Tengah hangat sekarang orang bercakap tentang Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25). Bila senarai finalis diumumkan, satu nama yang terus mencuri perhatian ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tahun ni Siti mendominasi dengan 14 pencalonan dalam 8 kategori.
Antara yang menarik, album Gema Bumantara menjadi antara penyumbang utama pencalonan tersebut. Lagu Kesuma tercalon dalam beberapa kategori termasuk Vokal Wanita Terbaik, manakala Siti juga menguasai empat daripada lima slot Lagu Tradisional Terbaik menerusi Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri. Memang nampak yang Siti bukan sekadar muncul semula, tapi masih mampu menghasilkan karya yang mendapat pengiktirafan industri.
Aku sendiri sebenarnya peminat Siti, tapi nak kata fanatik tu tidaklah. Aku tak pernah lagi pergi konsert Siti. Belum berkesempatan. Tapi aku membesar dengan lagu-lagu dia. Aku masih ingat antara kenangan awal aku kenal Siti ialah melalui lagu Cindai masa AJL. Zaman tu tengok penyanyi dekat TV je lah. Nak pergi konsert memang jauh sekali.
Zaman kaset pun aku tak sempat nak merasa beli album Siti. Takde duit masa tu! Bila masuk zaman CD, masa belajar dekat universiti, dah ada duit sikit-sikit… boleh la merasa beli album. Hahaha. Jadi bila hari ni tengok nama Siti masih berada di barisan depan pencalonan AIM25, ada satu rasa macam nostalgia juga. Kita dah tua, tapi penyanyi yang kita dengar masa muda masih ada di pentas yang sama.
Baca juga - Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!
Apa yang aku suka tentang perjalanan Siti ialah dia boleh terus bertahan merentasi beberapa generasi muzik. Dari zaman Cindai, sampailah sekarang dengan Gema Bumantara, nama dia masih disebut dan karya dia masih dipertandingkan. AIM25 sendiri akan berlangsung pada 26 September 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Jadi aku pun tumpang seronoklah tengok pencalonan kali ni. Tak tahulah Siti boleh sapu berapa anugerah nanti. 14 pencalonan tu bukan sikit weh! Tapi bagi aku, menang atau kalah bukan perkara utama. Yang penting, selepas bertahun-tahun dalam industri, Siti masih berbisa. Legend tetap legend.
Dulu aku kenal Siti melalui Cindai di AJL. Hari ni aku tengok dia mendominasi pencalonan AIM25. Memang terasa betul perjalanan masa tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan