16.2.25

Kuih Abuk-Abuk: Kuih Rare yang Makin Hilang

Tiba-tiba aku teringat satu kuih yang dah lama aku tak makan. Kuih legend yang dulu selalu ada masa kecil-kecil, tapi sekarang entah ke mana menghilangnya. Aku panggil kuih ni Kuih Abuk-Abuk. Nama dia pun rare, kan?

Kuih ni simple je sebenarnya. Dibuat dari biji sagu yang kenyal-kenyal, mix dengan kelapa parut yang lemak-lemak manis, dan paling penting—gula merah atau gula Melaka sebagai inti. Semua ni dibungkus dalam daun pisang, dikukus sampai jadi lutsinar, lepas tu bila makan—fuhhh! Manisnya ngam-ngam, kenyalnya cukup, ada aroma wangi dari daun pisang. Memang padu!

Dulu masa aku kecil, aku pernah buat kuih ni sama-sama dengan mak aku. Mak yang siapkan adunan, dari rendam sagu sampai gaul dengan kelapa dan garam. Tapi bab membungkus, itu kerja aku. Aku ingat lagi betapa seronoknya main dengan daun pisang—lipat sana, lipat sini, tapi akhirnya tetap senget juga. Nak mleipat ni pun ad skillnya. Bukan main lipat je.

Bila kuih dah siap dikukus, boleh la makan. Kuih ni makan bila sejuk lagi best. Sebab rasa kenyal-kenyal biji sagu tu memang onz.

Sekarang kuih ni dah susah nak jumpa. Entah ke mana. Orang lebih suka beli bubble tea dari makan kuih sagu ni. Padahal, kalau nak ikut rasa dan nostalgia, Abuk-Abuk ni jauh lebih power!

Cara Membuat Kuih Abuk-Abuk

Nak cuba buat sendiri? Ini resipi ringkasnya:

Bahan-bahan:
1 cawan sagu (rendam selama 30 minit dan toskan)
½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
¼ cawan gula Melaka (diparut atau dicincang halus)
1 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam
Daun pisang secukupnya (layurkan supaya lembut)

Cara penyediaan:
Campurkan sagu dengan secubit garam.
Letakkan sedikit sagu di atas daun pisang, kemudian tambahkan kelapa parut dan gula Melaka di tengahnya.
Tutup dengan lapisan sagu lagi dan bungkus kemas dalam daun pisang.
Kukus selama 15-20 minit sehingga sagu menjadi jernih.
Sejukkan sebentar dan sedia untuk dinikmati!

Mungkin dah tiba masa untuk aku cuba hidupkan balik kenangan ni. Bukan sekadar dalam ingatan, tapi dengan tangan sendiri. Sebab kalau kita tak jaga kuih-kuih tradisional ni, siapa lagi?

Jadi, kalau kau terjumpa Kuih Abuk-Abuk kat mana-mana, jangan fikir panjang. Beli, makan, hargai! Sebab esok lusa, kita tak tahu kuih ni masih ada lagi atau sekadar tinggal dalam memori.

Enjoy...!!!

4 ulasan:

  1. Akak pun suka kuih ni...sedap....bleh leka makan sebab kesedapannya tu..mana nak cari x tau ha

    BalasPadam
  2. Cuya suka kuih ni! Sedap amat..... lama tak makan.
    Kena tunggu Ramadhan ni, mungkin ada di bazaar

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap-harap la ade kta bazar ramadhan

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com