Baca juga

1.4.26

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

Setiap kali musim result SPM tiba, memang timeline media sosial akan penuh dengan macam-macam cerita. Tahun ni, 31 Mac 2026 jadi tarikh yang ditunggu-tunggu. Ada yang share result sendiri, ada parent yang excited share result anak, dan tak kurang juga yang throwback result SPM masing-masing. Semalam petang aku pun sempat dengar sembang santai bersama Anas, sekali dengan Radio Zayyan. Topik pun terarah kepada throwback SPM. Ramai pendengar share result masing-masing, dan memang macam-macam kisah keluar. Ada yang straight A, ada yang struggle, ada yang cerita journey lepas SPM. Best dengar sebab semua orang ada cerita sendiri.

Pernah la dulu-dulu naik pentas amek sijil

Bila tengok semua orang share, aku pun teringat balik result aku. Honestly, result SPM aku tak lah sehebat mana. Ada A, ada B, dan ya… ada juga D. Dan D tu bukan subjek biasa. Bahasa Inggeris. Memang anak jawa sangat masa tu. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada, tapi masa tu memang terasa juga.

Sapa geng Aspura 2024-2025 SMTM angkat tangan

The only four guys dalam kelas aku

Chemistry Yang Tak Disangka

Dalam banyak-banyak subjek, ada satu yang aku still ingat sampai sekarang which is Chemistry. Aku dapat A. Dan jujur cakap, aku sendiri pun terkejut masa tu. Macam tak percaya boleh dapat result macam tu untuk subjek tu. Antara semua result yang aku dapat, yang ni paling unexpected.

Yang mencabar bila result keluar, D dalam Bahasa Inggeris tu jadi satu halangan besar. Time tu kebanyakan sistem nak apply matrik, maktab, pre-science… semua tak lepas. Sebab minimum requirement untuk BI masa tu kena C. Memang rasa down juga. Rasa macam banyak pintu tertutup. Masa tu memang terasa macam “eh macam mana ni nak sambung belajar?”

UiTM Tempat Bermula

Tapi dalam masa yang sama, ada satu pintu yang terbuka iaitu UiTM. Nasib baik UiTM sudi terima aku masa tu. Dari situ bermulalah journey aku. Aku sambung Diploma, dan lepas tu sambung Degree pun dekat UiTM juga. Dari satu langkah kecil, akhirnya jadi perjalanan yang panjang. Memang betul… UiTM di hatiku.

Bila fikir balik sekarang, memang menarik perjalanan tu. Masa SPM dulu aku sendiri tak sangka dapat A dalam Chemistry. Lepas tu aku sambung diploma dalam Microbiology. Masuk degree, aku masih blur sikit nak sambung dalam bidang biology atau chemistry. Tapi last-last aku pilih Analytical Chemistry. Dan sekarang… aku seorang chemist. Bila tengok balik, semua tu macam berkait walaupun masa awal dulu tak nampak jelas.

SPM Bukan Penamat

Kadang kita rasa result SPM tu penentu segalanya. Tapi sebenarnya, SPM hanyalah langkah pertama. Perjalanan sebenar bermula lepas tu. Ada yang straight A tapi jalan hidup dia lain, ada yang result biasa-biasa tapi berjaya dalam bidang sendiri. Yang penting bukan result semata-mata, tapi apa yang kita buat selepas itu.

Bila tengok balik perjalanan ni, aku cuma rasa bersyukur. Walaupun tak perfect, tapi setiap keputusan dan pengalaman tu bawa aku ke tempat sekarang. Dari seorang pelajar yang dapat D Bahasa Inggeris… ke seorang chemist hari ini. Sekarang hari-hari aku 'terpaksa' communicate dalam bahasa inggeris time kerja. Jadi untuk yang baru dapat result SPM tu, jangan terlalu risau. Ini baru permulaan.

Good luck for your journey...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com