, nak jalan-jalan, nak bawa anak keluar makan pun boleh.

Sekarang anak-anak dah besar dan dah ada macam-macam aktiviti sekolah. Ada program sekolah, ada aktiviti kokurikulum, ada kelas, ada itu… ada ini… 

Nak keluar satu family pun dah kena sync calendar dulu.

“Sabtu boleh?”

“Tak boleh, ada aktiviti sekolah.”

“Ahad?”

“Ahad ada program.”

“Weekend depan?”

“Jap… tengok jadual dulu.” 

Begitulah kehidupan sekarang.

Dulu kita yang tentukan nak pergi mana. Sekarang kena tengok jadual semua orang dulu baru boleh buat keputusan.

Bab balik kampung pun sama.

Dulu kalau habis kerja malam dan tiba-tiba rasa nak balik kampung, kita drive je. Malam-malam pun layan. Sampai kampung pukul berapa pun belakang kira.

Sekarang ni kalau dah malam dan mata mula berat, aku sendiri akan fikir banyak kali.

“Tak payah lah. Esok pagi kita gerak.” 

Sebab badan dah tak boleh nak tipu macam dulu. Kalau mengantuk, memang mengantuk. Kalau penat, memang kena rehat.

Dan sebenarnya, mungkin itu salah satu perkara yang kita belajar bila umur makin bertambah.

Kita dah mula lebih menghargai kesihatan dan tenaga yang kita ada.

Dulu kita rasa masa tu panjang. Tenaga macam tak habis. Sekarang kita mula sedar yang badan pun ada limit. Nak buat banyak benda boleh, tapi kena pandai pilih masa dan jaga diri.

Aku pun rasa sekarang bukan masa untuk cuba hidup macam umur 20-an lagi.

Tak perlu semua benda kena buat. Tak perlu setiap weekend mesti keluar. Tak perlu setiap perjalanan mesti jauh.

Kadang-kadang cukup dengan badan sihat, dapat luangkan masa dengan family dan ada tenaga untuk jalani minggu yang seterusnya.

Sebab 10 tahun akan datang pun akan datang juga.

Dan mungkin masa tu aku akan tengok balik kehidupan hari ini dan terfikir…

“Eh, dulu aku masih muda lagi rupanya.” 😆

Jadi sementara masih ada peluang, kena mula jaga apa yang ada. Kesihatan, masa dan family.

Sebab benda-benda ni bila dah berlalu, bukan senang nak patah balik.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com