24.12.24

Kenduri Durian: Nikmat di Kampung

Jom sambung lagi cerita aku Balik Kampung. Hari tu memang rezeki besar aku balik kampung. Tak sangka pokok durian dekat kebun mak mertua adik ipar aku tengah galak berbuah. Bukan calang-calang pokok, semuanya ditanam sendiri, hasil tangan yang penuh kasih sayang, dan buahnya memang untuk dinikmati keluarga sahaja, bukan untuk dijual. Tahun ni, Alhamdulillah, rezeki durian menjadi betul-betul. Buah-buahnya besar, isinya kuning pekat, berlemak, dan padu.

Nilah adik ipar aku tukang bawak dan bukak durian tu

Adik ipar aku awal-awal lagi dah pesan nak bawak durian untuk makan sama-sama. Tapi aku tak sangka, banyak betul durian yang dibawanya! Bila tengok dulang penuh dengan durian besar-besar, aku terus rasa tak sabar.

Bila malam menjelang, semua ahli keluarga berkumpul. Ada yang bawak dulang besar, ada yang tolong kupas durian. Tak kurang juga yang sekadar duduk-duduk sambil menunggu isi durian terhidang (akulah tu. Hahahahah). Bau durian fresh ni memang lain macam. Segar, harum, menusuk hidung, cukup buat air liur menitik.

Baca Juga - Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam tu, kami kenduri 9 biji durian yang saiznya besar-besar belaka. Semua isi cantik-cantik, takde langsung yang rosak atau cacat. Anak-anak buah aku asyik ulang-ulang makan, seronok tengok diorang berselera. Aku sendiri tak kira berapa ulas aku makan, tapi puas hati betul. Siap ada yang bersuara.

Momen macam ni memang priceless. Dekat bandar, nak rasa durian fresh dari pokok ni memang jarang dapat. Tapi malam tu, makan durian sambil sembang santai dengan keluarga, terasa nikmat rezeki Allah bagi. Aku rasa bertuah sebab balik kampung pada musim durian menjadi. Alhamdulillah, kenyang badan, penuh jiwa.

Enjoy...!!!

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com