22.12.24

Hadiah Tahun Baru dan “Top Team” BASF Petronas Chemicals 2025

Hai semua!

Macam biasa, setiap hujung tahun, tempat kerja aku ada tradisi bagi merchandise sempena tahun baru. Tahun ni, kita orang dapat payung dan coklat dengan tulisan "TOP TEAM". Coklatnya simple tapi manis, dan payung tu cantik jugak, warna hitam elegan dengan logo dan mesej Top Team.

“Top Team” ni sebenarnya bukan sekadar nama, tapi satu culture kerja yang syarikat aku dah implement untuk mencapai kejayaan bersama-sama. Dalam Top Team Culture, ada beberapa garis panduan yang kita semua kena ikut. Ia lebih kepada usaha kolektif, macam "kejayaan aku adalah kejayaan kita semua." Dah masuk tahun ketujuh budaya ni diperkenalkan, jadi rasanya ramai dah familiar dan mula praktikkan dalam kerja harian. Sebelum ni, budaya kerja yang lebih kurang macam ni memang dah ada, cuma nama je yang berubah. Orang kata penjenamaan semula.

Aku rasa konsep ni bagus juga sebab ia buat kita lebih bersemangat, saling menyokong, dan rasa dihargai dalam satu pasukan. Lagi-lagi dengan adanya barang-barang yang kita boleh gunakan hari-hari, ia macam reminder kecil tentang matlamat bersama.

Musim hujan sekarang ni, payung tu memang tepat pada masanya. Lepas tu, dengar cerita, kalendar dan buku nota pun akan menyusul tak lama lagi. Kalau macam tahun-tahun lepas, mesti rekaannya ada tema Top Team jugak. Coklatnya pun best, dah lama tak dapat coklat sebagai hadiah. Kadang-kadang benda kecil macam ni boleh buat kita rasa dihargai, kan?

So, itu cerita pendek aku pasal hadiah tahun baru kali ni. Macam mana dengan tempat kerja korang? Ada culture menarik macam ni juga? 😊

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com