Malam itu, suasana tenang dengan angin malam yang sepoi-sepoi. Aku, isteri, dan anak-anak memutuskan untuk menghabiskan waktu bersama. Selepas makan malam, kitorang decide nak jalan-jalan area Tasek Kotasas, Kuantan. Selain Tasek, Anak-anak melompat kegirangan bila aku sebut nak masuk Family Mart.
Sebelum sampai ke Family Mart, kami singgah di kawasan tasik Kotasas. Lampu-lampu neon di sekitar tasik memantulkan sinar indah di permukaan air, mencipta pemandangan yang cukup memukau. Malam ni langit nampak sangat cerah dengan bulan penuh menambahkan lagi kecerahan malam. Anak-anak terpesona, sambil menunjuk-nunjuk lampu dan cahaya bulan yang menyinari malam. Kitorang duduk santai, menikmati suasana damai, sambil berbual tentang hari masing-masing.
Selepas puas menikmati pemandangan, kami terus ke Family Mart. Sebaik melangkah masuk, aroma oden yang hangat menyapa hidung, memanggil kami untuk mencuba. Oleh sebab kami baru je lepas dinner, kami just nak merasa-rasa oden. Kitorang beli 3 ketul fish cake cheese dengan instant mee. Sambil menikmati oden, kami duduk di luar Family Mart, menghirup udara malam yang nyaman.
Tak lengkap rasanya kalau ke Family Mart tanpa aiskrim. Kami berkongsi airkrim Sofuto matcha sebagai pemanis mulut. Gelak ketawa mereka membuatkan malam itu terasa sempurna, walaupun hanya sederhana.
Menjelang pukul 11 malam, kami berkemas untuk pulang. Anak-anak kelihatan sedikit berat hati untuk meninggalkan suasana santai itu, tetapi kami mengingatkan mereka tentang sekolah dan kerja esok pagi. Malam itu memang sederhana, tetapi penuh kenangan indah. Kadang-kadang, kebahagiaan itu bukan tentang kemewahan, tetapi saat-saat manis bersama orang tersayang.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan