Ya, Ramadhan bakal datang lagi. Setiap kali bulan ini tiba, ada satu kisah yang aku takkan lupakan. Tarikh 4 April 2022—tarikh ini selamanya terukir dalam hidup aku.
Hari itu hari lahir aku. Hari itu juga hari lahir anak keempat aku. Dan pada hari yang sama, kami kehilangannya.
Macam-macam perasaan bercampur dalam satu hari. Dari rasa teruja menyambut kelahiran, kepada rasa kehilangan yang tak tergambar dengan kata-kata.
Kenapa kehilangan? Aku tak nak cerita panjang. Cukup aku katakan, anak aku ada komplikasi dalam kandungan. Semuanya berlaku di saat aku hanya menunggu masa untuk bersalin. Kami tak perasan apa-apa yang pelik. Tapi tiba-tiba, berita itu datang jantungnya sudah tidak berdegup.
Saat doktor mengesahkan, dunia aku rasa sunyi seketika. Tapi kami redha. Ini ketentuan-Nya.
Sebagai tanda kasih sayang, sempena bulan Ramadhan yang mulia, aku dan suami namakan dia Muhammad Ramadhan bin Muhammad Faizal. Nama yang indah, setenang jiwanya yang sudah kembali kepada Pencipta.
Muhammad Ramadhan, tunggu ayah, ibu, dan akak-akak di syurga ya, sayang. Minta rakan-rakan hadiahkan fatihah buat beliau.
Ramadhan ini, seperti Ramadhan sebelumnya, aku tetap mengingatinya. Setiap doa, setiap sujud, ada namanya di hati aku.
Enjoy...!!!
Al fatihah untuk arwah Ramadhan..
BalasPadamAl-fatihah (dibaca)
PadamAllahuakbar. Bukan semua orang dapat rasai ujian ini, Papaglamz dan keluarga terpilih ye. Alfatihah untuk Muhammad Ramadhan.
BalasPadamdugaan yang lalu je tahu rasanya..
PadamMuhammad Ramadhan anak syurga
BalasPadaminsyallah. amin
PadamAlfatihah buat yg telah pergi, doakan saya dan isteri dapat zuriat dah lama tunggu..
BalasPadamsaya doakan tuan dan isteri dikurniakan anak. amiin, teruskn usaha dan doa.
PadamMoga anak ni menanti di pintu syurga...tarik ibu ayah masuk syurga, aamin
BalasPadamamiin. insyallah.
PadamAnak syurga.. al fatihah untuk Muhammad Ramadan
BalasPadamsedihnya. semoga anak ini dapat menarik tangan ibu dan ayahnya ke syurga.
BalasPadam