Pada 12 Oktober 2024 yang lalu, tempat kerja aku, BASF PETRONAS Chemical (BPC), mengadakan Open Day yang meriah. Acara ini adalah peluang istimewa kerana kilang kami dibuka kepada orang awam, memberikan mereka pengalaman melihat sendiri proses industri kimia secara dekat. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur seperti process plant tour, pameran-pameran, jamuan makan, dan yang paling mencuri perhatian — Kids Lab.
Ketua KRONI buat taklimat terakhir sebelum start |
Aku dan pasukan "KRONI" diberi tanggungjawab sebagai penganjur Kids Lab. Ini adalah satu ruang eksklusif untuk anak-anak staf BPC, di mana mereka boleh melakukan eksperimen bersama keluarga masing-masing. Kami menyediakan basic PPE kecil dan comel yang menyerupai pakaian makmal sebenar dan kit eksperimen untuk mereka lakukan. Momen ini bukan sekadar pembelajaran, tetapi juga peluang untuk anak-anak dan ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama-sama dalam suasana kreatif.
Tema kami? “The Witches”! Geng KRONI mengenakan pakaian bertemakan ahli sihir, lengkap dengan topi runcing. Tapi aku, seperti biasa, tampil sedikit berbeza — berjubah labuh serba hitam. Ada yang menyangka aku “hantu makmal” dan sempat bergurau ketakutan. Gelak tawa itu menjadikan suasana lebih ceria!
Anak-anak kau pun join the club |
Seawal jam 9 pagi, Kids Lab sudah penuh sesak. Anak-anak dan ibu bapa memenuhi ruang, penuh teruja dengan eksperimen-eksperimen yang kami sediakan. Dari mencampur warna, test sensory, menapis air yang kotor hinggalah membuat slime, setiap aktiviti disambut dengan keriangan. Aku dan geng-geng tak henti-henti melayan para peserta hingga jam 4 petang. Melihat senyuman dan keterujaan mereka, rasa penat kami hilang seketika.
With my family |
Namun, cerita sebenar bermula sehari sebelum hari kejadian. Pada pagi Jumaat, 11 Oktober, kami sudah sibuk macam nak mengadakan kenduri. Dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, geng Kids Lab bertungkus lumus menyediakan beg yang diisi dengan kit eksperimen. Ada yang menyusun bahan, ada yang memeriksa peralatan, dan ada yang memastikan setiap beg cukup untuk peserta esoknya. Walaupun penat, suasana kerja berpasukan ini cukup menyeronokkan.
Alhamdulillah, Open Day kali ini berjalan dengan lancar. Walaupun ada satu dua perkara kecil yang boleh diperbaiki, aku rasa program ini berjaya memenuhi tujuan asalnya — membawa dunia kimia lebih dekat kepada masyarakat.
Dan yang paling penting, Kids Lab menjadi perhatian utama! Penuh keriangan, tawa, dan sedikit “magic” dari tema kami. Aku pasti ini akan menjadi kenangan manis, bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk kami yang terlibat sebagai penganjur.
Yang penting, *Kids Lab* memang yang terbaik. Hahahaha!
Enjoy..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan